ASSALAMUALAIKUM..!!!...
MCM BESE..HARI2 HUJAN KAT KWSAN PUNCAK ALAM NI..X MEMETAHKAN SEMNGT AK NK MENGUPDATE BLOG PERCUMA..*MENADAH TGN KE LANGIT TNDA SYUKUR…
Alright…hahaa….hri ni nak cite pasal “kaitan mencari kekayaan ngn iman”..haha..
U’ollsss n followers2 sume mesti hairan…apa kaitan antra kekayaan ngn iman…
Sgt besar kaitan…erm…yela kita asa a manusia yg hidup di atas bumi pinjaman ni…mencari rezeki Allah dlm pelbagai cra,sma ada baik ataupon buruk… erm..tp harap2 kita ni di jauhkan la drpida kekayaan drpd hasil yg buruk la ek.. ok… ak ckp pnjg pown korg mst nak baca ag kan…ni dy..
amik ko..
‘Setiap insan yang hidup di dunia ini ingin hidup senang, kaya dan mewah. Setiap kekayaan dan kemewahan ini dapat menjadikan seseorang itu dipandang tinggi, dihormati dan disanjungi.
Islam sebagai agama fitrah tidak pernah melarang, mengongkong atau menyekat penganutnya untuk mencari kekayaan atau kemewahan hidup. Namun begitu Islam mempunyai kaedah, cara atau jalan yang menurut syariat agar nikmat kekayaan dan kemewahan harta benda ini dapat dinikmati sebaiknya. Maka sejajar dengan itu perlu ditekan di sini hubungan kekayaan duniawi ini dengan iman yang menjadi tunggak dan asas mukmin sejati dan diredhai Allah.
Iman secara harafiahnya bererti percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan iman diambil dari kata kerja ‘aamana' – ‘yukminu' yang bererti ‘percaya atau ‘membenarkan'. Perkataan Iman yang bererti ‘membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam surah al-Taubah ayat 62 yang bermaksud: “Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman.”
Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: “Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota.“ Aisyah r.a. berkata: “Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota.” Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman seperti berikut: “Pengakuan dengan Iidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota).”
Kesimpulannya dapat dinyatakan bahawa Iman ialah keyakinan yang dibenarkan oleh hati, diucapkan dengan mulut (lidah) dan dibuktikan dengan amalan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan.
Setelah meneliti pengertian iman yang sebenar, kita jelajahi pula dunia ini untuk mencari kekayaan, kemewahan dan kesenangan hidup seperti yang diidam-idamkan oleh setiap insan. Dalam lapangan ekonomi, pendekatan Islam melihat fungsi harta kekayaan dalam kehidupan ini sebagaimana yang dijelaskan dalam sumber asal ajaran Islam iaitu al-Quran dan Sunnah. Harta kekayaan adalah nikmat Allah s.w.t yang dijadikan elemen kekuatan bagi menegakkan kehidupan dan melaksanakan peranan sebagai khalifah. Tetapi, ia juga boleh menjadi elemen fitnah dan kerosakan jika nikmat dan kekuatan itu disalahgunakan. Justeru, ia perlu diurus dengan bijaksana supaya kekuatan itu digunakan untuk kebaikan yang distilahkan sebagai “jalan Allah”.
Maka kita digalakkan berusaha dan bekerja untuk mencari kekayaan kerana ia tergolong dalan tuntutan ibadat. Dengan kekayaan ini umat Islam mencapai kedudukan yang tinggi di pandangan masyarakat. Seterusnya kekayaan dan penguasaan lapangan ekonomi ini menonjolkan imej yang Islam yang kuat dan mengekalkan kepimpinan. Inilah nilai dan imej sebenar Islam bukan imej yang selekeh, miskin dan suka meminta-minta seperti kehidupan kebanyakan orang Islam masa kini. Sebagaimana hadis Nabi SAW: “Al-Islam Ya'lu Wala Ya'li Alaiih”
Kebelakangan ini banyak saranan supaya umat Islam bekerja dan berusaha, berlumba-lumba mencapai kejayaan diri. Sesungguhnya usaha ini amat wajar. Ia juga merupakan suatu method atau kaedah dakwah yang cukup memberi kesan dan kesedaran secara umum.
