Keblinger

Keblinger

I made this widget at MyFlashFetish.com.

heartbeat

nuffnang

:: MEngGoDam LEmak Di KuBAng KEriAn ::

| Khamis, 11 Ogos 2011

ASSALAMUALAIKUM..!!

ERM..KEKENYANGAN PABILA DAH SELESAI GODAM LEMAK-LEMAK..

ERM,aku macam biasa la, kali ini nak menceritakan tentang makanan..tragedi aku menternak lemak dekat DH SDN BHD kubang kerian kowt..huhu..*tak perasan sebab dah malam…

Aku pergi ini..harusnya tidak keseorangan,tetapi ada bersama orang lain la..huhu..siapa mereka tidak memerlu la kowt aku nak memberi tahu kat sini…harus kenapa,,?? Sebab dia dah warning aku awal-awal supaya tak payah nak mengada-mengada mention nama bagai kat belog ni..*ada ke..??

Erm..apa ke patut dia tak nak enterframe kat dalam belog cumel ni… macam menghina aku je nampaknya.. sedih…

Aku pergi sana pun atas dasar orang nak belanja aku…haha…harus suka..kalau tak belanja pon aku pergi juga..haha..yela aku ni memang pantang ka bila vote-vote makanan ini..lagi pun bukan selalu la pulak kowt aku nak tinggal lagi kat KELANTAN ni… kalau lapanpuloh tahun lagi aku tinggal kat sini,tak pe la kan… muahhahahaha….

Erm.. makan memang la boleh tahan sedap nya.. untuk ikut ini pon aku tau ala-ala last minit kat…bila aku dah beli makanan baru mereka kata nak pergi makan kat luar,aku pon dengan gelojoh nya kata la nak follow kan…erm..mana boleh tahan nak makan benda sama je..*boleh..?? ..haahha

Erm…dan thankz kepada yang berkenaan kerana sudi sangat-sangat bawak aku pergi makan kat situ..makanan dia memang superb la…hakahkahka… kalau boleh like aku dah like enampulohlapan kali dah…hukhukhukhuk…

aku pergi restoran ni dua atau tiga hari lepas kalau tak silap..lupa la pulak,effect makan semut banyak la ni..kurang ajar punya semut...


Air idaman aku..sudah pasti manga,memang pure la air dia,sangt suggest kat korang

Telur dada yang terbaik..besar pon besar..bagi untuk 2 orang makan..*rasa nya dy guna telur yang baka baik kowt..hahaha

View seluruh makanan..macam-macam ada..




Yang kuning tu air aku.yang putih tu air laici,air member aku.. api air laici bese je la kan..huhu..

Yang bez nya kat sini,dya punya air siap ada saiz lagi…S,M,L n XL..dah macam baju dah pulak..siap saiz-saiz bagai..yang dalam gambr kat atas ni semua yang bersaiz M..boleh bla gak la untuk seorang minum..banyak wo….sedap pulak tu…

Pastu,selain jual makanan-makanan yang macam kami makan ni,banyak lagi sebenarnya makanan lagi ada,macam dyoraang bukak kedai dalam kedai,contohnya untuk jual sate,colet,steamboat dan macam-macam lagi…so banyak choice la..ttteeerrrbbbaaaiikkk…

So aku suggest kan pada korangkorang semua,supaya pergi la kat restoran ini…memang terbaik la…

Erm…done je sampai sini…. Kepada kawan-kawan aku.nanti kita pegi sini ek,berbuka puasa..macam bez..hahaha..

Jaga diri hiasi peribadi…

Nota mulut – haha..sory la gambar gelap..macam haram gak kamera fon aku ni,*sambil lap air mata..huhu

www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

:: JelaJah SahabAt EpisodE Akhir ::

| Rabu, 10 Ogos 2011

ASSALAMUALAIKUM..!!

DARIPADA AKU TIDUR THE SUSAH NAK BANGUN BAIK AKU JALAN-JALAN KAT BELOG INI,MACAM BERFAEDAH SIKIT..

