ASSALAMUALAIKUM..!!
MENANTI SINAR HARI ESOK
HYE, semua..huhu.. apa khabar semua, sihat enggak..? wah tetiba masuk
indon-indon la bagai…ni kes kuat tengok sinetron la ni… dush dush dush.. apa
yang aku tulis nie.. tak paham..*muka tawar..
Erm..korang pernah rasa dipinggirkan..?? ini it’s not about kawan-kawan
korang pulau korang, then korang rasa nak nangis sampai mata lebam-lebam, pastu
rasa macam nak mandi lama-lama dalam bilik air, coz nak hilang kan stress…huhu..BUKAN TU..
Tapi, adalah dipinggirkan dari sudut yang lain.. korang pernah rasa
korang rendah sangat daripada kawan-kawan korang yang pandai-pandai, pastu
dapat pujian melambung-lambung tinggi nya…
Pastu boleh pulak, korang punya cikgu asyik memberi perhatian pada
orang-orang yang pandai tadi, dan yang ala-ala bengap ni (actually takada la
bengap mana pon) dipinggirkan..
Contohnya, macam ada program apa-apa la yang melibatkan pelajaran, dan
yang terpilih adalah orang yang pandai-pandai ini lah.. tapi orang yang
berpotensi untuk menjadi pandai..?? kenapa tidak diberi peluang..
Lepas tu, orang yang pandai akan terus menjadi pandai, dan akan terus
mendapat pujian menggunung, manakala orang yang ala-ala slow ni, akan terus
terkebawah..?? adakah ini yang kita mahu..??
![]() |
Entah la, kadang-kadang aku merasa pelik dengan segelintir pihak yang
seakan memilih bulu.. ya, mungkin perlu seseorang yang mempunyai pengalaman dan
kepakaran dalam sesuatu itu untuk menyertai sesuatu itu..tapi bagaimana dengan
orang yang lain..orang yang tidak pakar, tapi masih berpotensi untuk maju??
Mungkin orang-orang yang berpotensi ini, perlu diberi peluang untuk
menjayakan sesuatu atau menyertai sesuatu… supaya dia sedar, bahawa ada orang
mahukan Sesuatu daripada dia.. bukan hanya kita tertumpu pada seseorang yang
memang sudah pakar..
Kita jangan pandang seseorang itu dari sebelah aspek sahaja.. mungkin
dia tak menunjukkan minat pada sesuatu, tapi hakikatnya dia menginginkannya..
potensi sebenar sudah ada dalam diri masing-masing, Cuma perlu dicungkil sahaja
dengan cara-cara yang betul…
Jika bukan kita yang mencungkil nya, siapa lagi… mungkin bakat dan
potensi yang ada pada diri seseorang itu, sukar dicari.. jangan lah kita
mengamalkan sikap memilih bulu..
Mungkin jika kouta untuk sesuatu program itu sedikit, cuba kita memberi
sedikit ruang kepada mereka yang berpotensi.. contoh nya,kouta ada 10 orang
peserta, jadi 5 untuk orang yabg mahir dan baki itu untuk mereka yang dirasakan
berpotensi..
Barulah, lebih ramai orang yang boleh menjadi kelauran yang berkualiti..
dan bilangan orang yang pakar, itu akan meningkat dari masa ke semasa, dan
tidak static pada bilangan tertentu sahaja..
Entah la, aku merasakan sesuatu ketika menulis entry ini.. adakah ia
bertepatan dengan apa yang pernah aku lalui.. ya sudah tentu… erm.. aku pernah
lalui benda ini.. terasa dipinggirkan, ketika mana hanya mereka yang pandai
sahaja diberi perhatian..
Huhu…sadis.. tapi takapa.. yang lepas biar sahaja aku lepaskan.. aku
harus terus kehadapan dan sentiasa positif..huhu… but, sesuatu yang berlaku
itu, pasti ada hikmah nya… dan mungkin aku sudah jumpa hikmah yang Allah mahu
tunjuk pada aku..
Dan sekarang aku bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku ada dan
alami selama ini.. it’s really mematangkan diri aku..huhu…
So korang macam mana..?/ pernah melalui benda yang sama..?? dalam apa
yang kita lakukan, jangan kita pernah diskriminasi orang lain, kita semua sama
sahaja disisi Allah SWT…huhu…\cuba kenal diri, cari potensi diri dan keluarkan
nya k..
Jaga diri hiasi peribadi..
Nota mulut : ada gaya
pemotivasi tak..??muahaha

0 RENJATAN:
Catat Ulasan