ASSALAMUALAIKUM..!!~~
BAHASA JIWA BANGSA
ERM, first of all, thankz kepada semua pembaca-pembaca setia night story
aku ni, even kekadan belog nie, taka da paedah mana pon, but korang sudi jugak
la baca.. terharu la kowt..tetiba…
Erm, bahasa jiwa bangsa, itu yang aku nak tulis untuk entry kali ini..
yela, sekarang ini, kalau kita dapat tengok, macam-macam kesalahan bahasa yang
dapat kita ketahui.. contohnya, macam cerita KL gangster tu..huhu..berapa
banyak bahasa Melayu, yang konon-konon telah di-cina-kan, kekonon bagi memenuhi
skrip..
![]() |
THNKZ GOOGLE. |
Eh, berlakon-berlakon jugak la, tapi tak payah la sampai nak rosak kan
bahasa melayu kita weihh… kalau bukan kita orang melayu yang nak meningkat kan
bahasa melayu itu sendiri, siapa lagi, orang indon,?? Banggla??..
Tu yang sedih itu, lebih-lebih lagi, yang merosakkan bahasa itu adalh
orang melayu kita sendiri, kalau orang cina o india tu, itu tak yah cakap la…
memang terang-terang Nampak..
Lepas tu, penggunaan bahasa mesej… huh, ini lagi berat.. kadang-kadang
bahasa yang entah apa-apa entah yang keluar.. dari segi ejaan nya.. sampai
kadang-kadang apa yang orang tu nak sampaikan pun kita tak dapat nak faham..
Aku menulis, ini untuk kita sama-sama, memartabatkan kembali bahasa ini…
tak nak la, bahasa ini hilang dibuang zaman… aku pun ada jugak kadang-kadang
menggunakan bahasa SMS untuk menulis, tapi aku cuba untuk berubah.. kita tukar
sikit-sikit k..
Macam kat APIUM Nilam Puri ini, kita memartabatkan bahasa arab… huhu..
memang patut dilakukan kerana ini bahasa agama kita (islam)… tetapi jangan
dilupa bahasa ibunda kita..hehe…
dan tadi ustaz aku ada cerita, bahawa bahas Arab ini pon telah banyak yang rosak.. oleh sebab apa..?? oleh sebab pendatang-pendatang baru/asing, yang silap menggunakan bahasa ini, kemudian mengajar kepada orang lain...
hal yang sama berlaku pada bahasa melayu kita.. cuba bayang kan kalau pakar bahasa melayu dah tiada, hanya yang tinggal, ornag-orang yang tidak mahir dalam bahasa melayu, kemudainmengajar kepada orang lain.. apa yang terjadi..?? tepuk dada tanya iman.
Jangan kita hanya memandang remeh tentang hal ini.. hari itu, aku ada
menonton 360 yang menceritakan tentang masalah ini.. dimana dia telah
menemubual beberapa responden tentang masalah ini..
Rata-rata mereka, tidak menggunakan penggunaan yang betul dalam kaedah
bahasa melayu, terutama dari segi ejaan.. BAHASA SMS memang memainkan peranan
yang besar dalam BAHASA MELAYU..
Sebab nya, kini, budak-budak seawall usia 8 tahun sudah mempunyai henset
sendiri, dan mereka akan menggunakan bhasa SMS untuk menulis mesej, dan mungkin
ini akan terbawa-bawa dalam pembelajaran Bahasa Melayu mereka di sekolah..
Contoh nya perkataan ‘YANG’ yang dieja sebagai ‘YG’.. mungkin ini akan
mempengaruhi mereka dalam penulisan karangan.. mungkin kini, kita tidak Nampak kesannya,
nanti next lima tahun, baru kita akan nampak kesannya dalam penggunaan bahasa
melayu..
Renung-renungkan.. kalau kita orang melayu, yang menjahanamkan bahasa
melayu.. macam mana..?? sapa nak jawab..?? jadi kita ambil ikhtibar k..huhu..
MUSNAH BAHASA MUSNAH LA BANGSA..
Apa pendapat korang..?? korang guna bahasa SMS juga ke..?? komen korang
amat digalakkan..
Jaga diri-hiasi peribadi..
Nota mulut : jom kempen memartabatkan bahasa melayu k..huh

0 RENJATAN:
Catat Ulasan