Keblinger

Keblinger

I made this widget at MyFlashFetish.com.

heartbeat

nuffnang

:: SEKALI LAGI AKU GAGAL ::

| Selasa, 15 November 2011

ASSALAMUALAIKUM..!!~~

DUPDAPDUPDAP.

ERM…Hye semua kipas susah mati aku.. apa cerita korang semua.. dah makan dah..?? aku hari ini, makan percuma.. ada kenduri sikit..huhu..*muka bangga… nanti la aku cerita pasal kenduri tu, coz aku rasa terpanggil untuk cerita something ini..

First of all tahniah kepada yang telah mendapat result yang diinginkan, kepada yang agak kurang tu, bersangka baik la pada Allah, kerana dia tahu apa yang terbaik untuk kita di dunia ini…
''sentiasa bersangka baik dengan ALLAH, apabila jalan hidup kita begitu dan begini, yakinlah itu yang terbaik. Apabila kita melakukan dosa, DIA ada memberi keampunan. Saat kita lemah dan terhimpit, Dia ada meniupkan semangat dan kekuatan. ALLAH ada menyebut bahawa DIA bersama sangkaan hamba-Nya. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan, DIA dengan rahmat dan sifat Maha Pengampun-Nya akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh''

rembat google
Manusia memang tidak akan pernah lekang daripada menerima sebarang bentuk ujian daripada Allah SWT..  kerana kita ini manusia yang HIDUP.. kehidupan memang sentiasa diuji dengan pelbagai ujian oleh Allah SWT untuk Dia menguji tahap keimanan kita kepada nya..

Seperti firman Allah yang bermaksud :
“Apakah Manusia mengira mereka akan dibiarkan sahaja dengan mengatakan ‘kami telah beriman’ dan mereka tidak diuji”
(AL-ankabut 29:2)

Disini aku ingin mengecilkan atau memfokuskan sedikit ‘bentuk’ ujian itu, dalam konteks kita sebagai mahasiswa/i... kita sebagai yang bergelar mahasiswa atau pelajar tidak kiralah sekolah menengah atau rendah atau penuntut universiti.. ‘ujian’ dalam kamus hidup kita ini lebih tertumpu kepada peperiksaan kan..
 
Ujian yang sebenar Allah nak berikan itu bukan lah susah pada soalannya, sampai susah kita nak menjawab, atau tak ingat gapo-gapo masa even kita dah baca benda tu...

Ya betul. Itu satu ujian dan dugaan jugak.. kita kene usaha keras untuk mendapat kan sesuatu, dan untuk itu, pelbagai halangan harus ditempuh... TAPI...

Bagi aku la kan.. sebenar-benar ujian dalam peperiksaan adalah ketika mana PENERIMAAN kita pada keputusan yan telah kita perolehi itu...

Kita bersyukur tak dengan markah yang kita dapat??? - ini ujian sebenar.. ya.. memang sukar untuk menerima sesuatu yang kita rasa kita telah membuat dengan baik..

Jujur sekali aku mengatakan bahawa aku sebenarnya GAGAL.... lagi sekali.. buat sekalian kalinya, dalam aku menerima keputusan yang sepertinya tidak seperti yang diharapkan..

"Kenapa sikit ni je dapat? tadi rasa macam boleh jawab..."
"Teruknya...! Kawan-kawan lain mesti lagi tinggi..."

Kenapa aku susah sangat nak bersyukur,??..
Bukankah aku dah usaha dan dah tawakkal???

Mana letaknya kedudukan Allah sebagai yang utama untuk disebut lepas selesai jawab exam?
Setidak-tidaknya sebut Alhamdulillah kerana dapat tamatkan exam. Masih bernafas dan hidup.
Mana perginya kebergantungan kepada Allah dan rasa syukur untuk terima walaupun sikit???

Ya Allah, ampunkanlah hambamu yang masih gagal untuk terus bersyukur pada berapa pun keputusan yang diproleh ini...

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan,
'Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu,
tetapi jika kumu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."
[Surah Ibrahim, 14 : 7]

Bersyukur untuk perkara yang sikit itu lebih baik kerana susah untuk manusia melakukannya.
Contohnya dapat keputusan markah exam tadilah.
Sepatutnya bersyukur dengan apa yang dapat bukan mengeluh dengan apa yang tak dapat.

Saya harap saya dapat mengatasi 'kegagalan' ni... untuk 'directly' terus bersyukur pada apapun yang saya terima.

Harapnya kawan-kawan yang lain pun macam tu jugak!

Tetapkanlah niat kita untuk belajar, menuntut ilmu hanya kerana Allah kerana ilmu tu milik Dia, dan Dia akan mempermudahkan kita mengikut kehendakNya.

Kita belajar bukan untuk dapat markah yang tinggi, tapi kerana nak tahu ilmu tu sendiri dan mengamalkannya. 

Kebijaksanaan tak semestinya terletak pada markah yang tinggi. Itu semua rezeki daripada Allah.
Dia berhak untuk memberi dan sebaliknya.

Even aku memperolehi keputusan yang agak boleh dibanggakan.,tetapi kadang-kadang ada sekelumit perasaan yang merasakan seperti aku ini tidak bersyukur kepadaNya atas apa yang telah diberikan... erm.. itu yang kita kene ubah..!!~~

Wake up guyss.. jangan hanya kerana result kita, kita berhenti untuk terus berusaha.. pintu usaha itu, sentiasa terbuka ....dan letak kan lah, kepergantungan mu itu pada yang Satu.... ingat allah selalu bersamamu..

Wallahu’alam..

Nota mulut : alhamdulillah..(^_^)
www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

4 RENJATAN:

{ nur azami (",)) } at: 16 November 2011 2:54 PG berkata... [GATAL NAK KOMEN]

honestly....hati ku tersentuh bile bace entri nie..

{ Rafqa firdaus } at: 16 November 2011 7:10 PG berkata... [GATAL NAK KOMEN]

azami, ini pandangn ku sahaja, tentang situasi2 mereka.. kerana ada yang down sungguh selepas melihat result mereka..

{ WanN Syafiqah } at: 16 November 2011 8:10 PG berkata... [GATAL NAK KOMEN]

memang susah nak menerima kekecewaan..
sapa suka bila dia dalam kegagalan..
pedih..perit..itulah kebenaran..
tetapi terimalah dengan penuh kesyukran.

...........
syukran atas entri ini~
"semoga kita suma sentiasa tergolong dlm golongan hmbaNya yg bersyukur"

{ Meja Editor } at: 16 November 2011 7:49 PTG berkata... [GATAL NAK KOMEN]

erm...sama wan.. insyaAllah, kita semua antara orang-orang yang bersyukur..

Catat Ulasan

PLEASE CLICK ONE.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 ::: NIGHT STORY :::