Keblinger

Keblinger

I made this widget at MyFlashFetish.com.

heartbeat

nuffnang

:: TIPS MEMBENTUK PESONA DIRI ::

| Khamis, 17 November 2011
ASSALAMUALAIKUM..!!

KENE KE AKU PERGI..??

Hye semua , kipas susah mati aku sekalian.. korang semua apa khabar..?? sihat..?? ke ada yang demam, musim-musim hujan ni.. tapi takada la musim sangat pun aku rasa, sebab kadang-kadang hujan, kadang-kadang tidak.. kira macam cuaca tak menentu la..

Bukan nak bercerita tentang cuaca o aku mahu menjadai ramalan kaji cuaca, tapi aku nak cerita cara bagaimana nak membina pesona diri..huhu.. agak besar jugak tajuk ini.. erm, pesona diri tu, bukan kereta persona, yang mak ayah korang beli untuk balik kampong tu.. tapi pesona k..

Korang pernah, merasa kan, korang seperti tenggelam di dalam kelas, tempat kerja dan dimana-mana, kurang mendapat perhatian daripada pihak lain, tetapi teman korang begitu galak mendapat perhatian, ke mana sahaja dia pergi, mesti ada sahaja mata yang memandang.. perkara ini tidak mustahil bagi korang yang kurang mendapat sambutan ini, jika korang bijak la untuk membina pesona atau aura diri korang sendiri..

terima kasih google,(hasil rembatan)

korang perlu berani untuk melakukan sesuatu yang baru dan out of the box.. untuk mengetahui sama ada korang dah ada ke blum pesona diri itu, korang cuba tanya iri korang balik tentang kriteria yang akan aku bagi tahu jap lagi k

sebelum apa-apa, korang untuk membina pesona diri ini, orang emstilah yakin pada diri korang sendiri, dan jangan berdiri diatas kaki orang lain.. be yourself k.. baru orang akan ingat kita, bukan orang ingat kita sebab kita banyak berdiri atas kaki orang lain.. baiklah, jom kita tengok bagaimana cara nak membentuk pesona dalam diri korang k.

YAKIN PADA DIRI
Jika korang yakin pada diri korang, pasti korang akan berasa lebih selesa dan lebih menghargai kelebihan diri korang, sebab korang tidak mencuba untuk menjadi orang lain.. ya boleh kita menjadi kan seseorang itu sebagai role model, tapi bukan untuk menjadi sepertinya, tetapi ingin mencontohi nya..

Dan yang paling penting adalah, penerimaan diri kamu seadanya, even kita ada kekurangan, jangan sesekali menjadikan kekurang itu sebagai satu titik tolak untuk melemahkan semangat kita,sebaliknya yakin kan diri untuk menerima kekurangan itu, dan tukarkan kekurangan itu menjadi satu kelebihan kepada kita.. even kamu mempunyai, rupa paras yang sederhana, ettapi jika kamu yakin dengan apa yang kamu meliki itu, insyaAllah, orang akan senang dan mudah mendekati kamu..

Kunci nya.. YAKIN PADA DIRI SENDIRI..

BERDIKARI
Belajarlah untuk berdikari, berdiri atas kaki kamu sendiri, usah hanya mahu mengharapkan bantuan orang lain atau korng terlalu bergantung pada orang lain,, padahal benda tu korang boleh buat dengan sendiri, tapi korang asyik nak menyuruh orang sahaja, tidak reti mahu untuk berdikari sendri..

Keupayaan kamu melakukan sesuatu itu, menyebabkan orang sekeliling kamu berasa kagum atas keupayaan kamu, dan ia juga secara tidak langsung akan dapat menyerlahkan pesona diri kamu yang mempunyai pelbagai jenis kemahiran.. tetapi tidak saah untuk kamu memohon bantuan daripada rakan kamu sekiranya korang benar-benar tak mampu untuk melakukannya..

Tapi jika kamu mampu, try to do it by yourself.. serlahkan keupayaan diri korang itu..

USAH MENJADI ORANG LAIN
Ini kunci yang besar juga ini dalam kita untuk membentuk pesona diri, JANGAN mejadi orang lain jadilah seperti mana diri korang, konon minat fizz fairuz nak tiru gaya fizz fairuz.. ooohhhh, tak perlu la kowt, fizz fairuz ada gaya dan cara dia yang tersendiri, s korang tak perlu nak tiru dia, tapi korang try to explore personality korang itu..

