Keblinger

Keblinger

I made this widget at MyFlashFetish.com.

heartbeat

nuffnang

PALESTIN?? SYRIA?? SIAPA PEDULI??

| Jumaat, 21 Disember 2012

Tetiba kedengaran jeritan ibu dibawah, memanggil nama ku, RaFi (BukanNamaSebenar).
“RaFi meh turun sat, tengok berita nie, Palestine kene serang ngn Zionis, kesian kat depa kan,” Kata ibuku.
“Aah la ibu, kesian kat diorang, kita nie, bersyukurlah kan ibu, aman damai hidup sejahtera gitu, kat Malaysia nie” kata ku
Hati ibu berbisik, “Aman ke Malaysia ni..”

MALAMNYA…

Aku turun ke bawah, dengan membawa harapan ada makanan di bawah tudung saji.
“ibu, masak apa hari ini”, Tanya ku kepada ibu, sambil membuka tudung saji
Ibu yang sedang leka bermain I-pad, pemberian ayah sempena ulang tahun perkahwinan mereka, menjawab dengan sejuk dan selamba, “ ibu malas masak la hari ini, RaFi, RaFi pergi jela, beli kat MekDi makan malam”.
“eerrrkk..”, aku tersentap..  seperti ada satu lintasan kilat menerjah ke lubuk hati ku..

Huiisshh, sedap juga nama RaFi a.k.a RafqaFirdaus.. *muka poyo.. mesti kipas susah mati aku macam wonder-wonder gitu kan, apa yang aku nak cerita sebenarnya.. aku nak buat novel cinta klasik ke, buat dialog-dialog bagai nie.

Tak lah, tidak sama sekali tidak, *peluh.. sebenarnya, isu yang sedang kuat dimainkan dan dibincangkan di dalam bulatan gembira adalah tentang isu, PALESTIN dan SYRIA.

Mungkin aku sudah terlewat untuk meng-naik-tarikh (baca update), tentang isu ini, tapi bagi aku, isu Palestin dan Syria ini bukan lah satu isu yang bermusim, dimana apabila terdapat sesuatu tragedy yang melanda Palestin dan Syria bru lah nak terkedek-kedek, terkinja-kinja, nak buat banner, nak buat kutipan guruh, nak boikot tu..


Tapi bila dah reda dah, suasana dah kembali seperti dulu, ok, kita pulak, yang syok makan kat MekDi belakang umah cik Peah.. sedap je, g Starbuck online smbil minum cappocino blended.. APAKAH..??

Benda-benda cenggini la yang actually melanda masyrakat islam sekarang ini.. melakukan sesuatu itu ikut musim..

Ohh, sekarang musim Palestin, jom la kita pakat, pakai mafla Palestin, tapi lepas sebulan dua bulan, Mafla tu g mana.?? Terponyok dalam almari kaca.. gullpp..

Penderitaan yang dialami oleh orang-orang Palestin dan Syria, itu tiada musimnya, setiap hari dan ketika, mereka pasti akan dihimpit dengan kesusahan dan kekejaman zionis dan musuh-musuh Islam.

Contoh nya diSyria, sehingga hari ini, masih ramai lagi rakyat-rakyat Syria dibunuh dengan kejam oleh sekutu-sekutu Basyar.. jadi dimanakah kita..?? adakah kita yang hanya duduk depan kaca TV gelak-gelak, tengok Betul Ke Bohong, atau duduk depan Tv cakna pasal Isu ini, dan ambil peluang untuk membantu mereka..

Didalam Al-Quran ada menyebut bahawa, Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha terhadap kamu wahai Muhammad sehinggalah kamu mengikut agama mereka” (Surah Al-Baqoroh : 120).

Dalam ayat ini, menerangkan bahawa, selagi mana Nabi Muhammad SAW tidak mngikut agama Nasrani dan Yahudi ini, maka mereka tidak akan sekali-kali redha, dan sentiasa akan memerangi dan memusuhi umat-umat islam..

itulah agenda mereka yang sentiasa ingin merosakkan umat islam, dan agenda itu telah berjaya barangkali,, dengan suasana hidup kini.

