Keblinger

Keblinger

I made this widget at MyFlashFetish.com.

heartbeat

nuffnang

:: CARA NAK KURUS DENGAN MUDAH ::

| Khamis, 3 November 2011

ASSALAMUALAIKUM..!!~~

BARU LEPAS BALIK MAKAN SEDAP…MUKA CERIA JE..

HYE semua.. selamat malam kepada yang dah tido dan selamat petang kepada yang belum tido.. petang ke..?? muhahaa… erm.. korang buat apa malam-malam ni.. esok dah ada yang dah cuti ke..?? kalau adam seronok la ya, dapat cuti awal.. yang tak dapat cuti tu awal tu... bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama kalian..huhu.

Alright, hari nie nak kongsi tips sikit la.. tips tentang kesihatan.. ha. Aku sekarang ni rajin fitness tau.. muhaha..*poyo... ha, kalau korang mengalami masalah berat badan kan, tak payah la korang susah nak pergi ke gym yang for sure kene bayar sampai ber-K-K tu.. huhu.. dan tak payah juga korang nak makan pil diet semua... o pakai bekung ke apa.. TAK PAYAH.. 

korang boleh juga bakar lemak dengan cara ni.. *boleh jugak pastikan rumah korang hygine je sentiasa
(thankz to sayurlemak atas gambar ini)

Erm.. Cuma korang semua kene rajin dan amalkan empat huruf ini.. F.I.T.T.. haha.. mesti korang ala-ala terkejut kan, apa ada dengan empat huruf ni, tapi kenapa FITT.. erm.. dengar perkataan je pon, dah bernafsu nak kurus kan.. ngeh ngeh ngeh...

Ok, meh aku describe sesatu k..

Korang semua ini, digalakkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, aku tak mintak banyak-banyak pon, tiga kali je.. tapi kalau korang nak buat sampai doploh kali seminggu lagi bagus.. but korang kene buat slow-slow la, kang terkejut otot kang, kejang seluruh badan...

Antara senaman yang boleh korang buat, contoh berjalan laju, joging setempat, dan senam robik.. mudah kan.. buat kat rumah pon boleh, tak yah nak beli mesin mahal-mahal, o pergi gym yang mahal gila tu..huhu..

HA, Ni korang kene berjaga-jaga k... kalau korang tengah-tengah syok bersenam tu, pastu tetiba mengalami masalah sesak nafas, ini bermakna korang dah melebihi keupayaan korang untuk bersenam, tapi kalau korang mengalami masalah nafas berbau time bersenam, tu tak apa, korang leh terus bersenam je, coz itu masalah korang yang tak reti nak gosok gigi dulu..huhu

Jadi korang jangan terlalu obses o jakun nak kurus sangat, memang semangat tu penting, but korang kene mula slow-slow, mulakan dengan senaman mengikut keupayaan diri.. bukan memaksa diri.. kita bersenam untuk sihat bukan untuk memudaratkan lagi diri.. tak mo tak mo tak mo..

Erm..tempoh masa ni, terpulang la pada keupayaan korang... but at least, korang kene luangkan tigaploh minit untuk korang bersenam, ini penting untuk menjana tenaga dan untuk membakar lemak-lemak korang yang bawah lengan dan sekitarnya...muahhha...

Dan dalam masa tigaploh minit tu, macam-macam senaman leh kita lakukan... banyak la, dan jangan korang bagi alasan, tak semapt untuk bersenam k... lepas solat subuh tu, tak yah tidur, terus pergi bersenam..pastu baru pergi kerja.. baru la sihat..huhu..

Ha, pemilihan jenis senaman ni penting jugak tau, contoh ko nak kecil kan lengan la kan, tak kan la korang buat senaman nak kecil kan peha,. Memang salah la... huhu.. so korang kene tahu matlamat korang bersenam..

Dan pemilihan itu, mesti dilakukan dengan penuh rasa minat, supaya kita suka dan akan melakukan nya kembali..huhu...

Ok, sekarang, adik-adik , akak-akak, abang-abang, pak cik makcik.. macam mana sekarang..? mesti lebih bersemangat nak bersenam kan...huh..dengan kita amalkan 4 huruf ni, insyaAllah kita akan dapat kuruskan badan dan kekal sihat...

But pemakanan pun kene jaga la , jangan lepas korang bersenam tu, korang melantak KFC, pizza hut sekali gus.. memang agak sia-sia la usaha korang.. pemakan biar amik yang sihat-sihat je.. jadi vegeterian sikit..muhaha.(*aku menyuruh orang jadi vegetarian, tapi aku sendiri tak makan sayur)..muahaha....

Dan senaman amat membantu seseorang untuk mencapai berat badan yang ideal..huhu... ok cukup sampai sini dulu TIPS KURUS aku untuk korang semua.. moga bermanfaat dan dapat korang amal kan tume borng-boring tu ek..

Ingat SENAMAN.. akal yang cerdas datang nya daripada badan yang sihat..hehe..

Jaga diri-hiasi peribadi..


Nota mulut : sihat kekal cergas..

www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

2 RENJATAN:

{ Ku Azhar } at: 3 November 2011 pada 8:48 PG berkata... [GATAL NAK KOMEN]

sy nk kurus!!! T_T

{ Rafqa firdaus } at: 3 November 2011 pada 8:51 PG berkata... [GATAL NAK KOMEN]

boleh-boleh azahar... juz ikut je rules dia..insyaAllah kurus la..

Catat Ulasan

PLEASE CLICK ONE.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 ::: NIGHT STORY :::