Keblinger

Keblinger

I made this widget at MyFlashFetish.com.

heartbeat

nuffnang

:: KENAPA LELAKI TAK KAHWIN AWAL ::

| Selasa, 1 November 2011

ASSALAMUALAIKUM..!!~~

HUJUNG-HUJUNG TAHUN NIE MEMANG BIASA HUJAN..*TETIBA..

Ahaks.. petang-petang biasa nya orang pergi meng-teh kat mana-mana kedai.. ha, sekarang dah hujan je selalu petang.. amik ko. G je la menge-teh kat rumah sendiri.. muahahha.. so dah tak boleh nak keluar, tu duduk rumah senyap-senyap, pergi blogwalking.. muahha...

Erm... korang ada pernah rasa-rasa tak nak kahwin awal..?? kiranya usia muda belia macam aku ni, dah nak kahwin, dah feel nak ada isteri... pernah tak korang terfikir..?? yes.. acsollutely aku penah jugak la terpikir pasal benda ni.. yela dah tengok kat TV sonoknya ada baby yang kiut miut.. itu nasib la, mak ayah nya kiut miut jugak ,harus la anak pun kiut, dapat ayah cam aku ni, yang kategori hensem terlajak ni.?? Kiut ke anak aku nanti.. *harus... doa-doa kan ya..

Wah perasan giiiitteeww... korang nak tau kenapa, banyak lelaki terpaksa menolak tepi dahulu hasrat murni mereka dalam membina masjid pada awal-awal usia muda belia nie..?? entry ni lebih kepada kenapa lelaki kahwin lewat, tapi aku moden kan ayatnya..haha... ini yang aku rasa la.. ramai yang nak kahwin tapi........

gambar hiasan sahaja..(ihsan google)
RAMAI LELAKI NAK KAHWIN AWAL TAPI : PEREMPUAN SEKARANG VERY DEMANDING.
Erm..ni la punca, perempuan ni pon satu.. tak yah la nak demand sangat kat lelaki ni... apa korang ingat lelaki nie, cop duit je kerja nya..?? erm... pastu macam-macam mintak, nak bag Louise vitton, kasut GUCCI , baju PDI.. wah banyak bajet ko.. muahha.. kasihanilah lelaki idaman anda itu.. ngeh ngeh negh..

RAMAI LELAKI NAK KAHWIN AWAL TAPI : KO INGAT KAHWIN TU SENANG
Erm.. apa ko ingat, cakap nak kahwin je, boleh terus kahwin.. pakai air liur... lagi-lagi student macam aku ni ha.. nak kahwin, tapi mana nak cekau duit, makan minum lagi.. apa ko nak bagi anak sunti orang tu makan..?? makan pasir berlauk kan batu..?? setakat nak harap duit PTPTN dan biasiswa JPA korang tu, untuk diri korang sendiri pon kadang-kadang tak cukup, inikan pula bila dah kahwin.. huhu
Tup-tup bila bini korang tu dah mengandung.. paham-paham sendiri lah ya...

RAMAI LELAKI NAK KAHWIN AWAL TAPI : KOS KAHWIN SEKARANG MAHAL..
Aku rasa ,sekarang ni nak kahwin sikit bukan main payah lagi.. kalau tak ada dalam rm 7,000 tak yah la..*lupakan hasrat itu sebentar.. mungkin jumplah ini kecil lagi.. dan mungkin tak cukup bagi yang duduk di bandar...

Mana nak sewa pakaian lagi, khemah lagi, pastu kenduri.. nak pulak buat kenduri 7 hari 7 malam.. pakaian malam berinai lagi.. takkan nak pakai baju tidur sendiri jahit kowt.., pelamin lagi.... juru kamera.. hantaran , wwwaaaahhhh.. so many thing kene pikir sebelum nak kahwin...huhu..DUIT DUIT...