Tak yah pergi jejauh, tengok kat Malaysia sahaja sudah cukup kan..

Dan sesungguhnya Janji Allah itu pasti, dan sekiranya, kita memerhatikan dengan mata hati kita ayat-ayat daripada Surah Al-Isra 2-7 yang bermaksud, “Dan Kami menyatakan kepada BAni Israel dalam kitab itu, “ sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” (4),

“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.” (5)

“Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.” (6)

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” (7)

Kisah atau tragedi yang terjadi hari ini, telah disebutkan oleh Allah SWT, dan semoga dengan peristiwa ini, umat islam akan sedar dan bersatu, demi mempertahan kan islam.

Jika orang barat juga membantu Palestin atas dasar perikemanusiaan, apatah lagi kita ini, yang sama akidah, berpegang dengan satu Akidah, BerSyahadahkan dengan Satu penyaksian yang sama. Mengapa kita hanya duduk dan seperti memejamkan mata tanpa ingat kepada saudara-saudara kita disana.

Jadi arus perubahan masih boleh dilakukan, kita jangan mengikut arus yang semakin lama semakin menjauhkan kita dari landasan ke sorga, tapi jika kita perlu menongkah arus, tongkah lah, semoga kita akan mendapat sorga Allah di akhirat kelak.

Wallahu Alam..

Psssstt : Jalan Ini, Memang Panjang, tetapi didalamnya terdapat kemurniaan dan kerahmatan daripada Allah SWT. InsyaAllah.

www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

TUTORIAL NAK INSTALL MICROSOFT 2010

| Khamis, 1 November 2012

ASSALAMUALAIKUM.. !!~~

AHAKS, sekali lagi aku kembali dengan entry tutorial.. haha, memang sekarang ini, buat traffic dengan entry tutorial jela aku ni kan.. *motif..

Selepas entry tutorial aku semalam yang mendapat sambutan yang hangat gitu macam kuih karipap mak jemah, ad pulak permintaan daripada seorang sahabat yang tak boleh disebutan namanya (voledemort barangkali) mintak tolong aku buat tutorial mengenai cara nak install MICROSOP OPIZ 2010 *sebelum ini dia pakai 2007*

so aku dengan rasa tak berapa nak teruja, terus la, lelaju wat print screen bagai, nak buat tutorial ni.. haha.. so aku harap kekome sume paham la ya, tutorial tak semenggah aku ini.. kuikui… *pengsan

so apa tunggu lagi, jom kita mulakan.. ok, tuan-puan-adik-akak-abang, memula sekali sebelum kita mulakan kita kene baca BISMILLAH dulu Ok…

sebelum kita mulakan, secara rambangnya ya tuan-puan, kita ada dua step yang perlu kita lakukan, first step adalah, kita kene UNINSTALL dulu version lama, MICROSOP OPIZ 2007, then setep ke dua, bru kita uninstall MICROSOP OPIZ 2010

sekarang jom kita usha, macam mana cara nak uninstall dulu k…

1-     Tekan start menu (yang kat bawah sekali belah kiri anda, bukan org lain).
2-     Kendian, tekan butang control panel.
Sebelum teruskan ke step ke tiga, jumpa tak control panel kat mane.?? Kalau jumpa bagus, kalau tak jumpa, tutup terus entry ini ok..
3-     Ha, tekan dekat uninstall program ..

4-     Kendian cari MICROSOP OPIZ 2007 (klik kat situ)


5-     Then, tekan UNINSTALL kat atas tu.. Nampak kan..??
6-     Kemudian sila ikot arahan yg tertera k, sampai selesai..
*** kalau suruh restart, make sure restart k.. utk memastikan proses uninstall tu, complete k..

