Keblinger

Keblinger

I made this widget at MyFlashFetish.com.

heartbeat

nuffnang

PALESTIN?? SYRIA?? SIAPA PEDULI??

| Jumaat, 21 Disember 2012

Tetiba kedengaran jeritan ibu dibawah, memanggil nama ku, RaFi (BukanNamaSebenar).
“RaFi meh turun sat, tengok berita nie, Palestine kene serang ngn Zionis, kesian kat depa kan,” Kata ibuku.
“Aah la ibu, kesian kat diorang, kita nie, bersyukurlah kan ibu, aman damai hidup sejahtera gitu, kat Malaysia nie” kata ku
Hati ibu berbisik, “Aman ke Malaysia ni..”

MALAMNYA…

Aku turun ke bawah, dengan membawa harapan ada makanan di bawah tudung saji.
“ibu, masak apa hari ini”, Tanya ku kepada ibu, sambil membuka tudung saji
Ibu yang sedang leka bermain I-pad, pemberian ayah sempena ulang tahun perkahwinan mereka, menjawab dengan sejuk dan selamba, “ ibu malas masak la hari ini, RaFi, RaFi pergi jela, beli kat MekDi makan malam”.
“eerrrkk..”, aku tersentap..  seperti ada satu lintasan kilat menerjah ke lubuk hati ku..

Huiisshh, sedap juga nama RaFi a.k.a RafqaFirdaus.. *muka poyo.. mesti kipas susah mati aku macam wonder-wonder gitu kan, apa yang aku nak cerita sebenarnya.. aku nak buat novel cinta klasik ke, buat dialog-dialog bagai nie.

Tak lah, tidak sama sekali tidak, *peluh.. sebenarnya, isu yang sedang kuat dimainkan dan dibincangkan di dalam bulatan gembira adalah tentang isu, PALESTIN dan SYRIA.

Mungkin aku sudah terlewat untuk meng-naik-tarikh (baca update), tentang isu ini, tapi bagi aku, isu Palestin dan Syria ini bukan lah satu isu yang bermusim, dimana apabila terdapat sesuatu tragedy yang melanda Palestin dan Syria bru lah nak terkedek-kedek, terkinja-kinja, nak buat banner, nak buat kutipan guruh, nak boikot tu..


Tapi bila dah reda dah, suasana dah kembali seperti dulu, ok, kita pulak, yang syok makan kat MekDi belakang umah cik Peah.. sedap je, g Starbuck online smbil minum cappocino blended.. APAKAH..??

Benda-benda cenggini la yang actually melanda masyrakat islam sekarang ini.. melakukan sesuatu itu ikut musim..

Ohh, sekarang musim Palestin, jom la kita pakat, pakai mafla Palestin, tapi lepas sebulan dua bulan, Mafla tu g mana.?? Terponyok dalam almari kaca.. gullpp..

Penderitaan yang dialami oleh orang-orang Palestin dan Syria, itu tiada musimnya, setiap hari dan ketika, mereka pasti akan dihimpit dengan kesusahan dan kekejaman zionis dan musuh-musuh Islam.

Contoh nya diSyria, sehingga hari ini, masih ramai lagi rakyat-rakyat Syria dibunuh dengan kejam oleh sekutu-sekutu Basyar.. jadi dimanakah kita..?? adakah kita yang hanya duduk depan kaca TV gelak-gelak, tengok Betul Ke Bohong, atau duduk depan Tv cakna pasal Isu ini, dan ambil peluang untuk membantu mereka..

Didalam Al-Quran ada menyebut bahawa, Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha terhadap kamu wahai Muhammad sehinggalah kamu mengikut agama mereka” (Surah Al-Baqoroh : 120).

Dalam ayat ini, menerangkan bahawa, selagi mana Nabi Muhammad SAW tidak mngikut agama Nasrani dan Yahudi ini, maka mereka tidak akan sekali-kali redha, dan sentiasa akan memerangi dan memusuhi umat-umat islam..

itulah agenda mereka yang sentiasa ingin merosakkan umat islam, dan agenda itu telah berjaya barangkali,, dengan suasana hidup kini.

Tak yah pergi jejauh, tengok kat Malaysia sahaja sudah cukup kan..

Dan sesungguhnya Janji Allah itu pasti, dan sekiranya, kita memerhatikan dengan mata hati kita ayat-ayat daripada Surah Al-Isra 2-7 yang bermaksud, “Dan Kami menyatakan kepada BAni Israel dalam kitab itu, “ sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” (4),

“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.” (5)

“Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.” (6)

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” (7)

Kisah atau tragedi yang terjadi hari ini, telah disebutkan oleh Allah SWT, dan semoga dengan peristiwa ini, umat islam akan sedar dan bersatu, demi mempertahan kan islam.

Jika orang barat juga membantu Palestin atas dasar perikemanusiaan, apatah lagi kita ini, yang sama akidah, berpegang dengan satu Akidah, BerSyahadahkan dengan Satu penyaksian yang sama. Mengapa kita hanya duduk dan seperti memejamkan mata tanpa ingat kepada saudara-saudara kita disana.

Jadi arus perubahan masih boleh dilakukan, kita jangan mengikut arus yang semakin lama semakin menjauhkan kita dari landasan ke sorga, tapi jika kita perlu menongkah arus, tongkah lah, semoga kita akan mendapat sorga Allah di akhirat kelak.

Wallahu Alam..

Psssstt : Jalan Ini, Memang Panjang, tetapi didalamnya terdapat kemurniaan dan kerahmatan daripada Allah SWT. InsyaAllah.

www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

0 RENJATAN:

Catat Ulasan

PLEASE CLICK ONE.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 ::: NIGHT STORY :::