ppppfffffttt... ASSALAMUALAIKUM..~~
nak tumpang lalu kat masa-masa korang semua, ahaks, hye, semua kipas susah mati aku... dush dush dush, apa yang aku cuba lakukan sebenarnya ini, ayat aku semakin berterabur, otak pening akibat terlalu memikr,, oohh tidak, perlukah aku beritahu semua ini.. the answer is PERLU..
ok, thats it, enough.... hahhaam sje je buat intro ala-ala tragik gitu,... tapi isi hampeh.. kahkah, tapi tak apa, as long as korang still baca blog merepek aku ni.. itu pon membuat kan aku bersyukur2 sesangat.. ahaks..
mekasih kepada takkesah tumblr |
ok, for korang pnya penegtahuan, sekarang ini, aku berada di minggu sunyi (baca=study week).. and tidak lama lagi, aku akan meninggalkan bumi APIUM.. oh, tak nak cerita nanti sedih,,, mungkin up coming entry la kowt, cerita pasal APIUM Nilam Puri, to many things yang nak cerita... *muka tawar..
oritek, back to the entry, kali ni, nak story mori sikit pasal, something... tertarik menarik aku memang debomd dgn benda ni, so aku share ngan all my kipas susah mati semua ok... baca tu, biar dengan mata hati, dan bukan dengan hati yang kosong ya...
jeng jeng jeng ( drum roll)
.KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH.
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
- ha, ini lah hikmah nya, kadang-kadang orang duk berleter kata itu tak adil ini tak adil, tapi dsetiap disebalik yang berlaku pasti nya ad hikmahnya yang tersendiri... sebenarnya, Allah nak suruh kita belajar from all the mistaken.. kadang-kadang bila kita jumpa je the right person utk diri kita, kita terus rakus tanpa mengingati Allah,
so bila Allah dah rancang macam ni, so nanti, bila kita jumpa the right person, nanti kita akan ingat, o0o0ohhh,, Allah sebenarnya nak bagi yang lebih baik utk diri aku sebenarnya...huhu.. ha,
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
- menjadi penilai yang bukan pengeji... Allah buat semua ini, untuk kita ni menjadi penilai, yang mana baik yang mana buruk, kadang-kadang Allah menemukan kita dengan seseorang tu, dalam pelbagai cara dan bentuk, cuma kita sebagai manusia, kene pandai menilainya, either itu adalah rahmat atau ujian...
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
- ha, ini most important jugak, nanti kalau kita dah jumpa orang yang salah, kita akan sentiasa ingat kat Allah supaya bagi yang terbaik untuk diri kita, Allah itu maha pengasih, dia tak nak semua makhluknya, sesat.. so dia bagi sedikit ujian untuk mengembalikan kita on the right way...
so bila berlaku sesuatu itu, jangan mudah melenting, sebaliknya, muhasabah diri kita balik ya... kalau kita ingat Allah, insyaAllah Allah banyak kali ingat kat hamba-hambaNya..
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan
- setiap orang dalam dunia ini, Allah dah tentukan jodoh masing-masing, so tak perlu nak risau, cuma kita je perlu untuk mencari nya... and jangan kita tak usaha pulak untuk mencari jodoh itu, kerana jodoh tidak akan mengetuk pintu bilik kita untuk mencari tuannya..
kita hanya merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang, kadang-kadang kita rasa dia yang terbaik untuk kita, tapi sebenarnya Allah dah sediakan lagi terbaiikk untuk diri kita, so bila kita ditinggalkan o having some problem ngn seseorang smpai kene break off tu, maknanya Allah, nak bagi yang lebih terbaik untuk diri kita.
kan Allah itu maha pemurah, so banyakkan meminta kepadaNya, jangan sombong k..
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
- ya , ini penting juga.. pengalaman, we learn from pengalaman.. kadang-kadang tak semua orang akan merasa apa dia yang kita rasa.. so satu advance kat diri kita bila Allah menguji kita dengan menemukan kita dengan orang yang salah.. bukan saje2.. tapi adalah untuk mengajar kita the path of life... yeaahh..
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
- jiwa yang hebat.. ~!!! itu yang kita cari... jika jiwa kita lemah bagaimana nak membimbing orang lain apabila kita sudah berkahwin kelak... kematangan jiwa itu, harus kita pupuk daripada sekarang, bukan nanti dah kahwin, ooh,, baru nak pupuk...
from now began.. so on your mark get set, and goo.. mulakan mencari kematangan dan kehebatan jiwa anda..~~!!
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
-ya kawan-kawan.. cinta yang satu hanya MILIK ALLAH, dialah pemilik segala cinta... dia yang menciptakan cinta dan kasih sayang, so Dialah cinta yang terbaik mesti dan pasti ada padaNya, so semua.. apa tunggu lagi.. jangan duk nak semak2 nak cari cinta manusia....
tapi cari cinta Allah, insyaAllah, Allah akan memberikan cinta yang terbaik untuk diri kita..
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
- ya, betul tu.. ALLAH nak kita kenal siapa kita di muka bumi Allah ini.. dan mahu kita kembali kepada fitrah kehidupan kita... kehidupan is tooo short.. memang manusia menjadikan umu sebagai kayu ukur dalam menilai kehidupan, tapi sebnarnya, hidup ni tak lama, dan tak selamanya kekal..
so sementara kita masih diberi kesempatan untuk hidup lagi ini, bersyukurlah, dengan sgala nikmat, dan letak kan setinggi kepergantungan kita kepada Allah..
dalam urusan mencari cinta, carilah cinta yang Agung dahulu, insyaAllah kita akan bertemu dengan cinta manusia.. usaha itu penting, jangan hanya duduk di bilik, berdoa, tetapi tiada usaha..
thats itss...
Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.
tara... habis dah... erm.. so kita sebagai manusia, dalam meletakkan keprgantungan kita kepada Allah, usaha untuk mencari juga mesti ada... jangan risau, setiap orang ada jodoh masing-masing...
dan jangan sampai kita sibuk mencari dunia (jodoh o rezeki) kita terlupa persiapan kita di akhirat kelak.. oh.. nauzubillah, mintak kita semua dihindar kan dari sifat2 tersebut...
so, selalu lah bersangka baik kepada Allah, kerana dialah sebaik-baik perancang, pemberi dan segalanya..
jaga diri, hiasi peribadi..~~
bbyeess..
nota mulut : semangat tulis pasal benda ni, coz ada member yang cerita kat aku smalam.. moga amik ihtimam...~~
0 RENJATAN:
Catat Ulasan