Ok…sedikit sahaja kali ini, aku nak habis kan jelajah SIRI JELAJAH SAHABAT aku..erm..tidak mahu la kan aku memberi cerita yang tergantung…

Sekejap ya,aku tengah recall balik,hari itu aku dah cerita sampai mana…

……………………….[ L ]

……………………… [ o ]

……………………… [ A ]

……………………… [ D ]

……………………… [ I ]

……………………… [ N ]

……………………… [ G ]

AHAKS..aku dah dapat dah…lepas kami adakan sesi fotografi tak bertauliah tu..masing-masing bawak haluan sendiri la…erm..mula-mula cadangan hendak ziarah rumah MUKHLIS,dan katanya (si mukhlis ni) rumahnya hanya duapuloh minit sahaja dari rumah NAJIB..ahaks…

Kami ni pun yang sememangnya tak tahu ni,percaya la hiwar si MUKHLIS ni..then bila dah gerak je…bukan duapuloh minit,tapi rasanya dekat tigapulohlapan minit..tapi itu pun tak sampai lagi dekat rumah si MUKHLIS..

So yang naek kereta c LUTHFI JUWAINI ini,adalah aku, mad, bakar dan fizi..so kami decide tak mahu nak ikut pegi rumah MUKH setelah setengah perjalanan telah kami tempuhi..kerana luthfi nak pegi hantar kakak dia ke stesyen bas…

So kami pun berpatah balik pulang ke rumah luthfi..dalam satu jam perjalanan,kami pun sampai la ke rumah luthfi..*kihkihkihkih..

Sampai-sampai je, luthfi terus pegi hantar kakak dia, dan kami yang selebihnya,pergi la melepak kat rumah dia…aku korang jangan banyak Tanya la.. memang dah tak ingat dah rumah sapa,terus je aku bantai tidur, tak bangun-bangun..

Cuba korang bayang kan tiada rehat selepas perjalanan yang jauh…memang pengsan la aku lapanpulohlapan minit kat rumah luthfi tu… lama juga la aku tido…bangun untuk solat sekejap,pastu pengsan balik…sampai nak balik tu baru la dyorang-dyorang ni kejut…..

Yang aku bengang tahap nak naik hantu ni adalah,diorang PERGI BENDANG tak ajak aku..siap main snap-snap picture lagi..*jelez…pastu maen lalu-lalu kat titian-titian apa entah kat bendang tu…*jelez dua kali.

Almaklumlah aku memang taka da pengalaman,even kat kampong aku ada bendang,tapi tak pernah la pulak aku bernafsu nak ke bendang tu..huhu…..

Lepas luthfi balik dari hantar kakak dia,kami pun bergerak pulang…di mulai dengan menghantar mad dulu..ahaks…

Pastu sampai-sampai rumah mad,kami disambut meriah oleh kerabat-kerabat mad..ahaks… pastu nak g tengok ITIK bagai la…memang banyak gila itik kat rumah mad..tapi yang sedihnya bukan mad punya la..kalau mad puny,habis dia gulai semua itik-itk tu..ahhahaha..*pengsan…

Pastu sebelum hantar hafizi dan abu bakar ke komuter,transit dulu dekat rumah aku,sebab dah nak maghrib,bagi solat atau rehat-rehat jap,then lepas maghrib itu,baru la berangkat ke KTM SUNGAI BULOH…dalam tigapulohtiga minit dari rumah aku…boleh..??

Then bila dah sampai,depa pon pergi la beli tiket depa…pastu kami pun peluk cium bagai then pulang la…huhu..kami tak tunggu la fizi n bakar sampai naik train coz luthfi nak bali sungai besar lagi malam tu..jauh lagi perjalanan, takut nanti lambat pulak dia sampai kat rumah..huhu….*take care tak aku..??