Ok, now on, kita berpindah ke step yang kedua yakni, kita INSTALL MICROSOP OPIZ 2010

Yang ni, lagi senang.. semua pelajar-pelajar UM dapat kan, CD microsop opiz 2010 tu kan.. ahaks, guna je cd tu.. and SEBELUM install make sure dah ambil dah dy punya KEYGEN or ACTIVATION KEY kat MYUM.. ada tertera TUTORIAL nak amik benda tu, dekat kertas warna kuning yang dibagi bersama CD tu…

..tutorial nak dpat kan registration key.. 

Cecara nak install pulak, semudah ABCDEFG je, tau… haha’

1-     Masukkan CD tu kat tempat CD ladtop korang
2-     Run CD tu, (dia memang kene tunggu lama sikit, tak tau la pasal apa)
3-     Kemudian, dia akan mintak masukkan activation key yang kita amik kat MYUM tu… so masukkan je, kopi pes je…
4-     Pastu, ikot arahan penginstallan,
5-     Then siap.. !!! *sila teruja..
6-     Sekarang anda boleh menikmati microsop opiz 2010 *teruja doplohkali

Hahhaha, macam mana.? Senang kan.?? So apa tunggu lagi, cuba-try-test buat ikot tutorial ni..

Kalau betul-betul ikot, memang akan jadi.. 101percent confirm.. ^_-

Hehe.. nampaknya, dah nak habis dah entry aku ini.. kejap je kan.. ok papehal, boleh cntact aku k.. hak cipta terpelihara.. nak kopi boleh, tapi buat link balik ke blog aku k..hehe

And lagi satu, kan banyak iklan kan kat blog aku ini, so pleazzz klik… moga-moga anda murah rezeki.. huhu..

Akhir kalam, semoga Berjaya INSTALL..



Ppssstttt : indahnya.. ~~~
www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

TUTORIAL BUAT PRINT SCREEN PADA KOMPUTER

| Rabu, 31 Oktober 2012

ASSALAMUALAIKUM.. !!

Tetiba hari nie, fikiran aku melayang-layang disaat hari hujan ini, erm, terfikir pasal blog.. Haiisshh, apasal la aku ini, dah lama bebenor meninggalkan dunia blogging ni,

“waahhh, ko dulu bukan main lagi ek, update sana dan sini tapi sekarang senyap je”
“eh ko apasal dah tak update blog lagi, lupa pasword kah”
“weeiih, ak dah buang dah ko, dari senarai blog list aku, sebab ko dah lama tak update blog”

Antara kata-kata yang tak berapa nak semangat yang terpaksa aku telan, sampai aku sendiri pon dah blur nak jawab apa bila dyorg tanya camtu.. *dalam hati, take care gak depa ni ngn blog aku.. *bangga
Mungkin diorang masih mahu membaca carutan (baca coretan) lagi kot.. hu.

conth screen capture

So aku kembali dengan membawa entry ringkas.. ahh, malas la kot, ank wat heavy entry ni.. bukan korang baca pon… khakahka….  Aku nak ajar korang cara nak buat PRINT SCREEN.. haa,

Siapa yang dah tahu camane nak print screen, angkat keybord (sambil angkat keybord)… ok, secara ringkas dan padatnya, printscreen ini, adalah kita nak capture sesuatu dari dalam screen, tanpa perlu kita tangkap gambar bagai, biar komputer yang tangkap sendiri..

Mesti kelihatan, ayat agak tonggang terbalik disitu, tapi itulah hakikat dan penerangannya.. actually ada DUA cara yang aku tau, aku akan ajar satu2 k…

CARA SATU : MENGGUNAKAN SNIPPING TOOLS

Ahaks, macam mana nak dapat kan Snipping Tools ni,
1-    pergi kat start (yang gambar windows tu).
2-    Klik All Program
3-    Then bukak folder accessories
4-    Kendian, klik kat snipping tools..
5-    Pastu, guna la, gunting mana bahagian yg nak kita capture kan..
Tapi cara ni, lebih kepada manual la.. kita akan wat satu2.. make sure masa buat tu, jangan terSKIP tutorial plak, kang tak jadi, banned blog aku pulak kan,, sapa nak jawab.. *pengsan

CARA DUA : GUNAKAN KEYBORD ANDA

ha, mesti macam tertanya2 kan, eh, guna keybord pon boleh wat print screen ke.. haiishh , apa plak tak boleh nya.. hehe.. caranya, mungkin lbih mudah dan ringkas dari yang cara satu td kot.. *maybe..

