ASSALAMUALAIKUM..!!~~
DUPDAPDUPDAP.
ERM…Hye semua kipas susah mati aku.. apa cerita korang semua.. dah makan
dah..?? aku hari ini, makan percuma.. ada kenduri sikit..huhu..*muka bangga…
nanti la aku cerita pasal kenduri tu, coz aku rasa terpanggil untuk cerita
something ini..
First of all tahniah kepada yang telah mendapat result yang diinginkan,
kepada yang agak kurang tu, bersangka baik la pada Allah, kerana dia tahu apa
yang terbaik untuk kita di dunia ini…
''sentiasa bersangka baik dengan ALLAH, apabila
jalan hidup kita begitu dan begini, yakinlah itu yang terbaik. Apabila kita
melakukan dosa, DIA ada memberi keampunan. Saat kita lemah dan terhimpit, Dia
ada meniupkan semangat dan kekuatan. ALLAH ada menyebut bahawa DIA bersama
sangkaan hamba-Nya. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan, DIA dengan
rahmat dan sifat Maha Pengampun-Nya akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas dan bersungguh''
![]() |
rembat google |
Manusia memang
tidak akan pernah lekang daripada menerima sebarang bentuk ujian daripada Allah
SWT.. kerana kita ini manusia yang
HIDUP.. kehidupan memang sentiasa diuji dengan pelbagai ujian oleh Allah SWT
untuk Dia menguji tahap keimanan kita kepada nya..
Seperti firman
Allah yang bermaksud :
“Apakah Manusia mengira mereka akan dibiarkan
sahaja dengan mengatakan ‘kami telah beriman’ dan mereka tidak diuji”
(AL-ankabut 29:2)
Disini aku ingin
mengecilkan atau memfokuskan sedikit ‘bentuk’ ujian itu, dalam konteks kita
sebagai mahasiswa/i... kita sebagai yang bergelar mahasiswa atau pelajar tidak
kiralah sekolah menengah atau rendah atau penuntut universiti.. ‘ujian’ dalam
kamus hidup kita ini lebih tertumpu kepada peperiksaan kan..
Ujian yang
sebenar Allah nak berikan itu bukan lah susah pada soalannya, sampai susah kita
nak menjawab, atau tak ingat gapo-gapo masa even kita dah baca benda tu...
Ya betul. Itu satu
ujian dan dugaan jugak.. kita kene usaha keras untuk mendapat kan sesuatu, dan
untuk itu, pelbagai halangan harus ditempuh... TAPI...
Bagi aku la kan..
sebenar-benar ujian dalam peperiksaan adalah ketika mana PENERIMAAN kita pada keputusan
yan telah kita perolehi itu...
Kita bersyukur
tak dengan markah yang kita dapat??? - ini ujian sebenar.. ya.. memang sukar
untuk menerima sesuatu yang kita rasa kita telah membuat dengan baik..
Jujur sekali aku
mengatakan bahawa aku sebenarnya GAGAL.... lagi sekali.. buat sekalian kalinya,
dalam aku menerima keputusan yang sepertinya tidak seperti yang diharapkan..
"Kenapa sikit ni je dapat? tadi rasa macam boleh
jawab..."
"Teruknya...! Kawan-kawan lain mesti lagi
tinggi..."
Kenapa aku susah sangat nak bersyukur,??..
Bukankah aku dah usaha dan dah tawakkal???
Mana letaknya kedudukan Allah sebagai yang utama untuk
disebut lepas selesai jawab exam?
Setidak-tidaknya sebut Alhamdulillah kerana dapat tamatkan
exam. Masih bernafas dan hidup.
Mana perginya kebergantungan kepada Allah dan rasa syukur
untuk terima walaupun sikit???
Ya Allah, ampunkanlah hambamu yang masih gagal untuk terus
bersyukur pada berapa pun keputusan yang diproleh ini...
"Dan
ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan,
'Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu,
tetapi jika kumu mengingkari (nikmat-Ku), maka
pasti azab-Ku sangat berat."
[Surah Ibrahim, 14 : 7]
Bersyukur untuk perkara yang sikit itu lebih baik kerana
susah untuk manusia melakukannya.
Contohnya dapat keputusan markah exam tadilah.
Sepatutnya bersyukur dengan apa yang dapat bukan mengeluh
dengan apa yang tak dapat.
Saya harap saya dapat mengatasi 'kegagalan' ni... untuk
'directly' terus bersyukur pada apapun yang saya terima.
Harapnya kawan-kawan yang lain pun macam tu jugak!
Tetapkanlah niat kita untuk belajar, menuntut ilmu hanya
kerana Allah kerana ilmu tu milik Dia, dan Dia akan mempermudahkan kita
mengikut kehendakNya.
Kita belajar bukan untuk dapat markah yang tinggi, tapi
kerana nak tahu ilmu tu sendiri dan mengamalkannya.
Kebijaksanaan tak semestinya terletak pada markah yang
tinggi. Itu semua rezeki daripada Allah.
Dia berhak untuk memberi dan sebaliknya.
Even aku memperolehi keputusan yang agak boleh
dibanggakan.,tetapi kadang-kadang ada sekelumit perasaan yang merasakan seperti
aku ini tidak bersyukur kepadaNya atas apa yang telah diberikan... erm.. itu
yang kita kene ubah..!!~~
Wake up guyss.. jangan hanya kerana result kita, kita
berhenti untuk terus berusaha.. pintu usaha itu, sentiasa terbuka ....dan letak
kan lah, kepergantungan mu itu pada yang Satu.... ingat allah selalu
bersamamu..
Wallahu’alam..
Nota mulut : alhamdulillah..(^_^)

4 RENJATAN:
honestly....hati ku tersentuh bile bace entri nie..
azami, ini pandangn ku sahaja, tentang situasi2 mereka.. kerana ada yang down sungguh selepas melihat result mereka..
memang susah nak menerima kekecewaan..
sapa suka bila dia dalam kegagalan..
pedih..perit..itulah kebenaran..
tetapi terimalah dengan penuh kesyukran.
...........
syukran atas entri ini~
"semoga kita suma sentiasa tergolong dlm golongan hmbaNya yg bersyukur"
erm...sama wan.. insyaAllah, kita semua antara orang-orang yang bersyukur..
Catat Ulasan