Dan korang jangan seperti la berlagak macam la korang tu tahu semua benda, ini akan memebuat kan orang-orang kat sekeliling korang tu, berasa jengkel dengan sikap korang itu, gunakan kebijaksanaan yang Allah kurniakan itu, untuk treat people k, bukan menggunakan kaedah “MR KNOW” untuk mendapat perhatian orang k..

Seperti contih, gunakanlah, kelebihan jenaka kamu itu unutk memikat hati roang lain, dan jenaka itu, pastikan pure terbaru dari ladang, dan bukan pinjaman atau hasil tiruan dari orang lain.. uahaha..

BIJAK BERKOMUNIKASI
Walau kemana pun kita pergi, kita perlu bijak berkomunikasi.. kita perlu mengetahui apa yang boleh dan tak boleh dalam komunikasi supaya kita tdak cross the line, kerana, sesetengah orang boleh kita ajak mereka bergurau secara lebih-lebih, tapi sesetengah orang tidak, pastikan kita tidak melampau dalam berkomunikasi..

Untuk permulaan perkenalan, janganlah bertanya terlalu banyak bertanya soalan yang berat-berat, agar orang itu tidak rimas, Tanya hanya yang epnting dan dirsakan perlu sahaja, makanan kegemaran tak perlu k.. pilih topic yang menarik untuk berongsi cerita, dan dilarang sekali berkelakuan negative seperti mengumpat ataumengutuk, kerana ia akan memberi gambaran atau cermin yang negative mengenai sikap korang..

Beware dalam berkata-karta..

JAGA PENAMPILAN
Penampilan diri, harus dang sangat penting utunk dijaga, kerana orang akan judge kita dahulu daripada luaran kita, lihat bagaimana kita berpakaian,, secara tidak langsung, ia akan menggambarkan personality kita  dan akan menyerlahkan lagi pesona diri..

Kalau korang, nak pandang orang yang pakaian nya compang camping..?? mesti la tak nak kan..?? kalau orang tu pakai kemas, mesti tak berkelip mata korang pandang kan.?? Yes, itu la pesona diri, dalam berpakaian pun pesona diri boleh ditonjolkan.. jangan mengenakan pakaian yang bukan-bukan, sehingga kamu kelihatan bodoh dan hodoh…

Mungkin ramai mata yang melihat kamu berpakain begitu, tetapi mereka tidak tertarik dengan personality yang kamu bawa kan, tetapi hanya pada pakaian yang kamu gelarkan nya sebagai FESYEN… dan lelaki, haruslah sentiasa kemas, dengan merapikan rambut, dan baju itu harus bergosok dan jangan lah ambil sambil lewa je mengenai penampilan diri..

HORMAT ORANG LAIN
Jangan hanya merasakan diri kita sahaja yang betul dalam semua perkara, cuba untuk menghormati dan menghargai pendapat orang lain, dan tidak menghentam orang lain, cuba memberi dengan cara yang baik begitu juga menerimanya..

kerana, orang lain dapat melihat pesona diri kita dengan adab dan sopan yag kita miliki, secara tidak langsung dapat memudahkan ornag lain untuk mendekati kita...

erm...ini la antara beberapa tips untuk korang bagi membentuk pesona diri dalam diri korang.. pastikan pesona ini wujud dalam diri korang supaya, mudah orang untuk mngenal anda..

dan untuk melakukan nya, anda perlu bermula dari sekarang, dan bukan nanti dah tua baru terhegeh-hegeh..huhu.. semua tips diatas perlu dipenuhi dan bukan korang perlu pilih yang mana korang rasa korang nak, kroang buat,  yang korang tak nak korang tak nak penuhi... TAK BOLEH..

korang kene buat semua sekali, baru la pesona diri itu, jelas kelihatan..huhu..*muka bangga..

k la,dah cecah lantai dah entr ini... aku stop dulu ok..

jaga diri hiasi peribadi..

nota mulut : aku dah ada pesona diri belum..??


www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

0 RENJATAN:

Catat Ulasan

PLEASE CLICK ONE.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 ::: NIGHT STORY :::