Keblinger

Keblinger

I made this widget at MyFlashFetish.com.

heartbeat

nuffnang

:: TIMES SQUARE, KAMI DATANG ::

| Rabu, 2 November 2011
ASSALAMUALAIKUM..!!


KAKI-KU-MASIH-SAKIT-LAGI

HYE… semua.. apa khabar.. selamat pagi…. Hari nie, dah hari khamis.. cepat sahaja masa berlalu, kurang daripda seminggu lagi akan bermula la sesi pembelajaran aku untuk semester terakhir di KELANTAN.. adakah aku akan merindui Kelantan..?? nanti kan je la..

Erm.. semalam akua da cerita kan, pasal aku pergi main roller coaster kan.. ha..  tak caya aku ada cerita, boleh KLIK SINI... tapi aku tak cerita penuh la.. bayangan je.. coz aku nak update entry penuh hari nie. Ngeh ngeh ngeh..

perjalanan aku dan amir yazid. ni kat monorail.. jakun jumpa cermin besar..
Semalam aku, muaz , hafizi , rahmat , ikhwan , shuib, dan amir yazid.. kitorang semua dak selangor. Kami berpakat nak pergi TIME SQUARE.. muahha.. erm... kira ni first tyme la. Aku pergi.. *mata ke dada tangan ke atas, nak bagi jakun sikit..

Erm..kitorang ke tujuh-tujuh orang nie berkumpul semua sekali kat times square ni, tepat jam 12 tengah hari.. ngam-ngam la, erjaya times square ni bukan pukul 12... then kitorang berlima je masuk, coz rahmat n shuib diorang tak nak masuk, dah pergi kata nya.. so diorang pergi tengok wayang, cerita real steell... *ehem..

masa baru sampai...
Bayaran masuk boleh tahan la, dengan offer yang dia bagi.. kalau ada IC tigaplohdua ringgit, kalau tak ada tigaplohlapan kot... but ini untuk hari isnin sampai jumaat je, kalau weekend harga mahal sikit la.. *so berunutunglah ornag yang pergi time hari biasa.. haha..orang pun tak ramai...

Dan yang bez nya.. sekali bayar je kan, tigaplohdua hinggit tu, kita leh keluar masuk taman tema nya, atleast jangan korang pernha buka gelang tangan yang diorang bekal kan.. kitorang keluar sekali, g solat dan makan, apstu masuk balik sambung main.. dan korang leh wat benda yang sama, sampai kul 10 malam.. nak balik rumah pun boleh, tido jap... pastu datang balik..hahaa

Mula-mula nak masuk tu, bukan main excited bebenor aku nya.. sume nak main.. coz ita tengok macam biasa je.. pergerakan dia slow je, kita tengok., Cuma nampak roller coaster tu jela, nampak laju.. cammon la, roller coster, mmg la kene laju, kalau tak laju bukan rooler coaster la namanya..muahaha....

Dan Alhamdulillah, semua permainan aku main, Cuma DNA MIXER je aku tak main, coz aku takut sangat bila dia pusing-pusing tu..tidak la aku.. nanti muntah hijau kang sapa yang susah...huhu... ok-ok aku nak describe sume game yang kitorang main k.... *baca-baca

SPACE ATTACK

benda ni aku rasa punca aku benci tempat tinggi..muahaha
Ini game pertama yang kitorang main... mula-mula tengok biasa je.. aku dah cuak dah mula-mula. Dah cakap dah ngn dak-dak nya... tapi diorang tetap menyuruh aku naik juga, then aku naik jela.. coz bayar tigplohdua hinggit tu...

Pastu bila dia mula-mula gerak je dah menakut kan.. lebih menakutkan lagi, bila dia buat pusingan tigaratusenamploh darjah, apa diorang ingt kitorang ni kucing ke apa.. gila cuak time tu. Lagi-lagi bila ada kat atas, aku dah tak duduk kat atas kerusi dah rasa terapung je...

 Dan memang TAKKAN la aku bukan mata..aku pejam mata dari awal naik sampai habis nak nangis pun ada jugak... waaa..then bia dia nak wat pusingan tu, gila laju... rasa macam jantung tertinggal kat belakang.. tapi budak-budak yang lebih kecil usia nya daripada aku, relaks je..~~ knp ek..?? insaf naik benda tu.. tak nak dah pasni..

SPINNING ORBIT

ni spinning orbit..huhu...pening wwoo
Erm..benda ni ada satu tiang tinggi, then nanti dia akan naik kan gondola nya , (tmpat kitorang ni sume duduk) ke atas, dan berpusing macam orang gila.. dah, la buat satu putaran besar, pastu buat lagi putaran kecil kat setiap gondola..

Apa ke tak pening nya sampai nak muntah hijau aku di buat nya... ni game kedua kitorang main after SPACE ATTACK yang betul-betul dia attack kitorang..huhu..coz tempat diorang sebelah-sebelah je...yang ni lagi menipu, masa kitorang tengok tu, dia pusing biasaje, smooth je... entah kenapa, bila tyme aku naik je, laju nya lain macam.. sampai nak turun aku dibuatnya...

Nasib pusing je..*tapi pusing-pusing pun aku tak nak dah naik benda tu lagi.. tinggi gila nok.. ni pon aku tutup mata je, tak nak tngok coz tinggi sangat ke bawah..buat nya jatuh.. tak ke masak aku...huhu

DNA MIXER

ni DNA MIXER.. huhu.. pening juga. aku tak naik..
Benda ni lagi macam haram, dia pusing-pusing setempat je... macam blender ko tau tak.. wah..tapi sorry la aku nak naik, aku takut gila naik yang ni.. haha... dak-dak yang lain sume naik, aku je tak, aku cakap tigaplohdua hinggit yang aku bayar tu, tak termasuk game ni.. muahhaa.. *boleh..?/

muka lepas main DNA mixer.. muahha...padanmuka..

