Keblinger

Keblinger

I made this widget at MyFlashFetish.com.

heartbeat

nuffnang

:: SPONTAN KHAMIS | CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMELIKI ::

| Khamis, 27 Oktober 2011

ASSALAMUALAIKUM..!!

KHAMIS YANG DIPENUHI DENGAN BUNGA-BUNGA

hye semua kipas susah mati,unti  spontan khamis aku nak suruh korang baca ini..

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM

Kalau kita sukakan seseorang,mjangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasala.

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam bukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurga-NYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup.

Cukup cintai dari kejauhan kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.

Cukup cintai dengan kesederhanaan Memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti, kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,

gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi, nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

if korang suka o cinta pada seseorang jangan terlalu meletak pengharapan pada dia,kerana kadang-kadang perasaan itu datng nya daripada syaitan yang tidak jemu untuk menyesatkan anak ADAM,sebaliknya korang terus berdoa kepada Allah agar dipertemukan jodoh..

insyaAllah.. Allah akan mendengar setiap doa daripada hamba nya.. so don't stop believing... coz setiap orang ada jodoh masing,cuma cepat atau lambat sahaja,kerana itu semua rahsia Allah..

jaga-diri-hiasi-peribadi,.

nota mulut : adakah aku telah bertemu dengan nya...
www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

2 RENJATAN:

{ daia } at: 27 Oktober 2011 3:53 PG berkata... [GATAL NAK KOMEN]

like it.:)sy ade cntakan seseorg dlm diam.tp xbgtau.mcm awk ckp biar Allah yg tntukan sgalanya.:)

{ Rafqa firdaus } at: 27 Oktober 2011 5:30 PG berkata... [GATAL NAK KOMEN]

yes daia... kadang-kadang apa yang kita suka itu,bukan yang terbaik untuk kita.... dan bersyukur lah terhadap apa yang Allah kurniakan pada mu...

Catat Ulasan

PLEASE CLICK ONE.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 ::: NIGHT STORY :::