Keblinger

Keblinger

I made this widget at MyFlashFetish.com.

heartbeat

nuffnang

TUTORIAL BUAT PRINT SCREEN PADA KOMPUTER

| Rabu, 31 Oktober 2012

ASSALAMUALAIKUM.. !!

Tetiba hari nie, fikiran aku melayang-layang disaat hari hujan ini, erm, terfikir pasal blog.. Haiisshh, apasal la aku ini, dah lama bebenor meninggalkan dunia blogging ni,

“waahhh, ko dulu bukan main lagi ek, update sana dan sini tapi sekarang senyap je”
“eh ko apasal dah tak update blog lagi, lupa pasword kah”
“weeiih, ak dah buang dah ko, dari senarai blog list aku, sebab ko dah lama tak update blog”

Antara kata-kata yang tak berapa nak semangat yang terpaksa aku telan, sampai aku sendiri pon dah blur nak jawab apa bila dyorg tanya camtu.. *dalam hati, take care gak depa ni ngn blog aku.. *bangga
Mungkin diorang masih mahu membaca carutan (baca coretan) lagi kot.. hu.

conth screen capture

So aku kembali dengan membawa entry ringkas.. ahh, malas la kot, ank wat heavy entry ni.. bukan korang baca pon… khakahka….  Aku nak ajar korang cara nak buat PRINT SCREEN.. haa,

Siapa yang dah tahu camane nak print screen, angkat keybord (sambil angkat keybord)… ok, secara ringkas dan padatnya, printscreen ini, adalah kita nak capture sesuatu dari dalam screen, tanpa perlu kita tangkap gambar bagai, biar komputer yang tangkap sendiri..

Mesti kelihatan, ayat agak tonggang terbalik disitu, tapi itulah hakikat dan penerangannya.. actually ada DUA cara yang aku tau, aku akan ajar satu2 k…

CARA SATU : MENGGUNAKAN SNIPPING TOOLS

Ahaks, macam mana nak dapat kan Snipping Tools ni,
1-    pergi kat start (yang gambar windows tu).
2-    Klik All Program
3-    Then bukak folder accessories
4-    Kendian, klik kat snipping tools..
5-    Pastu, guna la, gunting mana bahagian yg nak kita capture kan..
Tapi cara ni, lebih kepada manual la.. kita akan wat satu2.. make sure masa buat tu, jangan terSKIP tutorial plak, kang tak jadi, banned blog aku pulak kan,, sapa nak jawab.. *pengsan

CARA DUA : GUNAKAN KEYBORD ANDA

ha, mesti macam tertanya2 kan, eh, guna keybord pon boleh wat print screen ke.. haiishh , apa plak tak boleh nya.. hehe.. caranya, mungkin lbih mudah dan ringkas dari yang cara satu td kot.. *maybe..

1-    Bukak page mana yang kita nak print screen kan..
2-    Then tekan button PRINT SCREEN  kat keybord anda, dy ada tulis kat atas sekali PrtSc,{dy ada kat bahagian atas keybord} (tekan tu)..
kedudukan button PrtSc bergntung pada jenama ladtop..
3-    Lepas dah klik kan, bukak la microsoft word ke, paint ke dll..
4-    Kendian, paste kan kat dalam microsoft word td (klu kita bukak microsoft word)
5-    Pastu, gunakan CROP untuk membuang segala bnda yang kita rasa xperlu.. hehe..
6-    Then, siap la printscreenn.. *sila teruja..

So, paham ke tak ni… lepas dah buat ni, mudah la skit keje kan.. nak wat kemahiran maklumat (bagi dak2 UM) pon senang kan..

So tnggu apa lagi, jom laju2 cuba tutorial ni… mesti puas hati punya.. hehe..

K la, terima kasih kepada yang masih setia pada blog aku ni.. hehe..
Moga ketemu lagi..

Bye2…

Psstt : bertahan entah aku ngn blogging ni.. haha
www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

:: JUMAAT | 10 WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA ::

| Khamis, 26 April 2012

ASSALAMUALAIKUM..!!

Hye, semua kipas susah mati aku.. huhu.. selamat hari jumaat ok semua.. seperti yang semua tahu, hari ini adalah penghulu bagi segala hari.. tak kira lah ko suka hari selasa ke rabu ke, hari jumaat tetap mengekalkan kePenghuluan dia ok..

Erm, kepada semua jejaka-jejaka kacak seperti aku (waahh, kacak sangat), hari ini, jangan lupa untuk ke masjid awal ya, dengar khutbah, dan solat jumaat.. penting ok…!!

Dan bukan lah niat aku nak cerota pasal hari kea pa.. tapi hari ini, sempena dengan hari jumaat ini, aku nak mengongsikan, *mampu ko mengongsikan.. berbelit-belit lidah nak menyebutnya.. hahaha…* dengan korang dengan beberapa wasiat daripada AS-SYAHID IMAM HASAN AL-BANNA..

terima kasih pak cik google..
Mungkin ada yang dah tau, da nada yang belum tahu.. so kepada yang dah tahu, buat-buat tak tahu la ya.. baca balik.. and think it, kemudian amalkan.. huhu. Berguna untuk semua muslim dan mukmin di luar sana..huhu..

So jom baca..~~

(1) قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف.

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

(3) اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

(4) لا تكثر الجدل في أي شان من الشؤون أيا كانت فإن المراء لا يأتي بخير.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

(5) لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن ووقور.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

(7) لاترفع صوتك أكثر مما يحتاج إلية السامع فإنه رعونة وإيذاء.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) تجنب عيبه الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بالخير.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

(9) تعرف إلى من تلقاه من أخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا الحب والتعارف.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

(10) الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته.وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائها

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Ok,, amacam, semua.. huhu.. ok, sebelum mengakhiri entry ini.. korang sila dengar lagu ini..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


JUMUAH IS BARAKAH



jadi layan lagu ni.. quite meaningfull huhuh..

nota mulut : hehe.. tak sabar dan neves menunggu waktu itu
www.tips-fb.com
SILA TERUJA DENGAN LIKE ^_^

PLEASE CLICK ONE.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 ::: NIGHT STORY :::