ASSALAMUALAIKUM..!!
Hye, semua kipas susah mati aku.. huhu.. selamat hari
jumaat ok semua.. seperti yang semua tahu, hari ini adalah penghulu bagi segala
hari.. tak kira lah ko suka hari selasa ke rabu ke, hari jumaat tetap
mengekalkan kePenghuluan dia ok..
Erm, kepada semua jejaka-jejaka kacak seperti aku (waahh,
kacak sangat), hari ini, jangan lupa untuk ke masjid awal ya, dengar khutbah,
dan solat jumaat.. penting ok…!!
Dan bukan lah niat aku nak cerota pasal hari kea pa..
tapi hari ini, sempena dengan hari jumaat ini, aku nak mengongsikan, *mampu ko
mengongsikan.. berbelit-belit lidah nak menyebutnya.. hahaha…* dengan korang
dengan beberapa wasiat daripada AS-SYAHID IMAM HASAN AL-BANNA..
terima kasih pak cik google.. |
Mungkin ada yang dah tau, da nada yang belum tahu.. so
kepada yang dah tahu, buat-buat tak tahu la ya.. baca balik.. and think it,
kemudian amalkan.. huhu. Berguna untuk semua muslim dan mukmin di luar
sana..huhu..
So jom baca..~~
(1) قم إلى الصلاة متى سمعت
النداء مهما كانت الظروف.
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta
walau bagaimana keadaan sekalipun.
(2) أتل القران أو طالع أو
استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke
majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah.
(3) اجتهد أن تتكلم بالعربية
الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa
Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
(4) لا تكثر الجدل في أي شان
من الشؤون أيا كانت فإن المراء لا يأتي بخير.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana
pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
(5) لا تكثر الضحك فإن القلب
الموصول بالله ساكن ووقور.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung
dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
(6) لا تمزح فإن الأمة المجاهدة
لا تعرف إلا الجد.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang
itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
(7) لاترفع صوتك أكثر مما يحتاج
إلية السامع فإنه رعونة وإيذاء.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang
dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu
rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
(8) تجنب عيبه الأشخاص وتجريح
الهيئات ولا تتكلم إلا بالخير.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi
kebajikan.
(9) تعرف إلى من تلقاه من أخوانك
وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا الحب والتعارف.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui
kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
(10) الواجبات أكثر من الأوقات
فعاون غيرك على الانتفاع بوقته.وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائها
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada
pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya.
Ok,,
amacam, semua.. huhu.. ok, sebelum mengakhiri entry ini.. korang sila dengar
lagu ini..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
JUMUAH
IS BARAKAH
jadi layan lagu ni.. quite meaningfull huhuh..
nota mulut : hehe.. tak sabar dan neves menunggu waktu itu