Pastu kami balik sudah…sampai rumah aku dalam lingkungan pukul 9 malam,so apa ditunggu lagi aku terus la,amik port untuk tido…hahaha..perut dah kenyang,mata pun ala-ala semput je kan..nak buka macam tak nak je,baik aku lena kan terus..haha..

Sangat asyik…huhu..dan dalm kul berapa entah tak ingat,si luthfi telefon aku,mengatakan dia dah sampai sungai besar,Alhamdulillah..bangga ku….walaupun seorang dan jauh perjalanan tetap sampai gitu..*muka tawar…

Huhuhu..ok la sampai di sini sahaja kisah siri ini…jom sama-sama kita amik ikhtibar..jangan jalan jauh-jauh sangat dalam masa sehari…huhu…

Bbbbbbaaaaaabbbbaaaaiiii…

Jaga diri hiasi peribadi…

Nota mulut-selesai sudah…

www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

:: MEnNgGodaM leMAk DI McDoNaLd ::

|

ASSLAMUALAIKUM..!!

SEBELUM TIDUR MAHU TAK MAHU NAK JUGAK UPDATE BELOG INI,WALAUPUN MATA DAH KUYU GILA NAK PENGSAN..

Erm..kali ni nak cte pasal godam-godam lomak lagi la, tu je la entry yang aku tau buat untuk bulan puasa nie…hikhik

Erm..kali ni,aku pegi godam lomak kat MCDONALD kota bharu ngan zaki..dak Kelantan..kenapa dengan dia..?? hukhukhuk..yela dia je yang sanggup nak teman aku yang ala-ala puaka ni kan…hukhukhuk..

Memang seronok..mula-mula agak cuak pegi lambat sebab takut sit penuh,nanti tak pasal-pasal kene berbuka atas lantai pulak kang..harus nangis… tapi Alhamdulillah,sampai-sampai je dalm kul 7.10 malam kat MCD tu.tak ada la ramai sangat orang kat MCD tu… erm…

Aku ya-ya la semangat nak pergi awal,nasib baik ada conflict kenderaan sebelum nak pegi tu,kalau tak memang kami dua orang je la yang tercongok kat MCD tu menunggu waktu berbuka..*pengsan..haha

Kami pergi naik motor je..saving duit la katakana,saving la sangat.. dan terima kasih kepada POK DIN kerana bagi pinjam motor,kepada ABAS juga kerana beralah untuk tidak menggunakan moto ketika itu..haha.. saying korang lah…

Erm,..ok2..mata aku dah semput dah ni nak tido… jadi korang layan je la gambar-gambar yang ada ini ok…



GCB terbaik dri ladang pilihan aku...erm..tapi zaki kata macam makan daging tak masak..dengki la tu..hahaha


enampulohenam saat sebelum berbuka,dah sibuk nak masuk kan perencah BBQ kat dy pny fries...harus gelojoh..

ha, kalau korang nampak la kan, ni la makanan cik zaki kita, spicy chicken mCDeluxe gitu nama nya....

ni la view full meal aku untuk berbuka pose semalam..ahaks... siap sundae bagai..demand x..??


muka sadis ala-ala lapar menanti waktu berbuka...huhu..


BTW thankz zaki,coz bawak aku pegi MCD..jasa mu ku kenang..ahaks..seronok gilas...

erm..laen kali kita gi lagi k...hahaha....

*actually entry ni dari semalam lagi dah taip tapi apa kan daya,internet macam bangang la jugak semalam sampai aku tak boleh nak post,tu yang pagi ini,aku terus GRAB nak post entry ini..jakun x ???

nota mulut- pelik peg mcd je pun,tu pon nak pandang mcm tak puas hati kat aku...

www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

:: KenApa SaYa BErBLoGgiNg ::

| Selasa, 9 Ogos 2011

ASSALAMUALAIKUM..!!

PAGI-PAGI YANG MULIA INI,MACAM FRESH SAHAJA AKU RASA NAK BEBRLOGGING..