1-    Bukak page mana yang kita nak print screen kan..
2-    Then tekan button PRINT SCREEN  kat keybord anda, dy ada tulis kat atas sekali PrtSc,{dy ada kat bahagian atas keybord} (tekan tu)..
kedudukan button PrtSc bergntung pada jenama ladtop..
3-    Lepas dah klik kan, bukak la microsoft word ke, paint ke dll..
4-    Kendian, paste kan kat dalam microsoft word td (klu kita bukak microsoft word)
5-    Pastu, gunakan CROP untuk membuang segala bnda yang kita rasa xperlu.. hehe..
6-    Then, siap la printscreenn.. *sila teruja..

So, paham ke tak ni… lepas dah buat ni, mudah la skit keje kan.. nak wat kemahiran maklumat (bagi dak2 UM) pon senang kan..

So tnggu apa lagi, jom laju2 cuba tutorial ni… mesti puas hati punya.. hehe..

K la, terima kasih kepada yang masih setia pada blog aku ni.. hehe..
Moga ketemu lagi..

Bye2…

Psstt : bertahan entah aku ngn blogging ni.. haha
www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

:: JUMAAT | 10 WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA ::

| Khamis, 26 April 2012

ASSALAMUALAIKUM..!!

Hye, semua kipas susah mati aku.. huhu.. selamat hari jumaat ok semua.. seperti yang semua tahu, hari ini adalah penghulu bagi segala hari.. tak kira lah ko suka hari selasa ke rabu ke, hari jumaat tetap mengekalkan kePenghuluan dia ok..

Erm, kepada semua jejaka-jejaka kacak seperti aku (waahh, kacak sangat), hari ini, jangan lupa untuk ke masjid awal ya, dengar khutbah, dan solat jumaat.. penting ok…!!

Dan bukan lah niat aku nak cerota pasal hari kea pa.. tapi hari ini, sempena dengan hari jumaat ini, aku nak mengongsikan, *mampu ko mengongsikan.. berbelit-belit lidah nak menyebutnya.. hahaha…* dengan korang dengan beberapa wasiat daripada AS-SYAHID IMAM HASAN AL-BANNA..

terima kasih pak cik google..
Mungkin ada yang dah tau, da nada yang belum tahu.. so kepada yang dah tahu, buat-buat tak tahu la ya.. baca balik.. and think it, kemudian amalkan.. huhu. Berguna untuk semua muslim dan mukmin di luar sana..huhu..

So jom baca..~~

(1) قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف.

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

(3) اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

(4) لا تكثر الجدل في أي شان من الشؤون أيا كانت فإن المراء لا يأتي بخير.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

(5) لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن ووقور.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

(7) لاترفع صوتك أكثر مما يحتاج إلية السامع فإنه رعونة وإيذاء.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) تجنب عيبه الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بالخير.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

(9) تعرف إلى من تلقاه من أخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا الحب والتعارف.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

(10) الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته.وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائها

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Ok,, amacam, semua.. huhu.. ok, sebelum mengakhiri entry ini.. korang sila dengar lagu ini..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


JUMUAH IS BARAKAH



jadi layan lagu ni.. quite meaningfull huhuh..

nota mulut : hehe.. tak sabar dan neves menunggu waktu itu
www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

:: JONGKANG JONGKET ::

| Rabu, 25 April 2012

ASSALAMUALAIKUM..!!

