ASSALAMUALAIKUM..!!
KENE KECEK THAI LA PASNI..
EHEM-ehem.. hai semua kipas susah mati aku.. apa khabar kalian.. kepada
silent readers blog aku juga.. tidak pernah aku lupakan.. aiisss…korang semua
sihat.. sekarang nie, masa agak terhad untuk aku update blog..wuwuwuw… *muka
redho..
Ha, hari ini, kalau korang nak tahu, hari ini aku dapat adik angkat
tau.. dan yang paling best tu, adik angkat aku ini, from THAILAND..muaha..
apasal korang ternganga..? terkejut..huhu… kalau korang setakat adik angkat
dalam Malaysia, tak main la…hahaha… amik ko, aku terus grab luar Negara punya…aaa…
Actually, bukan aku seorang je yang dapat, semua MPP dan JTK APIUM Nilam
Puri, ada adik angkat daripada Thailand..muahhaha… erm.. mari berkenalan dengan
adik angkat aku k…heheh..
Nama beliau Phatani bin Ismail..ha, tengok… nama ayah dah sama dah
dengan aku.. memang adik beradik sungguh..muahha.. atau nama english dia ialah MR.
PHADONEE BAKA.. pelik tak..?? baru aku
tau, nama Ismail dalam bahasa Inggeris adalah BAKA..(ya ke tak aku pun tak tau)..tapi aku juz wondering la,
agaknya apa la nama aku jadi dalam bahasa Inggeris..huhu..
Dia ada jugak nama Thailand, tapi
aku malas nak masukkan, kang korang bukan pandai baca pun..hahha.. lagi-lagi
dalam tulisan Thailand..hehe...erm..diorang duduk sini, selama seminggu, nak
tengok suasana pembelajaran di Nilam Puri...
Erm..dia ni asal dari satu
wilayah Thailand yang diberi nama NAKHON SI THAMMARAT.. dan diorang ni bersekolah dekat ma’had
misbahuddin.. erm... semua yang datang nie, semua pandai cakap THAI sahaja, Cuma
ada la beberapa orang yang pandai cakap bahasa Melayu..
Itupun tak secara menyeluruh.. dan aku bernasib baik
sangat, sebab adik angkat aku nie, agak fasih la berbahasa melayu...muhaha...
kira dia jadi translator untuk kekawan dia..haha.. but, ada jugak kadang-kadang
apa yang aku cakap tu, dia tak paham..huhu..
Dan banyak la, perkataan THAI, yang aku dah tau..
muahha.. semua nie hasil usaha Ikhwan/Safwan dan aku untuk mencuba beberapa pcs
perkataan Thai, untuk memudahkan komunikasi antara kami dengan adik-adik angkat
THAI ni..
Tadi alhamdulillah, bawak diorang pergi pusing-pusing
APIUM. Pastu ada seorang tanya, pasal MASJID KAMPUNG LAUT.. aku pun dengan
bangga nya, telah menrekomen kan diri untuk cerita pasal masjid itu.. pum pang
pum pang, aku cerita.. pastu dia kata, ada jugak satu masjid kat NARATIWAT yang
masjidnya dibina tak menggunakan PAKU..huhu..
Seronok jugak, bersahabat dengan orang yang bukan bahasa
dengan kita.. itulah cabaran kita sebagai DAIE... baru tahu.. sebelum ni, dalam
kalangan orang-orang kita je... mudah la nak terang kan... sekarang ni, amik
kau.. sepatah harem dia tak paham.. tapi nak buat macam mana.. kene redho la..
Memetik kata-kata semangat daripada ustazah aku..
“step pertama dah berlalu, ujian dan cabaran
bagaimana hendak berdakwah kepada orang yang tidak memahami bahasa kita, lagi
besar dan mencabar tanggungjawapnya, apa2pun jazakumullohu khairan diucapkan
kepada semua MPP dan JTK kerana sanggup berkorban untuk program ini. Terima
kasih semua, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.”
Semoga Allah memeudahkan segala urusan kita di sini k.. dan
all the best kepada semua MPP dan JTK..hehe.. harap-harap objektif program ini,
tercapai, dan mereka dalam masa seminggu ni, dapat berbahasa Melayu.. tak fasih
pun tak apa, janji mereka dapat something daripada kita..
Dan kita jangan tak amik ibrah pulak... kita pun kalau boleh,
kene tahu juga bahasa THAI.. nanti boleh tambah lagi satu kemahiran dalam
kehidupan kita.. mahir berbahasa THAI.. satu kebanggaan tu woo..
Dan aku paling suka, adik angkat aku kata undang-undang kat
MALAYSIA ni bagus.. siap tunjuk good lagi.. *bangga jadi rakyat
Malaysia..huhu...
K la, aku pun dah banyak dapat word dari Thailand ni.. nak
duk ngapal jap..muahaha..*semangat.. inilah cerita hari pertama aku bersama
pelajar Thailand huh..
Jaga diri hiasi peribadi..
Nota mulut : seminggu kene cakap Thailand

0 RENJATAN:
Catat Ulasan