Keblinger

Keblinger

I made this widget at MyFlashFetish.com.

heartbeat

nuffnang

:: AdaKAh KIta PEnyuMbAng KEpadA GEjaLa ZinA ::

| Sabtu, 8 Oktober 2011

ASSALAMUALAIKUM..!!

HUJAN YANG KU SANGKA SAMPAI KE PETANG AKHIRNYA TURUN DI PAGI HARI..

Salam satu Kelantan di ucapkan kepada all of my kipas susah mati sekalian, ya mesti la aku nak korang tetap stay dengan belog ala semenggah aku ini… erm…

Hari ini,periksa bahasa arab, huisssshhhh..menikam jiwa beb.. kene buat krangan .. selamat xde la susah sangat..but ok la…huhu..* tak over confident sangat…

Aku punya intro pon dah macam apa dah… macam dah tak ada modal… modal dah labor kat bursa saham,tapi tak naik-naik lagi.. entah untung entah rugi tak tau.. *tetiba..

Ok.. hari ini..nak cerita mengenai gejala kerosakan akhalak yang menular-nular berbondong-bondong mengisi dada akhbar hari ini…. lebih-lebih lagi gejala zina,yang semakin meruncing sekarang ini... bukan sahaja dalam kalangan dewasa,remaja dan kanak-kanak juga sekarang sudah pandai melakukannya.. na'uzubillahi min zalik...

Untuk mulanya nak bagi analogi antara HARIMAU dan NYAMUK..

Jika kita lihat jika, harimau masuk ke rumah kita o kampong kita atau rumah kita.. sudah pastinya kita akan berlari seperti tidak cukup tanah..berteriak, memekak,memetir,bertakbir sambil-sambil lari untuk menyelamatkan diri..

Tetapi cuba jika nyamuk yang berbondong-bondong masuk dekat rumah kita.. kita hanya relaks je tanpa melakukan apa-apa..kalu buat pun juz ridsect,pasang ubat nyamuk..ko nyamuk tu takut la tu.. sekarang punya nyamuk educated tau…

Kita hanya amik endah tak endah je mengenai nyamuk jika dia berjaya menyelinap ke rumah kita…

Sedangkan jika ingin kita bandingkan jumlah kematian berpunca dari harimau dan nyamuk.. mana lagi banyak…?

Jumlah kematian mana yang mengisi dada-dada akhbar saban tahun..samada dibaham pak belang atau gigitan berbisa nyamuk..??

gamabr ihsan pakcikgoogle..

Begitu lah analogi yang yang aku leh berikan terhadap masalah keruntuhan akhlak hari ini.. exspecially untuk masalah ZINA… ia dianggap perkara besar bagi semua pihak dan berbahaya , tetapi tidak pula takut pada perkara-perkara kecik yang membawa kepada ZINA.

Perkara-perkara ini sering dipandang remeh oleh segolongan pihak.. disebabkan perkara kecil sebegini boleh mengundangh bahaya kepada keseluruhan hidup seseorang itu…

Setiap dosa besar bermula dari dosa kecil,dan setiap jenayah besar bermula dari kerosakan hati… tidak hairan lah RASULULLAH  SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dan beristighfar setiap ahri meskipun mereka bukan lah ahli dosa..

عن الغربن يسار المزني رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ((ياأيها الناس , توبوا الى الله واستغفروه , فإني أتوب في اليوم مائة مرة )) (58) (رواه المسلم)

Yang membawa maksud : wahai sekalian manusia,bertaubat dan mintalah keampunan kepada ALLAH SWT , sesungguhnya aku meminta keampunan kepada Allah seratus kali sehari..
Kadang-kadang kita berbicara mengenai ikhtilat tetapi kita sendiri tidak memahami konteks ikhtilat itu sendiri..

Erm..jadi di mana kita..??? kadang-kadang kita tak sedar yang sekecil-kecil perkara yang kita buat itu adalh penyumbang kepada gejala zina… erm..contoh nya..  sms tanpa keperluan, call sana call sini sekadar untuk suka-suka ..bukan untuk keperluan langsung…

Tidak salah untuk berkomunikasi.. tetapi hanya pada tempat yang perlu.. kerana teknologi ini kadang kala akan menjadi fitnah kepada diri kita… so beware…

Memang teknologi juga memudahkan kita untuk berurusan antara lelaki dan perempuan,tetapi jangan sampai kita croosss the line yang telah ditetapkan oleh syara’..

Ramai manusia menjadi kan urusan sebagai salah satu alas an untuk mereka menghalalkan cara…
Sometimes pertanyaan seprti ini : buat apa??-dah makan ke??-dah tidur ke??..

Adakah ini dikatakan sebagai satu bentuk urusan..?? ya memang benar manusia seperti aku tidak berhak menghukum manusia yang lain..  mungkin ada urusan disebalik pertanyaan tersebut.. jadi it’s all begin with NIAT… jadi syaitan itu sentiasa ingin menyesatkan anak-anak adam.. jadi korang kene la beware..  adakh sms , call yang selalu kita buat tu… melalaikan,sebuah tautan nafsu , o benar-benar urusan yang perlu…

Jadi  mari kita sesame muhasabah diri kita balik… jangan hanya kita tahu menuding ajri kearah orang lain.. kerana sekali kita menuding 4 jari lagi akan kembali kepada kita….

Kadang aku perhati kan la..kita ni duk cakap la ikhtilat-ikhtilat ini.. tpi kita sendiri tak mempraktikkan..termasuk la diri aku ini.. kadang-kadang gambar-gambar kartun yang dimuat naik ke FB o TWITTER o BELOG itu..memang ingin menggambarkan mesej islam tetapi gambar itu kadang-kadang terdapat gambar lelaki dan perempuan yang duduk bersandar antara satu sama lain…

Ya mungkin itu hanya sekadar- salah satu bentuk visual yang dilukis.. but sekarang ini ramai orang akan menilai sesuatu yang lahiriah..dan bukannya secara mendalam.. mungkin kita memahami..tetapi bagaimana orang yang mungkin tidak faham agama.. mungkin bangkit pelbagai isu yang bermain di minda mereka…

Dan kita jangan jadi kan islam itu sebagai alat untuk permudah cara…huhu

So aku pun tak nak la cakap banyak pasal benda ini.. korang semua lebih arif mengenai benda ini…
dimanakah kita..??

Adakah kita menyumbang kepada zina..?? adakah kita masih berjinak-jinak untuk menghampiri zina..??

Tepuk dada Tanya iman…

Dan entry ini semestinya bukan untuk mengaibkan sesiapa,ak pun ada kekhilafan aku sendiri….. sekadar untuk renungan kita bersama…

 hehe..chiilll..mood insaf.. semoga bermanfaat untuk semua...

jaga diri hiasi peribadi..

nota mulut : terbaca belog yang menarik./
www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

0 RENJATAN:

Catat Ulasan

PLEASE CLICK ONE.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 ::: NIGHT STORY :::