Haha, hye, semua kipas susah mati aku, alhamdulillah, meningkat jugak aku punya follower, dengan meningkatnya, follower, insyaAllah, meningkat jugak la, trafik blog gonjeng ni kan.. haha.. mampu ke nak buat..??

ni la rupa jongkang jongket kalau kroang nak tau ^^
Ok, untuk kali ini, aku nak cerita tentang JONGKANG JONGKET STUDIO… hehe.. It most severel years before.. yang mana, aku teringin sangat nak bukak compony in editing photography. (wah, cita-cita besar sangat sampai nak bukak company bagai).

Erm, dan mesti korang nak tau kan, kat mana aku dapat idea nama jongkang jongket ni.. eh, kenapa jongkang jongket..?? eh, taka da nama lain ke.. erm, actually kenapa jongkang jongket..?? korang pernah main jongkang jongket..?? erm,

Ini jongkang jongket is equal tu persahabatan.. kalau sorang je, yang main jongkang jongket tak akan boleh main kan, dy mest kene main dua orang kan.. huh.. so the conclusion, we need each other dalam setiap perkara yang kita buat.. kalau buat sorang-sorang susah sikit nak jadi..

Macam tu jugak dalam bisnes, kita saling memerlukan each others.. ha, itulah disebalik kenapa aku rasa perkataan jongkang jongket ini, sangat meaningful bagi aku.huh..

Dan aku telah menyuarakan rasa nak buat ni, pada Okhi Safwan Harun dan Okhi Abu Bakar.. and korang guess what, mereka @ dyorang very supportive.. uhuhuhu.. terima kasih korang… nanti kalau benda ni sume Berjaya, aku akan ambil korang bekerja dengan aku.. ahahah.. *nak la pulak korang kerja ngn aku kan..
ni la badge nya..
Hahah.. and badge untuk aku pnya studio ni.. dah ada dah. Bersungguh2 aku buat.. dan actually, ada jugak aku mengkomersial kan nya kepada kawan-kawan aku yang lain, dan dyorang suka jugak la, dengan effort aku ni.. Alhamdulillah..

Terima kasih korang..

Ada jugak aku punya art, bawah jongkang jongket studio ni.. nanti aku upload kan.. setiap hari rabu ok..?? nak buat wordless Wednesday.. so korang tunggu jela k.. nantikan setiap hari rabu..

Dan, korang boleh jugak share atau nak buat DP atau apa2 sahaja ya, but makesure, link back to this blog.. hehe.. credit la katakan..hehe..

Ok, last but not least.. thank you kepada semua yang terlibat.. jasa kome ku kenang.. hehe..

Nota mulut : seronok bila dia dapat kerja kat sini jugak.. ^^
www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

:: KEMBALI DENGAN PENUH TERUJA ::

| Selasa, 24 April 2012

ASSALAMUALAIKUM..!!

Ahaks-ahaks.. blog ibarat baru dapat udara, nak kembali bernafas.. uhuh. Kenapa aku cakap macam tu..?? ada ke patut, aku biarkan belog aku ibarat bergantung tidak bertali.. oh tidak la rasanya.. erm, and now, aku rasa aku should la, kembalikan aura blog night story ni, yang dahulunya terpalit (wahh, terpalit kaww) dengan pelbagai kontroversi

Yang konon-konon mengatakan aku ni sengaja melakukan nya.. oh tidak.. ini, part of my hobi ok… haha, daripada aku merempit tak tentu pasal, pergi sana ,pergi sini… so don’t judge ok.. ok..

teruja dengan kembalinya sya di laman sesawang.. mauhaha

Ok semua,!! sila teruja, kerana aku kembali di dunia blogging.. miss this moment..  ha, lepas ni.. tak habis2 la aku update kan… macam banyak je nak cerita..

Ok, untuk memanjang kan entry ni, aku nak cerita sikit la, mengenai diri aku yang sekarang ni.haa. penting untuk korang tau, update pasal aku. Kerana apa, kerana aku rasa aku dah lain.. hahaha..

