Keblinger

Keblinger

I made this widget at MyFlashFetish.com.

heartbeat

nuffnang

:: DARI CINTA MANUSIA LEBIH BAIK CINTA ALLAH ::

| Ahad, 22 Januari 2012

ASSALAMUALAIKUM..~~

MACAM BABY

Selepas tadi aku buat entry comeback,  up entry yang mengarut…  tetiba emosi, datang menggunung.. maaf kepada sesiapayang membaca then terasa, bukan niat di hati nak perasan bagus.. tapi kita sebagai manusia, kekadang ter-cross the line.. so maaf kan al kekhilafan ku ini..

Hye, semua, kipas susah mati aku.. erm… apa khabar kekorang semua.. huh, semoga sihat-sihat la hendaknya.. first, coz tak up entry dah setahun lebih… waaahhhh…. Yela sekang dah masuk tahun baru.. t upon tak reti2 nak up entry lagi..

Ni baru ada kesedaran sikit la, lepas aku tngok blog aku, ular sawa dah gemuk beranak-ranak kat dlam blog aku ni…huhu.. erm…huhu… so tanpa melengah kan masa lagi.. aku nak la update sedikit perkongsian tentang sesuatu la kan…

Menantang-menantang (baca mentang-mentang), dapat bocer rm200, bukan main skang pengisian la bagai.. muahhaha… *setan betul la setan ni.

Kekorang selalu nya, macam mabuk dengan cerita cinta dunia kan.. ha, ni aku nak up sikit, cerita pada zaman nabi Isa dimana dia mencari cinta Illahi, iaitu cinta yang tiada tandingan nya…cinta yang memang hakiki.. tiada yang sehakiki cinta ya..
mekacih google..~

So korang baca and feels it..

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya.”

Berkata Nabi Isa a.s, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu.”
Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah.”

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu.” Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu.” Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa a.s.”Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.”

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1.Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”

Camane, aku mula2 baca agak tersentuh gak.. almaklumlah..~~~ (*__*) * muka malu..

Erm..so moral of the story, cintailah Allah melebihi segalanya, letak kan Allah sebagai priority.. dan bukannya, bila dah dalam kesusahan baru la, terhegeh-hegeh nak mencari Allah… ok kawan-kawan..

Aku tak nak ber-moral sangat, readers2 aku semua dah besar kan, dan baligh, kea da yang belum baligh ag..haha.. so boleh pikir sendiri, yang mana baik dan yang mana buruk…
Yang baik kita ambil sebagai pengajaran, dan buruk kita jadikan sempadan k.. semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa berada dalam redhonya…

Hehe.. salam ukhuwah..

Jaga diri hiasi peribadi..

Nota mulut : ahamdulillah..~~ qobul..

www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

0 RENJATAN:

Catat Ulasan

PLEASE CLICK ONE.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 ::: NIGHT STORY :::