ASSALAMUALAIKUM..!!~~
KALAU DAH SEHARI TU ME-UPDATE BELOG,MEMANG
TAK NAK BERHENTI LAH KAN..
Harus gagah aku meng-update belog ni.. sambil
makan burger duaringgitlimapulohsen.. mampu ko..??
Sambil-sambil ditemani alunan-alunan muzik…huhu.. hah..!!~~ APA alunan muzik..? benda tu kan
melalaikan,yang ko pegi dengar buat apa daus..??
Yeka melalaikan dengar alunan muzik..??
So aku tanpa berlengah lagi,terus la search
kat internet apa sumber yang ak leh percaya..kot-kot la kan aku boleh kongsi..
Dan yang seronok nya..memang rezeki ak la
kowt..ak ada jumpa hukum muzik ini..daripada pelbagai mazhab lagi..
..gambar ihsan pakcik google..
So aku kat cni nak la berkongsi kana pa yang
aku tau.. tengok mana-mana mazhab yang menghalang kita berhibur dan membenarkan
kita berhibur tetapi masih lagi berlandaskan syariat islam..
a) Pandangan Imam al-Ghazali
- tidak terdapat keterangan yang jelas dari sunnah
Rasulullah yang melarang penggunaan alat-alat muzik
- sebahagian instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik
tidak dilarang
- seni muzik yang dilarang ialah seni muzik yang berada di
dalam keadaan yang bersekongkol dengan kumpulan pemabuk, perzinaan dan
perbuatan dosa yang lain
- mendengar lagu itu ada 5 hukum iaitu harus, sunat,
wajib, makruh dan haram
Imam al-Ghazali mengklasifikasikan lagu-lagu kepada 7 jenis
iaitu :
• Lagu-lagu yang membangkitkan kerinduan untuk menziarahi
tempat-tempat suci seperti Mekah dan Madinah
• Lagu yang mengobarkan semangat untuk berjuang
mempertahankan aqidah dan negara
• Lagu yang memperihalkan pertarungan dan sikap kelelakian
yang pantang mengalah di saat-saat genting
• Lagu yang mengenang peristiwa lampau yang menimbulkan
kesedihan yang positif. Mengingatkan diri terhadap hakikat hidup yang sebenar.
• Lagu yang menyifatkan keadaan ketika rela dan sukacita
untuk menghargai suasana tersebut dan menikmati kenangannya selama yang mungkin
• Lagu bercorak ghazal yang sopan : memperihalkan kisah
cinta dan membayangkan harapan untuk bertemu dan pertautan yang lebih erat di
masa yang akan dating
• Lagu yang memperihalkan keagungan sifat-sifat Tuhan,
memuji serta mentahmidkan kebesarannya
b) Pandangan Imam Shafi’i
- Menyatakan bahawa nyanyian itu adalah makruh dan
melalaikan di dalam kitabnya, Adab al-Qada’
- Ia menyamai kebatilan dan sesiapa yang mendengarnya maka
dia adalah seorang safih dan penyaksiannya ditolak
- Mendengar nyanyian dari wanita yang bukan mahram tidaklah
harus dalam apa jua keadaan samada di tempat terdedah atau di tempat tertutup,
samada wanita yang merdeka atau hamba
- Jika tuan kepada hamba abdi wanita mengumpulkan orang
ramai agar mendengar nyanyian abdinya itu, maka dia juga seorang safih dan
penyaksiannya ditolak
- Memakruhkan penggunaan seruling kerana menurutnya itu
adalah perbuatan kaum Zindik untuk memesongkan orang dari mendengar al- Quran.
c) Pandangan Imam Malik
- Melarang mendengar nyanyian
- Menyatakan bahawa barangsiapa ingin membeli seorang abdi
wanita dan diketahuinya wanita tersebut seorang penyanyi, maka janganlah dibeli
wanita tersebut
d) Pandangan Ibn Taimiyyah
- Membezakan antara mendengar nyanyian dan muzik yang
bermanfaat pada agama dan antara apa yang diberi pengecualian untuk mengelakkan
dosa, dan antara pendengaran muqarrabin dan pendengaran orang-orang biasa
- Diharuskan mereka mendengar apa yang disyariatkan kepada
para hamba Allah iaitu mendengar ayat-ayat Allah : dapat membaiki hati dan
menyucikan jiwa
e) Pandangan Dr.Yusuf al-Qaradawi
- Membuktikan mengenai hukum seni muzik yang pada asalnya
bersifat harus tetapi boleh berubah kepada hukum-hukum lain berdasarkan
beberapa syarat iaitu:
• Bukan semua lagu itu harus. Isi kandungannya hendaklah
bertepatan dengan kesopanan Islam serta ajarannya. Nyanyiannyanyian yang
menyanjung pemerintah yang zalim, taghut dan fasiq adalah bertentangan dengan
ajaran Islam kerana Islam melaknat para pelaku kezaliman dan para pengampunya.
• Cara persembahannya juga mesti diambilkira. Kadangkala
tajuk lagunya tidak menjadi masalah tetapi cara penyampaian penyanyinya itu
yang boleh menyebabkan hukumnya haram, syubhah atau makruh. Ini termasuklah
cara nyanyian yang memberangsangkan ghairah seks para pendengar melalui
tematema cinta berahi.
• Hendaklah nyanyian itu tidak diiringi dengan perkara yang
haram seperti meminum arak, mendedahkan aurat atau bercampur diantara lelaki
dan perempuan tanpa batas dan had.
• Seperti perkara-perkara harus yang lain, nyanyian
hendaklah tidak dilebih-lebihkan terutama nyanyian yang menyentuh perasaan dan
kerinduan yang berlebihan. Sekiranya unsur-unsur yang berlebihan ini tidak
dikawal, ianya akan mengabaikan hak akal, rohani dan kehendak seseorang,
masyarakat dan agama.
• Sekiranya terdapat unsure nyanyian yang menaikkan nafsu
syahwat, mendorong ke arah kejahatan, menjadi lalai dan leka untuk mengerjakan
ibadah maka menjadi kewajipan ke atas pendengar untuk menjauhinya, menutup
pintu fitnah tersebut demi memelihara dirinya dan agama.
f) Fatwa Sheikh Mahmud Shaltut
- Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama hukumnya
dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan
yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui. Semuanya memberi
kesan untuk menenangkan fikiran apabila jasmani penat dan memberi kesan dalam
memulihkan semula tenaga.
- Al-Quran yang mendasari segala peraturan dan perundangan
yang begitu sempurna adalah bertujuan untuk menjaga supaya tidak berlaku
keterlaluan di pihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan
muzik secara berlebihan. Apatah lagi Islam menuntut kepada kesederhanaan.
- Fuqaha’ terdahulu telah membenarkan penggunaan seni muzik
apabila mempunyai tujuan yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang,
haji, perkahwinan dan hari kebesaran Islam. Mengikut fuqaha’ Hanafi, muzik yang
dilarang ialah sekiranya bercampur dengan majlis yang terdapat arak, penyanyi
perempuan yang mengghairahkan, unsur-unsur fasiq, perzinaan dan berhala.
- Beliau memberi amaran kepada sesiapa yang berani melarang
sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah.
Erm… aku dah try share kan hukum muzik ini dalam islam..dan ada
banyak pandangn daripada pelbagai ulama’-ulama’ islam..
So baca dan cuba la korang fahami k..huhu..
Erm..k bye…!!~~
Nota mulut- nak dengar
muzik boleh tapi jangan la over o cross the line k..
0 RENJATAN:
Catat Ulasan