ERM..eecceeecceehh…. macam waktu pagi je la kan waktu untuk aku berblogging,oohhh,tidak sama sekali…erm…. Nak fresh-fresh bagai…but waktu pagi ni,memang fresh la kalau nak wat segala macam benda…hakhaka..

Erm.. ak nak cerita la KENAPA AKU BERBLOGGING..??


gambar ihsan makcikgoogle

Aku rasa macam dulu-dulu pernah je aku buat entry pasal tajuk jadah ni..tapi bila aku cari balik,memang haram nak jumpa,,ak tak ingat sama ada aku dah post or belum…tapi taka pa,dah atau belum aku nak jugak post lagi.

Erm…eh….biar la nak post dua kali (kalau ada post ni sebelum ni) dah ni belog cumel aku…so what..?? aku nak post benda yang sma enampulohdua kali pon apa adahal…hahaha…

Erm..back to the entry,ok..kenapa ek aku berblogging…erm.. semua orang yang berbelogging ni sume ada reason sendiri kenapa dyorang berblogging..

Cuba korang pergi tanya kat BEN ASHAARI ke,YUYU ZULAIKHA ke,CIK EPAL ke o mana-mana blogger waimma,blog senior aku, yaqut hulaif, atau blogger seangkatan dengan aku macam aqiel,ruby ariff n ramai lagi la..n korang sume kalau fell-fell nak tengok belog mereka korang boleh la scroll ke bawah lagi dan tengok la kat part UKHUWAH KAMI n klik sahaja mana-mana nama yang korang suka-suka…

Erm…memang macam-macam isi ada, and pelbagai reason kalau ditnya kenapa mereka berblogging… dank at sini memang lah bukan feveret aku nak cerita reason orang lain,tapi aku nak cerita reason aku sendiri…

Erm….aku berblogging ini,sebab aku suka menaip..haha..*macam tak ada kene mengena… dan aku suka baca belog cumel orang lain,dan aku boleh tahu kisah sedih o keparat orang laen…

Dan kadang-kadang aku rasa susah hari ini, then bila aku baca belog orang laen,rupanya,ada orang lagi susah daripada aku…erm..

Dan daripada situ,aku boleh muhasabah dan cermin balik diri aku,yang mana sebenarnya dalam hidup ini,aku perlu banyak bersyukur,even kadang-kadang sesuatu itu,memang susah untuk aku accept seratussatu peratus..

Sebab mungkin tuhan ada reason Dia sendiri,kenapa Dia buat begitu pada diri kita…semua itu telah tertulis sejak azali lagi…so nak tak nak,hantuk kepala sampai pecah pun pasti akan berlaku…

Semua yang berlaku ke atas hidup kita ini,pasti ada hikmahnya..

“Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu sia-sia”

Jadi kita sebagai orang islam,mestilah menerima qada’ dan qadar ini dengan seterimanya….*paham tak..?

Ok tetiba je terus mood bertukar menjadi ustaz..ahaks…

Erm.. aku rasa better la aku stop kat cni dulu,sebelum lebih bnyak merapu raban keluar nanti.. so korang macam mana,sama ke reason kenapa korang berblogging…huhu…

Dan yang pengting bez gila berblogging…. Feel free je..lantak aku aku nak kecek apa…apa ada hal..blog free kan..hahaha

Jaga diri hiasi peribadi..

Nota mulut- serabut….


www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

:: pErkAra AnnOying SangAt ::

| Isnin, 8 Ogos 2011
ASSALAMUALAIKUM..!!

SEDAR TAK SEDAR DAH SEMINGGU BERPUASA..

HUHU..mood nak menangis kuat je rasa sekarang ini…erm..mana tak nya..cuba korang bayangkan dalam masa satu hari,macam-macam perkara la pulak berlaku kat ats diri aku ini..

Tak tahu la kowt kat mana silapnya..mungkin ini sebuah tarbiyah ramadhan..huhu..

Antara perkara-perkara annoying yang aku rasa amat aku perlu ambil port sepanjang har ini adalah : *sambil bunyi dram bass..

