Keblinger

Keblinger

I made this widget at MyFlashFetish.com.

heartbeat

nuffnang

:: KENAPA KITA MESTI MENGINGATI MATI ::

| Khamis, 17 November 2011

ASSALAMUALAIKUM..!!~~

FENOMENA BARU TERCIPTA

HYE, semua kipas susah mati blog aku ini… sekarang ini, setiap hari pasti aka nada followers baru datang bertandang kat blog aku ini.. erm..terhar sangat-sangat… dan kalau nak aku follow balik, tinggal kan jejak anda dekat shout box aku ya..hhuhu..insyaAllah, akan ku kunjung blog kamu balik..

Untuk entry kali ini.. bersempena dengan hari jumaat, penghulu segala hari ini.. aku ingin menceritakan, perihal MATI..  but bukan nak cerita peristiwa kematian atau apa sahaja-sahaja, tetapi ingin aku nak share KENAPA KITA,MANUSIA YANG HIDUP INI, PERLU INGAT MATI…


REMBAT DI GOOGLE..

Bila sebut pasal kematian je, mula la tu semua meremang bulu roma, bulu-bulu lain pun meremang juga, semua orang takut mati… digambarkan kematian itu, ketika sakaratul maut, ianya seperti kulit kita sedang disiat.. Ya Allah, sakitnya kematian itu..huhu..ok setiap yang hidup di muka bumi Allah ini, pastinya akan menemui ajal nya.. tidak kira la, binatang ataupun tumbuhan, pastikan akan mati…

Ok, aku terus je la ek.. muqoddimah dah panjang tu.. dan HUKUM memperingati MATI adalah SUNAT ok.. jadi jika korang selalu ingat mati, insyaAllah dapat pahala ganjaran daripaa Allah..

KENAPA KITA PERLU INGAT MATI : UNTUK MENAMBAH KEIMANAN KITA.
Erm, jika kita sentiasa ingat pada kematian, secara tidak alngsung a akan meningkatkan keimanan pada Allah SWT dan kehidupan selepas kematian.. apabila kita ingat mati selalu, kita akan berusaha untuk menambahkan keimanan kita kepada Allah SWT, kerana takut akan azab yang diberikan sekiranya kita ingar denganNya..

KENAPA KITA PERLU INGAT MATI : MENGELAKKAN KITA DARIPADA TERUS LALAI
Kehidupan didunia ini hanyalah sementara, jika tiada sekelumit peringat tentang kematian dalam diri kita, maka kita akan terus lalai, dibuai mimpi-mimpi dan bisikan-bisikan syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan anak adam.. jadi untuk kita tidak terus lalai, selalu-selalu bermuhasabah diri, dan ingat akan kematian itu dekat dengan anda, cuba bayangkan, jika anda mati dalam keadaan lalai, nauzubillah…~~

KENAPA KITA PERLU INGAT MATI :MENGELAKKAN KITA DARIPADA TERUS MELAKUKAN DOSA.
Jika kita selalu memperingati mati dalam setiap denyutan nadi kita, kita akan merasa takut untuk melakukan sesuatu dosa itu.. contoh nya , jika kita hendak mencuri, then kita teringat tentang kematian, pastu kita pun fikir, jika aku mati dalam keadaan aku mencuri, besar azab Allah pada aku nanti… then mungkin dengan cara itu, dapat mengelakkan kita daripada melakukan dosa.. kita mesti tidak mahu pengakhiran yang buruk untuk diri kita kan..?? atau korang nak mati dalam keadaan tengah melakukan dosa..??

KENAPA KITA PERLU INGAT MATI : UNTUK KITA SENTIASA BERUSAHA MENGHADAPINYA KELAK.
Kita hidup didunia ini, pasti tidak lekang dalam melakukan dosa, kita manusai ini, tidak lah sempurna Malaikat, kita sering melakukan dosa, jadi dengan mengingati mati, kita akan berusaha untuk bertaubat dan istiqomah untuk melakukan sesuatu kebaikan, bagi mendapatkan pengakhiran yang baik didalam kehidupan kita.. bertaubat lah, selagi pintu taubat masih lagi terbuka luas…

Jangan nanti masa sudah menghadapi sakaratul maut, baru mahu bertaubat, itu sudah terlewat..huhu..

Dan dunia ini adalah jambatan kita menuju ke akhirat, jika banyak kebaikan yang kita lakukan, syurga lah balasannya, dan jika sebalik nya, neraka la balasannya…

Kematian ini, kita tidak dapat duga bila akan menyusul.. dan tidak semestinya, orang yang sudah tua pasti akan pergi dulu.. orang muda juga tidak ketinggalan akan pergi bertemu tuhannya, jika sudah cukup masa nya di dunia… jadi tidak kira kita muda atau tua, bersedialah untuk menghadapi kematian, kerana semua makhluk yang hidup akan merasainya,,

Malaikat pencabut nyawa, akan turun ke dunia tiga hari sebelum tarikh kematian seseorang itu, jika banyak kebaikan yang dilakukan olehnya (orang itu), maka malaikat akan membawa suatu haruman yang wangi kepada nya, jika sebaliknya, maka sebalinya akan tiba kepadanya..

Kematian tidak mengenal usia, pangkat atau warna kulit.. jika ia dilaksanakan tidak akan terlewat satu detik dan tercepat satu detik..  jangan masa mendengar khutbah jumaat sahaja baru terasa mengingati mati, lepas itu, keluar sahaja daripada masjid, terus dah lupa….

Alright.. itu sahaja untuk hari ini… huhu.. moga kita semua tergolong daripada golongan yang sentiasa mendapat balasan syurgaNya, InsyaAllah…

TOLONG KLIK SINI YA...

Jaga diri,hiasi peribadi..

Nota mulut : aku nak pergi…!!~~
www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

2 RENJATAN:

{ ♥Lady Ainaa♥ } at: 17 November 2011 7:34 PTG berkata... [GATAL NAK KOMEN]

Nice info bro.....betul tu, ingat mati ingatkan Allah...skrg ni, kbykkan org fikir yg mereka tu hidup smpai bilew2 tanpa nak bertaubat segala keslhan yg mereka lakukan..masyaAllah!! Semoga kita mati dalam iman...^.^

{ Rafqa firdaus } at: 17 November 2011 11:38 PTG berkata... [GATAL NAK KOMEN]

yup..betul tu.. lady ainaa.. moga kita sentiasa ingat akan kematian dan dengan itu, dpat la avoid dari kita melakukan perkara-perkara yang lagho...

Catat Ulasan

PLEASE CLICK ONE.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 ::: NIGHT STORY :::