Hye, semua kipas susah mati aku.. apam khabar korang di pagi hari jumaat
ini..?? oh ya, hari ini 11-11-11 kan..?? waahh, apa ada dengan tarikh ini bagi
korang..?? special ke..?? erm, banyak kan l-berselawat keatas junjungan besar
kita rasulullah SAW, dan jangan lupa juga baca surah Al-Kahfi k.. semoga kita
semua berada di bawah naungan rahmat nya..hu.. insyaAllah..
Alright,intro bukan main panjang lagi…
tapi takapa.. korang pernah rasa kene ejek dengan orang coz GIGI korang
KUNING..?? tak putih macam MEGAN FOX tu..?? erm, pastu dah beriban-riban duit
korang habis nak putih kan gigi.. tapi tak membahkan hasil.. pernah alami
benda-benda ni sume…
Ha , kat sini aku ada cara macam mana nak kasi GIGI korang putih macam MEGAN FOX..muahaha… nak tau kan.. first sekali, kita kene tetapkan niat kita tu la.. kasi betul ya, kerana Allah SWT… dan pastu korang kene sediakan barang-barang berikut..huhu
Barang-barang yang kita akan gunakan untuk membuatkan gigi kita putih
serupa MEGAN FOX..
Erm, Nampak je, arang kayu ini hitam kan, tapi sebenarnya bermanfaat pada gigi kuning korang tau, dia boleh menghilangkan kesan kekuningan pada gigi korang, tapi disebabkan keadaan arang kayu yang sendiri keras ni, akan merosakkan enamel gigi korang secara kekal dan akan menimbulkan rasa sakit pada gigi, secara berkekalan.. so tak bagus la.. kita nak bagi gigi putih tapi rasa sakit buat apa, baik biar kuning je..
So korang yang gigi-gigi kuning tu, tak disaran kan sangat la guna cara
ini…
Korang boleh mendapatkan gigi putih MEGAN FOX dengan menggunakan ubat
gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah
dicampur dengan sejumput garam dapur. Aplikasikan ia ke gigi dan gosok secara
lembut seperti ketika korang sedang memberus gigi. Ini akan membantu
menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.
Erm, dengan cara ini, korang leh mengurangkan aje membeli ubat gigi..huh.. tapi kene beli lemon ngan garam berdozen la..muahaa..
Ha, kulit limat yang warna oren tau, jangan limau yang warna hijau atau limau
bali yang korang guna pulak..huh.. caranya mudah sahaja, korang tonyoh gigi
korang yang kuning melekat tu, dengan menggunakan bahagian DALAM kulit limau
tadi tu..
Kulit limau ini, ada unsur pemutih yang sangat lembut,yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa merosakkan lapisan enamel gigi.. (kiranya tak macam arang kayu tadi la).
Erm, daun kari ni kan korang ada banyak tanam kan depan rumah.. bila nak
masak KARI ayam je, baru la petik..huhu.. tapi jangan korang sangka, DAUN KARI
ini, untuk buat kari je, ia juga boleh membantu untuk memutihkan gigi-gigi
korang seperti MEGAN FOX..
Caranya mudah sahaja, tak banyaka guna daun kari pun, korang ambil enam
helai daun kari, pastu korang jemur kat bawah terik matahari hingga kering dan
rangup. Kisar keenam helai daun kari tersebut, pastu tambah sedikit kulit limau
serbuk yang puan-puan.
Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, lepas dua minggu, gigi anda akan
putih secara semula jadi..waahh.. macam main masak-maska pulak ya..muahaha..
Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati. Selain kaya
vitamin C, strawberi juga dikenali mempunyai khasiat untuk membersihkan gigi.
Walaupun rasanya manis, strawberi tidak berbahaya bagi kesihatan gigi.
Sebaliknya, buah ini boleh membantu menghilangkan kesan karat pada gigi dan
membuatkan gigi menjadi putih berseri.
Erm, tapi korang tak yah la, nak taruk cokelat bagai kat strawberi tu,
kekonon nak wat macam hantaran dato’ siti..muahhaa.. tapi disebabkan strawberry
ni agak susah nak dapat, g Cameron baru dapat, so mungkin setahun empat kali je
la, dapat peraktikkan cara ni…*yeke empat kali?? Muaha..
Ekstrak buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan menghilangkan kesan karat pada gigi, kerana kedua-duanya mengandungi unsur pemutih yang membantu menghilangkan kotoran dengan cepat. Akan tetapi kedua-dua bahan ini sifatnya sangat keras, sehingga penggunaan secara harian akan menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel. Selain itu, rasanya juga sangat pahit.
Takkan korang nak makan cuka hari-hari..?? mau berasid badan..muahaa…
So ada enam cara untuk kita gunakan sebagai jalan nak dapt gigi macam
megan fox. Tak perlu untuk kita menghabis kan duit nuffnang o churp churp kita untuk pergi
klinik swasta cuci-cuci gigi, yang memakan beriban-riban duit..betul..??
Dan cara yang paling mudah kita buat kat rumah dan selamat aku rasa
adalah cara guna LEMON DAN GARAM, pastu cara guna KULIT LIMAU, dan DAUN KARI..
mudah dan senang..
Barang-barang nya pon aku rasa taka da la mahal sangat.. macam daun
kari, duk tanam dalam pasu depan rumah je kan.. so mudah.. tak yah nak beli
mahal.. tapi korang jangan tak gosok gigi pakai yang ubat gigi yang korang beli
kat pasaraya tu, kang kowt, berbau pulak mulut korang.. nanti gigi putih tapi
mulut berbau…muahaha.
K la, now depends kat korang, nak follow mana.. jalan dah bagi.. tinggl
korang nak ikut je follow jalan tu..huhu..semoga berjaya..
Selamat mencuba..
Jaga diri hiasi peribadi..
Nota mulut : perempuan ke
lelaki yang bermasalah gigi kuning ni..??

2 RENJATAN:
semua gambar di snap sendiri oleh author ke?
TAK LA acu atiq.. rompak kat google..
Catat Ulasan