Aku tengok diorang main, aku yang pening kepala.. diorang relaks je.. erm.boleh peace-peace bagai kat atas tu.. walaupon benda tu tngh berpusing.. diorang ni robot ke orang, aku pon tak tau...

COORTS EXPRESS

ini la coorts express
Game ni, dia macam kat fun fair je.. yang ada banyak kete kecil beratur macam perbarisan, pastu pusing-pusing laju-laju.. gila ko, nak tercampak rasa eden.. benda ni, betul-betul kat sebelah kaunter beli tiket...huhu...

Tengok macam biasa je,, pusing je pun.. huhu.. lepas naik DNA MIXER ni, dyorang tak sedar lagi tu dah pening kepada bagaii, nak jugak naik yang pusing-pusing ni.. aku ok, jela coz DNA MIXER tak naik.. hehe...then naik tu ,ingat biasa jela.. tapi...

Bila dah naik,,, pusing dia aku rasa dekat enamplohlapan kali gak la.. aku sampai kene himpit-himpit HAFIZI, coz aku duduk ngan dia.erm..sian dia, nasib baik aku kurus murus je.. heehe..mmg laju tak ingat.. insaf tak nak naik lagi..

Mula-mula ok lagi aku, masuk pertengahan dah rasa nak muntah, fizi la memberi smngat pada aku, dan aku berjaya tahan, tapi muaz, lepas je game ni, dia dah mabuk, terus dia muntah, tapi kat bilik air la.... hahaa.. sian dia.. pstuperut aku dah rasa lain dah..huhu.. game ni aku bukak mata. Tapi aku tunduk la, bila dah pening kepala, coz nak tahan...*korang mampu..??

SUPER SONIC ODYSSEY ROLLER COASTER

yang trek oren tu la landasan roller coster.. tempat maut yang berpusing tu..pejam mata semua..
Ni la roller coaster tu.. memang lepas dah habis main coorts express, dak-dak nya semangat nak pergi main roller coaster, tapi aku ngn muaz serender pada mulanya, coz dah pening gila...huhu.. dyorang tiga orang je la g naik.. kta nya bez.. mula la pancing kitorang suruh naik...huhu.. tidak la aku pada mulanya, mau muntah merah aku naik lagi...

Dyorang tiga orang je, naik roller coaster ni, sampai 4 kali.. but akhirnya hasil desakan diorang, aku naik je la, coz nak gak merasa roller coaster tigaplohduahinggit ni.. muahaha... tapi macam biasa, aku tutup mata bila part yang extreme la.. dan roller coaster ni asyik nak pusing je, tak reti jalan elok-elok agaknya... huh..

ROBO CRASH
Ha.. ni jela satu-satunya, permainan feveret aku kat tyme square ni.. tak rugi aku bayar tigaplohdua hinggit, jumpa jugak permainan yang ideal dengan aku.. muahhaa.. KERETA LANGGAR... seronok wo main benda alah ni... aku mula-mula tak reti nak kawal, tapi lama-lama dah bese macam bawak kereta sendiri dah..*berlagak..

Tapi aku main sekali je la, coz gla ramai budak-budak sekolah yang nak main game ni... bosan aku tunggu.. aku tengah Q ni, diorang yang dah habis main, senang-senang je, potong Q aku.. apa dirang ingat dioranh kecik, sesuka hati diorang je nak mencelah-celah bawak ketiak orang...huh. *angin sebadan...

DIZZY MIZZY
Game ni kitorang tak main, coz lambat sangat bukak, pastu memang pening kepada la.. lebih kurang macam SPINNING ORBIT..pusing-pusing tapi laju..huhu..

Senang cerita semua benda kat sini, semua laju-laju dan tinggi-tinggi belaka.. kepada sesiapa, yang ada mabuk kenderaan, dan gayat tu, tak yah la masuk kowt.. kalau nak masuk gak boleh, kene kuat semangat o pergi main game kanak-kanak kat tingkat dua...hahaha...

Erm.. aku rasa seronok memang seronok la.. dan tak rugi aku bayar tigaplohdua hinggit, coz aku main sume permainan, walaupun tak macam diorang,ada yang game tu main sampai doblas kali..hahah.. aku redho coz aku memang takut gayat..haha...

Apa ke patut ikhwan kata dia tak puas lagi main game ni sume.. hei. Tak pening kepala ke..?? pelik aku ngn dia ni..huhu

nak balik dah time ni... muaz konon kuat latteeww..

ni gmbr muaz tngkap.. macam orang tak reti tangkap gmbr..
tyme kat ramai-ramai orang.. (aku tngkap)
Aku rasa cukup jela cerita aku sampai sini.. coz bila kau cerita aku rasa seperti dibuai lagi oleh bayangan semua game kat atas ni...huh.. pening kepala aku... muahhaa.. dan kepada korang semua, sangat seronok hang out kali ni.. pasni kita nak g mana pulak...?? muahhaa....
aku bersama sicomel-comel.. muaz dan shuib..
Aku rasa entry ni pun dah stok cecah lantai... aku benti dulu deh.. byee..

last but not least.. gmbr aku dalam, monorail..

Jaga-diri-hiasi peribadi..

**credit kepada amir yazid untuk gambar**

Nota mulut : ini la kali pertama dan terakhir masuk berjaya times square.. muahhaa
www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

0 RENJATAN:

Catat Ulasan

PLEASE CLICK ONE.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 ::: NIGHT STORY :::