First of all, berat badan bertambah-tambah, sampaikan seluar aku dah sendat mendat.. wahh, harus beli seluar baru.. kuikuikui.. mak nak duit beli seluar baru..*boleh camtu*.. hahaha..baru aku seminggu lebih sikit duduk rumah, dah berat badan meningkat.. ha, belum sebulan, 3 bulan.. mau bulat aku jadi.. dan impian nak naikkan berat badan, rasa nya terlunas akhirnya.. hahaha..

Ok, next, sekarang ni, aku dalam usaha mencari kerja.. oh, terlupa.. kerja dah dapat dah.. haha.. start next week.. kerja apa ek.? Mesti itu yang bermain dalam kotak fikiran korang kan..(ok tipu, fikiran itu kotak)… erm, nak tau kerja apa.. itu rahsia, nanti senang aku update la ya..haha..

Then, result pereksa semester 4 dah keluar, around severel days before.. erm..keputusan agak mengechiwakan.. oh tidak…*fizz bersyukur please*.. erm, kira ok la daripada yang lain, sibuk duk berkempen sana dan sini, perjuangan situ dan sini, tapi result, hancus meletus.. ooppsss… sapa nak jawab..??

And, that’s really sure.. I have got a new best friends.. wah.. Alhamdulillah, my doa dimakbulkan Allah.. suka2 sangat.. syukur2.. terima kasih ya Allah.. huhu.. erm, siapakah gerangan..?? nak tau ke..?? stay tuned k.. haha..jgn beli je tuned talk tapi tak stay tuned.. *ok, tetiba*..

And maybe last but not least, Alhamdulillah, aku dapat habis kan ASASI a.k.a foundation kat APIUM Nilam Puri, dengan jaya dan cemerlang nya.. wahh… terkejut gak aku.. tempat yang dulu mula-mula aku tak nak pergi, akhirnya mengajar aku banyak sangat perkara, about tarbiyah, bahasa arab, and many things..

Among two years.. many thing have done in my life.. woow.. its such incredible double years.. huhu.. I love Nilam Puri.. ooppss.. APIUM Nilam Puri.. erm.. terbaik la…

Ok kepada semua lepasan-lepasan SPM, sila tingkatkan keterujaan anda, dengan memilih Asasi UM ok, dalam boring pemilihan.. hahah.. gerenti tak menyesal… erm.. sila teruja ok..!!~~

Nampaknya, seperti sudah melalut penulisan ini.. hakhakahka… diharapkan  semua terus maju diatas apa sahaja yang korang semua lakukan.. believe in ourself..  jangan nak main je k.. ok..

Aku nak chaw dulu, nanti aku update lagi ek.. promise, everyday have and entry.. insyaAllah… ^^
Doakan lah saya yang terbaik ok.. heheh.

Nota mulut : teruja dengan keterujaan diri sendiri..
www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

:: TIPS NAK TULIS ENTRY | BAGI YANG DAH KERING IDEA ::

| Selasa, 28 Februari 2012

ASSALAMUALAIKUM..!!

AHAKS-ahaks semua.. kipas susah mati aku.. sejak-sejak dah nak exam ni… bernafsu-nafsu aku nak update belog, apasal ek..?? ada pape ke..?? aku benci la word, nak auto correct pulak.. aku tulis bahasa melayu la, bukan bahasa ibunda kau…aarrgghh..

Ppffttt… tapi lantak pi la, kalau ada yang tersilap tu, bukan aku yang buat tau, tap benda ni yang gedik nak auto correct sendiri.. ahaks.. ^^.. orite.. hari ni.. I’m just wanna to share you some tips… tips apa.. bukan tips-tips biasa yang korang baca kat blog aku ni..

But maybe ni lain sikit.. ha, tips bagaimana nak dapatkan idea, untuk update belog.. korang mungkin kekadang berpulun-pulun nak cari idea kan macam mana nak dapatkan idea nak tulis blog..