-facebook kene HACK-

Sangat-sangat annoying, entah kenapa keparat sangat entah hacker tu,sampai perlu dia nak hack FACEBOOK aku… erm…aku rasa aku terlalu glamour la kowt…ye la bese nya artis o orang-orang yang terkemuka je yang facebook nya kene hack-hack ni..erm.. memang glamour aku..*pengsan..

And until now,tak boleh nak bukak facebook..rindu la sangat aku kat facebook..harus kezaliman dibalas kezaliman..jangan ingat aku tak reti nak HACK facebook orang..dan,yang pasti bila aku dapat facebook aku balik..aku nak la try pulak hack facebook dy.. erm,biar dia tahu rasa,langit itu tinggi ke rendah…hahaahaha..*tetiba nak jadi kejam…

ni la dy mesej yang kuar kat wall Fb aku..agak keji la orang yang aku bulat kan itu..sanggup nya dy ambil Fb aku..knp,..?? mark zukerberg dah xnak bg orang sign up lagi ke untk Fb ni..?
keji lagi sekali..

entah abad ke berapa entah email Fb aku guna yang atas nie... azab sungguh..

-berdepan dengan orang yang bertalam-talam ni-

Bukan talam yang tempat untuk makan Jemaah tu ek, atau dengan erti kata lain dulang..huhu..erm… memang aku sangat la penyabar untuk berdepan dengan kelakuan-kelakuan orang sebegini..sakit hati aku ni,biar la aku yang memendam nya seorang-seorang.. tidak perlu la kowt aku bagitahu nama.. dan mungkin cara nak balas dendam adalah dengan hack FB mereka ini..atau……….. hahaha..sekali lagi kejam…

Habis la korang enampulohlapan kali…

-tetiba dapat tau bahawa kene wat khutbah sendiri-

In actually tak ada la annoying sangat pon.. yang aku rasa agak terkilan or perasaan yang seangkatan dengan nya adalah , diberitahu bahawasanya kene buat khutbah sendiri apabila aku telah print out sume my khutbah copy from internet…hukhukhukhuk…..memang menangis aku ikut rentak lagu rossa…huhuh…..

Ya ustaz,kenapa la bagitau lambat sangat,kesian la pada kami,dah berhabis duit print berhelai-helai… dan yang pasti,tukang empunya printer agak fevered la dia,coz nanti akan ada orang nak print khutbah berhelai-helai lagi kat dia..

nak buat request boleh ??,kalau ak tak nak buat boleh..???

Erm..ini la antara perkara yang pada lumrah zatnya,memang annoying tahap tugu negara… pening-pening kepala aku,fikir kan nya..but tentang FB tu..memang aku kene tunggu esok la kowt untuk tunggu jawapan daripada FB coz aku dah request new password.. kalu dia tak bagi..memang dengan serta merta aku akan bercerai talak 3 dengan Fb dan beralih kepada TWITTER,,, lantak ko....

*Yela mana tak nya,tanpa aku MARK ZUCKERBERG tu,tak dapat untuk berduyun-duyun tau…

So ucapan ringkas untuk EN. FB,kalau ko nak kaya lagi,,sila la approve kan permohonan aku itu k… sebelum ak kayakan EN.TWITTER…. hahaha….

Ok la disini sahaja,

Jaga diri hiasi peribadi

Enjoys your days..

Nota mulut- berhari-hari berbuka sorang-sorang…





www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

:: MeNgGodaM leMAk Di DewAn JoHOr ::

| Sabtu, 6 Ogos 2011

ASSALAMUALAIKUM..!!

MOOD GILA TAK SABAR NAK BERBUKA PUASA..

ERM…ok.. aku pon tak ada la pulak cerita hot sgat2.. dan kali ini nak cerita psal menggodam lemak kat dewan johor…

Kat mana pulak dewan johor aku nak cerita ni..erm.actually dewan johor ni kat UNi aku je pon..hahaa… n bila tyme godam lemak ni..bila tyme nak berbuka la…ahaks.saya suka part ni..

