ASSALAMUALAIKUM…!!
LEPAS DAH DAPAT BLOG BALIK DARI HACKERS INI,TAK MENANG TANGAN LA AKU NAK MENAIP SESAJE,MACAM TAK RETI-RETI KERJA BANYAK NAK KENE SUBMIT MINGGU INI..MUAHAUAAMUAHAMIAHAM…
Ok,disebabkan minggu ini,banyak la pulak kerja nak kene submuit,dah nak akhir-akhir sem ni la,kerja mula Nampak bertimbun.tu la masa mula dapat kerja,memang tak sedar diri..sibuk main ,jalan-sana-sini..sekarang mendapat la..elok tido boleh dapat 2 kali sehari.. sekarang (waktu-waktu genting ni) nak dapat sekali pon susah agak nya… *marah diri sendiri…
Bukan niat aku nak terus marah diri sendiri kat dalam belog ini untuk entry kali ni…erm… hauhauhua..
Disebabkan tadi giliran aku bagi tazkirah kat kelas..*bangga..jadi apa la salahnya aku nak masuk kan isi tazkirah itu,kedalam belog ni..erm.. asyik-asyik nak story je,boring gak kekadang kan…so JOM DENGAR TAZKIRAH….
**aku menulis tidak menuju kepada sesiapa hanya untuk peringatan diri sendiri dan orang lain**
Tazkirah hari ni mengenai :
“SOLAT DAN LIMA JENIS MANUSIA”
-GOLONGAN PERTAMA-
Adalah golongan yang beragama islam tetapi tidak tahu cara untuk solat, dan ada setengah yang menafikan kefarduan solat keatas umat Islam…
Atau senang cerita,mereka-mereka ini…islam hanya pada nama je…dalam IC je Islam..tp hakikat sebenar tidak… dan perangai mereka ini sama sahaja seperti orang kafir..
-GOLONGAN KEDUA-
Orang yang melakukan solat secara membabi buta..*ehem2..ak tak mencarut ok.. iitu satu istilah..mest korang nak hentam aku laaattteeewwww……heheh.. membabi buta ni macam dia menonong je dalam melakukan sesuatu perkara… erm.
Cth..dalam solat tu..dia tak faham masud bacaan..tak tahu tujuan kenapa dia perlu solat..yang dia tau , ikut orang je..orang rukuk dy pon rukuk… dan yang paling teruk sekali..tak reti pulak tu nak bertanya kea pa ke…manusia2….
Golongan ini dikategori kan sebagai fasik..Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah
-GOLONGAN KETIGA-
Golongan yang melakukan solat lima waktu sehari semalam,tepat ilmu mengenai solat,faham bacaan dalam solat,tetapi tidak menghayati didalam solat tersebut..
Golongan ni dah bagus dah,tapi mudah fikiran nya melayang daripada mengingati ALLAH SWT didalam solatnya… dan terus mengingati perkara duniawi didalm solatnya..
Golongan ini dikategorikan sebagai “AWAMUL MUSLIMIN”..dan golongan ini njika dididik dengan sebaiknya,akan menjadi golongan yang baik..
-GOLONGAN KEEMPAT-
Golongan ini adalah golongan yang baik sedikit daripada golongan KE-3.. Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.
Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.
Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.
Cth : dalam solat tu kadang kita teringat something yang tak nak pon kita ingt sebenarnya..macam assignment la..duit makcik kat kantin tak bayar lagi..KKP tak lulus lagi..dan macam-macam lagi..tapi kita cepat-cepat terus mengingati Allah apabila berlaku situasi begini…
-GOLONGAN KELIMA-
Golongan yang melakukan solat dengan khusuk dan sempurna,tepat ilmu solatnya, faham dan menghayati setiap bacaan dalam solatnya,hati dan fikiran tidak terbawa-bawa dengan perkara sekeliling..
Inilah golongan yang terbaik dan sempurna solatnya…
Jadi marilah kita bermuhasabah kembali diri kita, kita berada di kelompok golongan yang mana..harap-harap kita bukan lah daripada golongan yang pertama , kedua , ketiga dan keempat..*nauzubillahi min zalik…
Moga-moga kita semua berada di kelompok golongan manusia yang kelima…*insyaAllah…
“IBADAH SOLAT ADALAH IBADAH YANG MEMBANGUNKAN JIWA DAN IMAN,MENJUAHKAN DIRI DARIPADA YANG BURUK DAN MERUNGKAIKAN SIFAT MAZMUMAH,MENANAMKAN SIFAT MAHMUDAH, MELAHIRKAN DISIPLIN DIRI DAN AKHLAK YANG AGUNG”
Jadi kita sebagai manusia jangan sesekali pernah berpuas hati dengan solat kita,kerana SYAITAN sentiasa mahu menjerumuskan anak-anak Adam dan Hawa kedalam neraka..waimma ketika solat…
Jadi solat sunat rawatib jgn dilupkan kerana ia data menampung kekurangan dalam solat fardhu..
Wallahu ‘alam..
Tazkirah untuk hari ni…
Jaga diri hiasi peribadi..
Bye2…
Nota mulut- seronok dapat tazkirah,dapt menginsafi diri yang paling penting..
0 RENJATAN:
Catat Ulasan