Keblinger

Keblinger

I made this widget at MyFlashFetish.com.

heartbeat

nuffnang

:: CINTA | SEBELUM ATAU SELEPAS KAHWIN ::

| Sabtu, 12 November 2011

ASSALAMUALAIKUM..!!~~

TAK ADA AIR PULAK KAT ALGHA NIE..

Hye semua, kipas susah  mati aku… apa cerita hari ni../?? hari ahad.. hari ni sepatutnya hari aku dah mula kuliah.. tapi disebabkan hari jadi sultan Kelantan jatuh pada hari nie, so kami bercuti la..(eh, yeke birthday beliau hari ni)..muahha.. gasak la..

Erm.. korang pernah bercinta kan..?? malas nak Tanya banyak-banyak.. apa pandangan korang tentang cinta sebelum kahwin dan cinta selepas kahwin… nowadays.. rami orang yang bercinta dahulu ,then baru diorang kahwin..tapi kalau zaman dulu-dulu, ramai gak la, yang bercinta selepas berkahwin.. yela kan jodoh mak ayah yang pilih…

Sekarang ada lagi..?? ada kowt.. tapi itu pun, dah tak banyak.. kalau keluarga yang tentukan pasangan mesti, diorang dah kenal-kenal dulu, main mesej la apa la..uhuhuh.. tol tak korang..??

CINTA SEBELUM KAHWIN.

Cinta sebelum kahwin ni, adalah cinta yang datang nya daripada pergaulan harian korang atau kita bersama denganorang lain.. and kadang-kadang cinta ini berputik, atas dasar sebab kita ada KIMIA dengan orang tu... kita minat makan TUTTI FRUTTI, dia pon minat,,, pastu bukan takat tu je. Banyak lagi.huhu.. (teori aku ni sesat ke apa)

rempat google..
Cinta sebelum kahwin ini, sebenarnya tidak digalakkan dalam islam, yela, takut nanti akan menjerumuskan kita ke kancah maksiat atau zina.. er,, yela, bila dah bercinta bagai ni. Mesti la korang ngade-ngade nak keluar dating bagai kan.. pastu kalau dah keluar dua-dua orang jantan dan betina.. adala tu orang ketiga.. siapa syaitan nirrojim la…

So memang tak bagus la bercinta sebelum kahwin.. macam-macam boleh berlaku
Kalai korang bercinta kerana Allah SWT dan ingin membawa percintaa itu sehingga ke jinjang pelamin maka korang sebagai orang yang beriman dan takutkan Allah, maka, korang harus menjaga beberapa perkara iaitu:

# menjaga diri dan maruah memasing. Tak ada la, berpeluk, berjalan berpegangan tangan, keluar berdating.. duduk dekat-dekat.. konon sweet la tu…??

# tidak melampau dalam berhias.. ni masalah bese bagi pompuan la… kalau boleh minyak wangi tu nak sebotol simbah kat badan.. pastu pakai baju seketat-ketat nya.. tudung pakai tapi………. erm..nauzubilah..

# kalau nak berdating tu.. pastikan mahram nya ada.. ibu bapa ke, adik beradik ke.. supaya selamat, dapat megawal tingkah laku, kerana orang ketiga yakni syaiton nirrojim tu sentiasa bersedia nak memperdaya korang semua tau..

# restu keluarga penting… jangan korang mengenepikan keluarga pulak dalam hal-hal ini… restu diorang penting, bagi menjamin kesejahteraan korang di masa hadapan bila dah kahwin nanti.… secara tak langsung boleh pinjam duit ikit, kalau tak cuku nnt dah kahwin.. muahhaa

# Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

Korang kene ingat ya, bahawa setiap perbuatan cinta korang macam pegang-pegang tangan, bercanda , berdating, berpelukan dan lain-lain itu dilarang kuat oleh ISLAM ya. Sila ingat.!!

Dan korang sebagai orang yang ingat,patuh dan takut kepada azab Allah , seharusnya korang mempunyai rasa malu itu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ korang dikhlayak ramai.. eeeeiii…. Tak malu ke, duk berpeluk-peluk dekat depan orang… ingat kau hot.??

CINTA SELEPAS KAHWIN.

Cinta selepas kahwin… erm.. means.. korang kahwin tanpa kenal apa-apa dengan pasangan korang, then lepas kahwin baru kenla hati budi memasing. Yang ni baru la sweet… kalau dah kenal sebelum kahwin.. nanti dah kahwin nak kenal apa lagi.. semua dah bagi tahu time bercinta dulu. Betul tak..??

rembat google lagi.

Dan for sure, ALLAH SWT mengiktiraf dan menggalakkan tau cinta selepas kahwin ini, sebagai satu jalan yang terbaik, seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran ayat 21 surah Ar-Rum yang bermaksud :

 “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakanNya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran” (Ar-Rum, Ayat 21)

Dan kalau Allah sendiri menggalakkan cinta selepas berkahwin,.. confirm la la ini jalan yang terbaik.. betul tak..??

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat.

Ha.. so aku bagi aku la.. cinta lepas kahwin ni, terbaik la.. dan cikgu aku adda seorang, dia bercinta lepas kahwin. Memang tengok bahagia je.. anak pon boleh tahan la ramai.. erm,

Erm,,yela kadang-kadang bila kita bercinta before kahwin.. ramai nya hipokrit sesaja.. tunjuk baik depan pakwe atau makwe.. bila dah kahwin, mula la keluar sayap Dracula dan gigi rimau.. sikit-sikit nak marah..muhaha… nasib la korang…

Tapi, macam mana ek, nak dapat cinta lepas kahwin.. tengok ADAMAYA tak.?? Ha, macam tu la cntoh cinta lepas kahwin….. tapi jangan la kejam sangat.. kan kita dah berkahwin, better pakwe kita tu kita tinggalkan la..huh

Erm.. biasa nya, cinta lepas kahwin ni, keluarga la yang pilih.. yela..takkan la tetiba ko umpa pompuan ko nak terus kahwin nagn dia.. ada ..?? muahha…

rembat google 2 lagi..
K la.. now. Depends kat korang nak pilih yang mana.. aku tau korang esti pilih cinta before kahwin..huh.. dah agak.. tapi korang mesti ingat kahwin ni bukan untuk korang kahwin sehari dua, tapi untuk selamanya..erm. jangan jadi am orang putih dah la, kahwin beberapa jam je..hu.pastu bercerai..

Ingat k semua.. hehe.. apa pandangan korang??

Jaga diri, hiasi peribadi..

Nota mulut : kahwin jom..!!~~

www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

0 RENJATAN:

Catat Ulasan

PLEASE CLICK ONE.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 ::: NIGHT STORY :::