ASSALAMUALAIKUM..!!~~
JOGING SESORANG
HYE semua.. apa cerita hari khamis ni..?? aku macam biasa la, duduk
bilik je la.. meng-update belog busuk ni.. kang ingat nak pergi beli barang
sikit.. tapi tengok la macam mana..huhu..kenderaan takada la.. motor ada, tapi
rerasa macam malas nak bawak pulak..mauahha…
Tolong menolong amalam bersama.. erm… daripada quate ni,bila kita baca,
macam-macam kita boleh bayangkan kan… tak kisah la menolong macam mana pon,
menolong orang lain dengan membantunya, bersedekah kepadanya… banyak cara kita
boleh menolong orang lain..
Dan sifat tolong menolong ini memang di tuntut dalam islam,dengan syarat
ianya di dalam perkara-perkara taqwa dan kebajikan, dan bukannya dalam perkara
yang menjurus kearah kemaksiatan.. seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud
:
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan
bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat)
dan permusuhan." ( Surah al-Mai'idah : 2 )
Bertolong-tolongan dalam melakukan dosa pun Allah dah larang,
terang-terang dalam ayat ini… ini kan pula untuk kita melakukannya, lagi la tak
boleh..huhu.. bukan sahaja Allah melarang kita daripada menolong dalam
melakukan dosa,
![]() |
bila syaitan dijadikan panduan..nauzubillah... |
Tetapi Allah juga telah memerintahkan kita (umat Islam) untuk melakukan
amar ma’ruf dan nahi munkar… mencegah segala keburukan dengan mengikut
kemampuan masing-masing samada dengan tangan (kuasa) , mulut (nasihat) dan hati
(benci)… sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda
"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia
mengubahnya dengan tangannya, jika sekiranya dia tiada berkuasa, maka hendaklah
dia mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya dia tiada juga berkuasa, maka
hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan yang demikian itu (iaitu mengubah
dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman."
Jadi di sini kita lihat… kita sebenar nya boleh mencegah kemungkaran,
tetapi kita sendiri yang taknak.. terikut dengan dorongan hawa nafsu yang tidak
pernah cukup dengan apa yang sudah kita miliki…
Tolong menolong dalam melakukan dosa, boleh kita klasifikasikan sebagai
BERSUBAHAT..ha.. korang pun mesti pernah bersubahat kan.. ala aku pun pernah..
kadang-kadang kita tak perasan pun perkara ini…
Dan bersubahat itu berdosa ya korang.. tak kira la dosa kering ke basah
ke.?? Ada ke dosa kering n basah..?? aku tau dosa besar n kecil je..huhu
Macam aku cakap tadi, mungkin kita tak pernah perasan yang kita
sebenarnya telah atau sedang bersubahat dalam melakukan dosa.. ha, meh kita
imbas dan muhasabah diri balik…
*****
Situasi 1 :
Adik A: woi,jom
pergi kedai beli gula-gula..!
Adik B: gula-gula???wahhh..jom-jom!
woi belanja lah aku...
Adik A: hohoho..
boleh je...
Adik B: wei,mana kaw
dapat duit ni..?? siap boleh belanja aku lagi..
Adik A: aku amik
duit syiling mak aku atas peti sejuk ah! jom lah
Adik B: ehh yeke..mak
kau tahu tak , ko amik duit dia..??
Adik A: tak tahu…:
ish kaw ni..diam-diam sudah lah...
Adik B: berdosa la ko ni amik duit mak ko, itu dikira
mencuri tau..
Adik A: ko ni, relaks sudah, duit mak aku jugak kan…
Ha, Nampak tak itu korang semua.. ni pun kita dikira bersubahat tau..
kita tau benda tu berdosa, tapi kita diam kan sahaja.. tak bagi tahu pun kat
mak Adik A… tak baik… dan tau kan, tak elok makan dari rezeki hasil curi..huhu
situasi 2:
kawan A: weyh jom pergi belakang sekolah..
kawan B: ish nak buat ape dohh pergi belakang
sekolah..takut kot..kang kene tangkap kang..
kawan A: eh kaw ni.. tempat tu lah port baikkk punyeee,
so far taka da orang tau lagi..~~
kawan B: port baik untuk ape? Ko ni ada-ada je la..
kawan A: untuk hisap rokok lah.. macam tak biasa pulak
ko ni..
kawan B: uishh...tak nak lah nanti pengawas tangkap
baru tau
kawan A: ah kaw ni diam-diam je lah jangan lah hisap
bising-bising.. kecoh ah
kawan B: ok lah.. kalau macam tu, aku ikut la…
ha..ni pun sama.. mesti time sekolah dulu biasa kan buat macam ni.., aku
dulu time sekolah tak merokok, nak membanteras gejala merokok ada la.. kita pun
dikira bersubahat tau, bila kita tahu rakan kita merokok, tapi kita tak report
kat orang atasan.. erm.. subahat la tu.. even kita tak merokok..
aku tau kawan-kawan aku merokok, tapi tak pernah nak report coz nak jaga
hubungan baik dengan dia.. so nak buat macam mana ek..? kita bagitahu nanti,
dia bermasam muka pulak dengan kita..huhu.. macam-macam la..
dan bukan ini sahaja ya.. banyak lagi dosa subahat yang kadang-kadang kita tak perasan.. jadi hati-hati la ya... moga kita terhindar dari dosa subahat ini..
dan bukan ini sahaja ya.. banyak lagi dosa subahat yang kadang-kadang kita tak perasan.. jadi hati-hati la ya... moga kita terhindar dari dosa subahat ini..
kadang-kadang kita tak sedar, pastu mula la menyesal.. isshh, kenapa aku
tak tegur dia tadi.. erm.. mungkin kita leh tegur dia secara personal.. contoh
dalam bilik ke.. jangan la in public… nasihat elok-elok.. dan mungkin kalau dah
crosss the line, kita baru report orang atasan.. boleh..??
daripada kita menanggung dosa subahat tu, baik aku rasa kita report je..
..erm.. so korang macam mana..??? any idea.. untuk kita cegah maksiat/subahat
dengan tidak melukakan hati rakan kita..?
share la ya..
jaga diri hiasi peribadi..
nota kaki : bersusah dahulu,
bersenang kemudian..

0 RENJATAN:
Catat Ulasan