Keblinger

Keblinger

I made this widget at MyFlashFetish.com.

heartbeat

nuffnang

:: PASAR MALAM TERPANJANG DI MALAYSIA ::

| Selasa, 25 Oktober 2011

ASSALAMUALAIKUM..!!~~

TETIBA BERSEMANGAT BERKOBAR-KOBAR

AHAKS..ermm.. selamat petang dan soreh semuanya…. Apa korang buat sekarang..?? apa..?? tersangut dalam trafik jam..?? ala biasa la tu.. sekarang ini dah banyak sangat kereta… tu la sapa suruh keluarkan kereta banyak sangat, pastu jalan raya pun dah xcukup untuk menampung kereta yang terlalu banyak…

Eh ko ni kan,banyak bebel la…

Ok2… back to the entry..ahaks… korang pernah pergi pasar malam tak.?? Bukan pasar tani o pasar siang.. pasar malam.. n for sure bila kita sebut pasal malam,yang dia akan mula beroperasi malam, *tpi still siap-siap bukak kedai tu petang la,dah nak malam..

Hekhekhe… aku pun suka pergi pasar malam.. macam-macam makanan ada dijual kat pasar malam tu macam contoh, keropok lekor , yong tau fu , air yang pelbagai jenis rasa dan warna , rangka ayam kuih muih dan macam-macam lagi..

Bukan makanan yang korang leh terus ngap time ulang alik doplohlima kali pasar tu je yang dijual, barang-barang macam ayam mentah,ikan masin dan kering, sayur mayor , bawang putih,merah, besar ,kecil … pastinya ada dijual kat setiap pasar malam..

Tu la yang sepesial nya kat Malaysia ni.. ehem2… kat Negara London , Paris tu agak-agak ada pasar malam tak..??/

Dan korang tau tak pasar malam mana yang paling terpanjang kat MALAYSIA ni…ahaks.. ni la yang aku nak kongsi kan kat korang…

Taaaaaaaddddddddaaaaaaaaa….. (sambil bunyi orang ketuk-ketuk dram)

Pasar malam yang paling terpanjang kat MALAYSIA adalah bukan pasar malam belkang rumah korang,atau sebelah sekolah pak jabit tapi pasar malam dekat SETIA ALAM…huhu..

suasana pasar malam setia alam..huhu..
SETIA ALAM..?? kat mana tu..?? setia alam dekat dekat area-area klang la.. dekat dengan MERU.. tak tau,korang leh pergi google MAP… *lepas ni ramai la yang berkobar-kobar search kat google map..

Tak kisah la… dan aku cakap ni..bukan saja-saja k…. ini di iktiraf sendiri oleh MALAYSIA BOOK OF RECORDS.. ahaks.. tadi aku pergi shah alam, ada banner tentang benda ni…. Dia bagi sijil MALAYSIA BOOK OF RECORDS ni pada 22 okt 2011 yang lepas… erm.. aku tak sure la sapa yang bagi sijil tu pulak..

lencana je yng ada..huhu
Huhu… erm.. dan aku sendiri dulu-dulu masa pernah kerja dekat KFC SETIA ALAM DRIVE THRU.. selalu jugak aku pergi dekat pasar ni.. memang panjang.. daripada hujung BANK CIMB sehingga hujung kedai MAMAK apa ke nama nya,tak ingt.. memang merentasi semua lot-lot kedai yang ada.. dan pasar ini,setiap hari SABTU sahaja k.. jangan pulak korang datang hari selasa,memang haram la nak ada..huahauhaua…

Dan pasar ni yang bez nya,terbahagi kepada tiga.. daripada depan start with peniaga melayu… tengah peniaga-peniaga cina dan belakang,peniaga-peniaga india.. memang dia bagi macam ni kowt pembahagian nya.. kata satu Malaysia..ahaks…

Aku pernah pergi dari selat MELAYU merentasi laut CINA selatan dan merintasi lautan INDIA.. errmm.. smpai je dekat peniaga-peniaga melayu tu.. ada bau something..memang busuk tak ingat…. * bagi aku la.. aku syak di jual ba alif ba ya la kat ctu..coz bau dia lain macam.. memang sneak usus bau nya..uuuwweekkk..

Dan totally peniaga kat sini ramai cina la.. melayu ala senonet je…huhu.. but bez la pergi pasar ni.. korang boleh la melawat pasar malam terpanjang di MALAYSIA ni…jangan malu-malu k.. leh datang.. dan cerita aku nie,adalah benar k..tak tipu punya...

Erm.. ni je cerita aku.. kat setia alam ni memang perkembangan yang sangat pesat... macam-macam ada… tutti frutti pon ada tau… suka..=p

K la ,aku chow dulu…

Jaga-diri-hiasi-peribadi

gmbr yng panjang nya aku tak leh la nak tangkap,coz panjang sangat..hehe..

Nota mulut : dah lama tak pergi pasar malam,since duduk kelantann…..
www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

2 RENJATAN:

{ Sya Syazana } at: 25 Oktober 2011 3:59 PG berkata... [GATAL NAK KOMEN]

lenguh kaki dop jalan kat situ?

{ Rafqa firdaus } at: 25 Oktober 2011 5:13 PG berkata... [GATAL NAK KOMEN]

lenguh la... tapi aku jiwa muda.. redah je..ahaks.. penah pegi ke..??

Catat Ulasan

PLEASE CLICK ONE.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 ::: NIGHT STORY :::