Keblinger

Keblinger

I made this widget at MyFlashFetish.com.

heartbeat

nuffnang

:: JUMAAT | 10 WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA ::

| Khamis, 26 April 2012

ASSALAMUALAIKUM..!!

Hye, semua kipas susah mati aku.. huhu.. selamat hari jumaat ok semua.. seperti yang semua tahu, hari ini adalah penghulu bagi segala hari.. tak kira lah ko suka hari selasa ke rabu ke, hari jumaat tetap mengekalkan kePenghuluan dia ok..

Erm, kepada semua jejaka-jejaka kacak seperti aku (waahh, kacak sangat), hari ini, jangan lupa untuk ke masjid awal ya, dengar khutbah, dan solat jumaat.. penting ok…!!

Dan bukan lah niat aku nak cerota pasal hari kea pa.. tapi hari ini, sempena dengan hari jumaat ini, aku nak mengongsikan, *mampu ko mengongsikan.. berbelit-belit lidah nak menyebutnya.. hahaha…* dengan korang dengan beberapa wasiat daripada AS-SYAHID IMAM HASAN AL-BANNA..

terima kasih pak cik google..
Mungkin ada yang dah tau, da nada yang belum tahu.. so kepada yang dah tahu, buat-buat tak tahu la ya.. baca balik.. and think it, kemudian amalkan.. huhu. Berguna untuk semua muslim dan mukmin di luar sana..huhu..

So jom baca..~~

(1) قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف.

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

(3) اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

(4) لا تكثر الجدل في أي شان من الشؤون أيا كانت فإن المراء لا يأتي بخير.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

(5) لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن ووقور.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

(7) لاترفع صوتك أكثر مما يحتاج إلية السامع فإنه رعونة وإيذاء.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) تجنب عيبه الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بالخير.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

(9) تعرف إلى من تلقاه من أخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا الحب والتعارف.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

(10) الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته.وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائها

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Ok,, amacam, semua.. huhu.. ok, sebelum mengakhiri entry ini.. korang sila dengar lagu ini..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


JUMUAH IS BARAKAH



jadi layan lagu ni.. quite meaningfull huhuh..

nota mulut : hehe.. tak sabar dan neves menunggu waktu itu
www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

4 RENJATAN:

Tanpa Nama at: 27 April 2012 pada 3:43 PG berkata... [GATAL NAK KOMEN]

sy agak pelik dgn penulisan nota mulut rafqa..mcm xd mengena dgn tajuk..boleh jelaskan..sbb selalu ikot jgk blog nie..

{ Rafqa firdaus } at: 27 April 2012 pada 4:56 PG berkata... [GATAL NAK KOMEN]

erm, mmg nota mulut, xsama dengan tajuk ya.. kata selalu follow blog, tp xtau..

Tanpa Nama at: 27 April 2012 pada 5:12 PG berkata... [GATAL NAK KOMEN]

owh..yekw,,maaflah..ganggu privacy palak kan..

Tanpa Nama at: 29 April 2012 pada 5:36 PG berkata... [GATAL NAK KOMEN]

habis tu sapa

Catat Ulasan

PLEASE CLICK ONE.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 ::: NIGHT STORY :::