Bagaimanapun, ada tanda-tanda yang tidak bermoral menular dan mempengaruhi insan-insan yang sentiasa rakus dan tidak sabar untuk mengejar kekayaan dan mencapai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Kaedah yang halal, bermoral dan nilai-nilai murni sudah tidak mendapat perhatian lagi asalkan cita-cita dan impian terlaksana. Inilah yang perlu umat Islam pertahankan dan perkukuhkan iaitu suatu cara atau jalan yang halal dalam mencari kekayaan dan kedudukan supaya kehidupan kita mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Tanpa kita sedari keberkatan inilah yang memandu manusia menggunakan kekayaan dan kedudukan yang ada dengan sempurna.
Mereka yang mendapat kekayaan dan kedudukan mengikut syariat pasti akan menggunakan hasil yang diperolehi ke arah yang baik seperti membuat amal kebajikan membantu golongan yang memerlukan dan sebagainya. Ini dapat meningkatkan tahap dan taraf ekonomi umat Islam sendiri. Jika kita sebagai umat Islam tidak berusaha untuk meningkatkan ekonomi umat Islam yang lain siapa lagi?
Sebaliknya sikap tamak dan pentingkan diri sendiri dalam mencari kekayaan pastilah akan merugikan umat Islam. Kekayaan dan kedudukan yang dicapai melalui sikap-sikap sedemikian hanyalah akan memporak perandakan masyarakat, membina jurang antara yang kaya dan miskin, menyebarluaskan penyakit hati, dengki, khianat dan sebagainya. Inilah penyakit yang kian menular dikalangan umat Islam dan perlu diubati segera.
Maka di sinilah iman memainkan peranan penting untuk memastikan jalan yang ditempuhi itu betul dan mendapat keredhaan Allah. Orang yang beriman sentiasa selamat Insyallah. Mereka tahu menilai sesuatu kejadian. Kalau nikmat mereka bersyukur, lantaran itu Allah akan menambahkan lagi nikmat kesenangan ini dan meninggikan darjat mukmin tersebut. Jika sebaliknya, bala yang menimpa dan kesusahan melanda, maka hati yang teruji ini akan dinilai semula, muhasabah diri mencari keampunan Ilahi, maka bertambah kukuhlah lagi iman di hati.
Ibarat batu karang di laut, semakin kuat dipukul ombak, semakin kuat kedudukannya. Berapa banyak kapal yang pecah dek terlanggar batu karang, sedangkan kekuatan batu karang itu hanya terbina melalui pukulan ombak, jisim air yang lembut lagi cair. Pun begitu, kedudukan iman perlulah sentiasa diperkukuh dengan amal soleh dan ibadat dalam semua aspek kehidupan.
Begitulah pentingnya iman dalam kehidupan seharian sebagaimana pentingnya ekonomi dalam perjuangan hidup yang lebih sempurna.
Sebaiagman Allah s.w.t berfirman yang maksudnya:
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta)” ( Al Mukminuun : 1 – 4 ) ’
- ak tertarik ngn artikel ini yg ak petik drpda satu lamn web..( lupa dah )…
- bukan niat nk cedok hasil org,tp ak nk cyba kongsi kan bnda ni ngn korg sume…
- klu dah baca tu nukn hny sje baca..cuba hayati..n ak dh hyati n mmg ada pngajaran smaada tersirat atau x tersirat..
Emas,duit berdoyan2 pown xde mknanya,klu xde keredhaan Allah dlm kehidupan kita..
Kerana apa,,kerana kita ni tidak selmanya akan hidup di muka bumi pinjaman Allah ini…dan akhirnya kita akn kembali juga kepada fitrah kita..iaitu KEMATIAN…
So..nk mncari kekayaan x salh..tp biar seimbang dgn mencari kekayaan AKHIRAT…
So jaga diri,hiasi peribadi..
Enjoys your days..
*utk cerita biography seterusnya..mlm ni la ek…haha…surprise…
0 RENJATAN:
Catat Ulasan