RAMAI LELAKI NAK KAHWIN AWAL TAPI : MASIH ADA KOMITMEN LAIN YANG PERLU DISELESAIKAN
Erm.. ni bese la.. contoh nya.. macam student la.. pasangan yang berkenan di hati dah ada dah.. mak ayah pun dah setuju.. dah tak sabar dah katanya nak menimang cucu...huhu...*macam pantun lak.. selagi tak habis study tak nak kahwin...

Erm..tapi ada juga yang amik risiko, kahwin jugak pada ketika masih belaja... n kalau kita boleh survive apa salahnya.. daripada terjadi  perkara yang tak baik kan.. baik kahwin je...huhu

RAMAI LELAKI NAK KAHWIN AWAL TAPI : TAPI JODOH ( kekasih) TAK ADA LAGI..
Haha.. ni pun sangat-sangat penting.. kalau jodoh korang tak ada.. macam mana korang nak kahwin, apa korang nak kahwin ngan kerusi je..?? duduk sorang-sorang kat pelamin.. camtu..?/

But jodoh ni, tak yah la cari-cari sangat.. biar kan ia secara neutral je datang.. bukan aku suruh korang tak yah usaha, kene usaha jugak tapi, jangan terlalu memaksa... huh... bila dah tiba masanya akan sampai juga.. Cuma cepat atau lambat,itu urusan Allah.. *aku dah macam doktor cinta dah.. muahahha

RAMAI LELAKI NAK KAHWIN AWAL TAPI : KENE KUAT KAN DULU DIRI NI DENGAN ILMU
Ahaks,,, ini penting.. *aku sume penting.. ni perlu ada, ilmu agama tu yang paling penting.. kita as a lelaki sebagai ketua keluarga, mesti kene ada ilmu agama yang secukup nya, supaya keluarga kita tak jauh daripada agama.. experience pun penting gak, experience is the best teacher right..??

‘ALA, orang dulu tak pergi sekolah ,elok je kahwin kekal je sampai hari nie’

Itu orang dulu-dulu.. zaman sentiasa berubah... dulu-dulu ada ko tengok macam sekarang... orang dulu-dulu baik je, yang pompuan duk uma je.. sopan santun.. sekarang ni.. nauzubillah.... macam-macam berita ad.. sebab tu ilmu agama penting sangat-sangat...

Ha.. ini lah punca ak rasa kenapa lelaki terpaksa postpone kan dulu niat nak kahwin awal... bagi aku simple.. memang la aku nak kahwin awal.. *sapa tak nak..?? suka hati.. tapi untuk kita menjamin kemaslahatan rumah tangga kita dengan lebih berkesan..kita kene wat apa..??

Kita kene pikir lebih jauh lagi.. apa akan berlaku pada next 5 years apabila kita dah kahwin, mesti kita ada anak, then kene ada rumah, kena ada kereta.. bila ada semua tu.. kene bayar duit api, air , minyak kereta dan lain..

Belum masuk duit makan lagi...huhu.. duit pakaian lagi..kesihatan anak-anak lagi..ayoyoo... banyak nya kene pikir.. so biar kita punya kewangan dah stabil dulu, then baru kita leh focus untuk berkahwin..
Kita bukan berkahwin untuk satudua hari sahaja.. but untuk selamanya.. bak kata SHAH RUKH KHAN..

LIVE ONCE, LOVE ONCE,  MARRIED ONCE DAN DIED ONCE

And the most important is, cintailah seseorang itu sebagai mana kamu cinta diri kamu...hehe..

Jaga diri hiasi peribadi..

Nota mulut : tolak ansur itu penting...
www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

1 RENJATAN:

{ armouris } at: 6 November 2011 10:42 PTG berkata... [GATAL NAK KOMEN]

info tentang hubungan suami isteri di SIHAT SELALU - Permata Yang Hilang - Panduan Seks Melayu Islam

Catat Ulasan

PLEASE CLICK ONE.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 ::: NIGHT STORY :::