Eh, blog aku dah setahun tak update.. ko ada idea tak.. itulah dilemma yang dialami oleh kebanyakan belogger baru… huhu.. no idea to share.. ok.. kat sini ada beberapa tips.. moga berguna untuk semua…

hasil carian google.. terima kasih..
(Drum roll..)

Satu : korang kene ada sebiji kamera..
“kamera sekarang mahal la, mana nak cari duit nak beli kamera”.. hey hey hey.. cuba sabar dulu… aku tak suruh pun korang beli DSLR atau kamera yang mahal-mahal tu.. pakai kamera handphone korang pun dah ok, as long as, gambar yang diambil tu, clear, dan boleh orang tau ko amik gambar apa.. [paham]

Tapi kalau ko ada DSLR, atau kamera2 digital lain tu, itu dah menjadi satu advance kat korang.. huhu.. ala ag pon, sekarang ni, semua orang dah paki henpon ada kamera kan… so tak jadi masalah, no excuses..

Dengan kamera, korang boleh tangkap gambar benda yang ko rasa bez.. nanti bila tengok balik gambar tu.. ada cerita disebaliknya, dan cerita tu pulak ala-ala fairy tail gitu, korang pon boleh la share kat belog.. sambil memasukkan gambr sebagai inspiration terhadap penulisan itu..

Ala yang macam iklan CANON YUNA tu.. setiap gambar ada lagunya.. ahaks.. tak gitu cek bedah..~~

Dua : kene ada daya ingatan yang kuat..
(eh, jap ini tips kea pa??).. tibai.. ni pun aku rasa penting.. kalau korang ada sikap mudah lupa macam aku ni, aku rasa agak sush sikit la.. boleh nak jugak, korang kene ada buku catatan, then korang write apa yng perlu.. pastu nanti bila dah sampai kat rumah, dan bernafsu nak update blog.. boleh la korang cerita kan balik moment2 manis tu, tanpa tertinggal satu pon…

Ha, senang kan… tpi kalau ingatan korang kuat, tak perlu kowt buku catatan tu..haha..

Tiga : mempunya semangat yang tinggi terhadap belog..
The most important.. tak boleh la nak hangat-hangat  tahi ayam.. kalau korang dah ada kamera, daya ingat dah kuat, ayat dah power, tapi bila ak update belog punya la malas haram jadah.. memang tak payah la buat belog… deactivate je lagi bagus…

Buang masa dan ketika je… buat belog sebab tengok orang lain ada belog…kihkihkih.. tukar niat anda.. ehhee..

Empat : blogwalking
Blogwalking ke otai-otai punya belog.. ko jangan pergi blogwalking ke adik junior ko punya belog pulak, boleh nak pergi, tapi berikan priority kepada yang lebih senior.. tak gitu.. mereka lebih pengalaman..

Tengok cara2 penulisan diorang macam mana… isi apa yang diorang taruk.. macam mana diorang bercerita..

Nanti bila kita dah terer.. baru ok.. banyakkan menulis, nanti lagi banyak pengalaman yang akan kita dapat… jangan  hanya duduk di takuk lama..

Hu.. moga-moga tips ini berguna untuk rakan-rakan blogger yang lain… sharing is kongsi kan.. so aku dah share dah, sedikit pengetahuan dan pengalaman dalam dunia blog ni.. kat dunia maya ni.. banyak sangat blog, just taip je kat google, pasti akan keluar..

So kepada belogger yang baru nak berjinak2 tu, kedatangan anda amat dialu2kan..huhu… semoga bertambah rakan-rakan kita dalam arena dakwah dalam bentuk blog dan penulisan ilmiah sebigini..

Walaupun, blog aku tidak seilimiah mana, tapi aku cukup berbangga, ada ramai kawan yang menulis atas dasar ilmiah dan dakwah.. you go guys..

Hehe..

Jaga diri hiasi peribadi..

Nota mulut : Alhamdulillah, TQ ya Allah, atas kurniaan mu..
www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

PLEASE CLICK ONE.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 ::: NIGHT STORY :::