Aku tak sempat la pulak nak ambil gambar lauk-pauk dia,coz aku part of the urusetia untuk menyediakan air…and aku masuk kan la mana gambar yang sempat aku tangkap je la ek..

Erm..and lauk dia memang la sangat sedap..*sambil telan air liur…. Nasi putih,ayam merah,n kuah kari la kowt…lupa sudah,da nada telur masin.. makanan ala-ala kampong gitu…sambil-sambil makan teringat dekat keluarga di kampong sementara aku berada di peratauan..boleh bla tak ayat aku…??

Dan sebelum ada iftor jamaie ni..ada program dekat dewan,iaitu forum BAWA HATIMU KEARAH CINTA-NYA…sweet je tajuk..ala-ala mengenai cinta la ini…erm…di panel kan oleh ustazah seripah dan ustaz hazrull,aku tak dapat dengar sampai habis..dengar awal-awal je…*nangis…sebab aku kene pergi buat air..erm…al-maklumlah expert kan..haha..*berangan

Gasak…. Ok la aku pon memang malas a nak bercerita panjang korang layan kan jela,sesi menggodam lemak kat dewan johor ni k..




pembantu-pembantu khas yang terliur ngn makanan

safwan agak bersungguh-sunguh cedok lauk dengn senduk besar..haha

lauk-lauk yang sedap lagi meyelerakan,tengok je muka budak-budak itu


lapanpulohlapan saat sebelum iftor

-semua tengok jam..kenepa..??

bila dah berbuka..semua muka segar je

muka-muka kenyangan dan xleh jumpa kamera.. pengsan..


muka para ustaz yang wasim-wasim semua nya..


air oren yang agak tawar hasil kerjaan aku..hahah..boleh..??

nota mulut- iftor yang bez setakat ini..!!



www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

:: bULAn pUasA dan PenggOdam LemAk ::

| Jumaat, 5 Ogos 2011

ASSALAMUALAIKUM..!!

MOOD BAIK,BULAN RAMADHAN

Hauhauhau…gelak tak ingat..erm…ok,macam biasa update belog la kan…erm..kali ini,nak wat satu segmen sendiri-sendiri..haha..nak buat pasal makanan la apa lagi,aku ni memang ketegori yang xreti bahasa kalau pasal-pasal makanan ini..jadi nama segmen aku dah fikir-fikir…huhu…

Dapat la satu nama,yang aku rasa tak tiru orang laen kowt..even idea ni ak dapat daripada orang lain..huhu..thankz kepada kamu.. erm..tajuk segmen diri sendiri ni adalah, MENGGODAM LEMAK.. .agak-agak boleh segmen ini..?? aaahh..gasak…suka hati.. asal korang semua suka membaca belog tak semenggah ini,sudah…*pengsan..

Erm..actually aku dah lama ingat nak buat pasal benda ini,tapi agak tak kesampaian..yela..macam-macam benda aku fikir..sekarang nak update belog pon, punya la payah tak ingat…teringin nak jadi macam BEN ASHAARI , UMAR FARUQ dan BELOGGER_BELOGGER lain,yang sentiasa aku tengok mempunya berjuta-juta minit untuk update belog..aku ini,,nak dapat enampulohlpan minit sehari untuk update belog pon payah sangat…

Jadi ,aku dengan ini akan cuba la mengupdate belog ini sehari-harian…haha..dengan ada nya segmen untuk diri sendiri ni..boleh la,aku feeling-feeling nak update belog hari-hari…

Erm..dah la..sekadar nak isi masa lapang duduk atas pentas yang quite bored…memang aku pitam kalai lebih lapanpulohlapan minit..hhuhu..

Bye..jaga diri hiasi peribadi

Enjoys your days.

Nota mulut- rasa dipinggirkan..

www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

PLEASE CLICK ONE.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 ::: NIGHT STORY :::