ASSALAMUALAIKUM..!!~~
TAK NAK PERGI SEBAB NANTI
KENE DUDUK LUAR SORANG-SORANG
Heheh… hai semua kipas susah mati aku sekalian.. erm.. amacam hari
ni..?? hari ni kita mulakan minggu baru.. yang sekolah tu, pergi la sekolah
ya,jangan ponteng-ponteng pulak.. yang tengah keje pun sama,terus kan
kerja..jangan asyik mengular je..huh..
Hari nie,hari convo kakak aku,lepasan UiTM Shah Alam.. aku tak pergi la
kowt.. coz ramai-nya orang nanti dekat sana tu satu hal, then kene duduk luar,
(even ada khemah) berpanas gittewww, sedang kan ayah dan mak dapat masuk dewan
ber-aircond, lama kene tunggu sorang-sorang…
So that’s why la,reason aku malas nak pergi… huhu…. Erm..menyambung
kesinambungan episode cerita bakti siswa edisi aku ni… sebelum aku sambung
cerita ni sampai habis,aku nak bagi reason kenapa aku buat berepisode,ini
adalah kerana, cerita yang au nak cerita ni, panjang sangat dan kalau panjang
sangat dalam satu entry tu,ko nak baca ke..??
Kalau aku pon aku tak nak baca… terlalu panjang…huhu.. so untuk korang
tahu cerita daripada episode satu hingga tiga boleh klik ; EPISODE 1 / EPISODE2 / EPISODE 3 ..
Sambungan EPISODE INI ..
Malam tu memang tidur dengan nyenyak jugak la… but pagi tu,nenek kejut
dengan agak awal,coz tak nak terlewat lagi untuk subuh kat masjid…hukuhk.. so
kami pun bangun awal jugak la.. mengenangkan nenek dah kejut dua kali.. *takkan
tak reti-reti bahasa lagi kowt kan..
Then pagi tu kami pergi surau jalan kaki lagi.. as usual.. but nenek tak
kisah pun,naik kereta ke,moto ke,kaki ke.. dia dah bese..kalau jalan kaki tak
pe,kalau nak kereta satu advance bagi dia…
Lepas solat subuh ada, kuliah subuh yang disampaikan oleh YDP MPP APIUM
Nilam Puri, Nabil Bin Ismail.. mengenai HATI.. ahaks.. and semua orang tahu..
hati adalah punca segalanya.. jika baik la hati tu,baik la seluruh
tubuhnya,jika jahat la hati tu,jahat la seluruh tubuh nya…huhu
Lepas tu,tak ada program sampai pukul 10… so balik rumah dulu la… nenek
dah balik dulu dah lepas subuh tu,sebab dia nak beli makanan lagi.. so kitorang
lepak-lepak kat masjid dulu.. sembang-sembang,baru balik..
Aku ingat balik tu,aku boleh la nak tidur kejap,tapi nampaknya tak
boleh,apabila mengenangkan,video atau montaj program untuk majlis penutup tak
buat satu habuk pun lagi…. So aku terpaksa la menggagahkan diri untuk buat
semua tu… huh..*keluh panjang..
![]() |
sebelum bergerak ke rumah yang terpilih..tangkap gambr dulu.. nak masuk paper ni... |
Buat punya buat,Alhamdulillah, Allah memudahkan segala urusan aku,
tinggal nak masuk kan gambar program yang last yang akan berlngsung pukul 10
nanti..tapi bila tengok je jam, dah pulu 9.55 … erm.. memang nak mandi lagi apa
lagi… alamatnya,pukul 10.15 baru bergerak..ahaks..
Kitorang pergi masjid jalan kaki je..coz tak nak menyusahkan orang
ramai.. cehhh… gitteeewww.. sampai-sampai je dekat masjid,tengok dah ramai
orang tengah packing2 barang untuk program tu..
Wah… sampai-sampai jugak,tengok-tengok dah ada kereta SINAR HARIAN..
masuk paper la jwabnya..hehehe
SLOT ALLAH BERSAMA-MU
![]() |
persediaan dan jalan dan reformasi yang diorang wat.. tapi tak ada la extreme sangat..hahah/// |
slot nie,adalah slot yang terakhir sebelum penutup.. dan slot ini adalah
slot dimana kami semua peserta-peserta baksis,pergi ke rumah-rumah yang
terpilih untuk diberi sumbangan kepada mereka.. dan terdapat tiga buah rumah
yang kitoran pergi…hekehke..
^ rumah pertama ^
Rumah nie,tak silap dekat dengan rumah tok penghulu.. erm.. jauh jugak
berjalan kaki,tapi perjalanan kami berbaloi insyaAllah.. sampai-sampai je dekat
rumah tu,kami disambut baik oleh tuan rumah..
Rupa-rupanya terdapat seorang nenek yang sedang sakit didalah bilik..
tak boleh bergerak… sangat sedih melihat keadaan nenek tersebut… dan pada malam
kepulangan kami ke UM,tepat jam 12 malam nenek ini telah kembali ke rahmatullah..
AL-FATIHAH…
Kat rumah nie,ada seorang baby come tengah tido.. kitorang ramai-ramai
naik rumah dia.. then si zaki leh pulak,nak cium-cium dia.. last-last menangis
budak tu..semua lari..huhu.. konon-konon tak nak tanggungjawab..ahaks…
Selepas emmeberi sumbangan kitorang pon beransur la kerumah yang kedua
pula..
^ rumah kedua ^
Rumah ni sangat jauh daripada rumah yang tadi.. kira macam dari hujung
ke hujung la… seronok jalan ramai-ramai.. macam-macam perangai diorang ni.. nak
buat reformasi la apa la..erm… jenuh ak melayan..
![]() |
ni kat rumah yang ke 2... bahagia nenek tu... |
Tak lama lepas tu,sampai la ke rumah yang kedua.. nenek kat rumah
ni,menghidap penyakit darah tinggi,kemudian kaki kanan nya pula lumpuh…huhu..
sedih denagr cerita mak cik ni.. seakan dia dibiar bergantung tidak bertali…huhu..
Erm.. selepas bagi sumbangan tu,semua orang beransur ke rumah ke tiga..
tetapi tidak bagi ustaz Zamri,dimana dia terjumpa satu basikal lama, then dia
nak try, konon-konon kembali semula ke zaman era dulu.. then lepas tu,sume
orang la nak bergmabr ngn ustaz zamri..huh..lyan kan jela..
^ rumah ketiga ^
Rumah yang terakhir.. rumah nip on,mempunyai tanggungan yang ramai..
sedangkan ayah nya sakit,tak boleh bekerja dan ibunya memang tidak bekerja..
jadi harus la kita yang berkemampuan ini,memberi sedikkit sumbangan kepada
mereka yang lebih memerlukan…
![]() |
bukti sinar harian datang..ahaks.. jgn jelez.. |
Lepas habis je bagi sumbangan ka rumah tu… ramai-ramai turun nak
bergambar kat kereta SINAR..konon-konon menjadi bukti la.. SINAR betul betul
datang kat program kami.. seronok2..
Lepas dah habis semua ni..dekat-dekat nak zohor jugak la… aku tak boleh
la nak ke mana-mana..coz nak buat video... untuk acara penutup pukul 3
nanti..huhu..
Haha.. korang mesti nak tau kan.. sempat ke tak aku buat video tu… hu..
aku ingat nak habis kan pada episode ni.. tapi dah panjang sangat.. belum masuk
gambar lagi.. so next entry la baru program penutup k..
Jangan jemu baca k… keep in touch..
Jaga-diri-hiasi-peribadi..
Nota mulut : aku suka
ucapan tok imam tyme majlis penutup…. Nak tau.. tunggu…!!~~

0 RENJATAN:
Catat Ulasan