“RaFi meh turun
sat, tengok berita nie, Palestine kene serang ngn Zionis, kesian kat depa kan,”
Kata ibuku.
“Aah la ibu,
kesian kat diorang, kita nie, bersyukurlah kan ibu, aman damai hidup sejahtera
gitu, kat Malaysia nie” kata ku
Hati ibu
berbisik, “Aman ke Malaysia ni..”
MALAMNYA…
Aku turun ke
bawah, dengan membawa harapan ada makanan di bawah tudung saji.
“ibu, masak apa
hari ini”, Tanya ku kepada ibu, sambil membuka tudung saji
Ibu yang sedang
leka bermain I-pad, pemberian ayah sempena ulang tahun perkahwinan mereka,
menjawab dengan sejuk dan selamba, “ ibu malas masak la hari ini, RaFi, RaFi
pergi jela, beli kat MekDi makan malam”.
“eerrrkk..”,
aku tersentap.. seperti ada satu
lintasan kilat menerjah ke lubuk hati ku..
Huiisshh, sedap
juga nama RaFi a.k.a RafqaFirdaus.. *muka poyo.. mesti kipas susah mati aku
macam wonder-wonder gitu kan, apa yang aku nak cerita sebenarnya.. aku nak buat
novel cinta klasik ke, buat dialog-dialog bagai nie.
Tak lah, tidak
sama sekali tidak, *peluh.. sebenarnya, isu yang sedang kuat dimainkan dan
dibincangkan di dalam bulatan gembira adalah tentang isu, PALESTIN dan SYRIA.
Mungkin aku
sudah terlewat untuk meng-naik-tarikh (baca update), tentang isu ini, tapi bagi
aku, isu Palestin dan Syria ini bukan lah satu isu yang bermusim, dimana
apabila terdapat sesuatu tragedy yang melanda Palestin dan Syria bru lah nak
terkedek-kedek, terkinja-kinja, nak buat banner, nak buat kutipan guruh, nak boikot
tu..
Tapi bila dah
reda dah, suasana dah kembali seperti dulu, ok, kita pulak, yang syok makan kat
MekDi belakang umah cik Peah.. sedap je, g Starbuck online smbil minum
cappocino blended.. APAKAH..??
Benda-benda
cenggini la yang actually melanda masyrakat islam sekarang ini.. melakukan
sesuatu itu ikut musim..
Ohh, sekarang
musim Palestin, jom la kita pakat, pakai mafla Palestin, tapi lepas sebulan dua
bulan, Mafla tu g mana.?? Terponyok dalam almari kaca.. gullpp..
Penderitaan
yang dialami oleh orang-orang Palestin dan Syria, itu tiada musimnya, setiap
hari dan ketika, mereka pasti akan dihimpit dengan kesusahan dan kekejaman
zionis dan musuh-musuh Islam.
Contoh nya
diSyria, sehingga hari ini, masih ramai lagi rakyat-rakyat Syria dibunuh dengan
kejam oleh sekutu-sekutu Basyar.. jadi dimanakah kita..?? adakah kita yang
hanya duduk depan kaca TV gelak-gelak, tengok Betul Ke Bohong, atau duduk depan
Tv cakna pasal Isu ini, dan ambil peluang untuk membantu mereka..
Didalam
Al-Quran ada menyebut bahawa, “Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha terhadap kamu wahai Muhammad sehinggalah kamu mengikut agama mereka” (Surah Al-Baqoroh : 120).
Dalam
ayat ini, menerangkan bahawa, selagi mana Nabi Muhammad SAW tidak mngikut agama
Nasrani dan Yahudi ini, maka mereka tidak akan sekali-kali redha, dan sentiasa
akan memerangi dan memusuhi umat-umat islam..
itulah
agenda mereka yang sentiasa ingin merosakkan umat islam, dan agenda itu telah
berjaya barangkali,, dengan suasana hidup kini.
Tak
yah pergi jejauh, tengok kat Malaysia sahaja sudah cukup kan..
Dan
sesungguhnya Janji Allah itu pasti, dan sekiranya, kita memerhatikan dengan
mata hati kita ayat-ayat daripada Surah Al-Isra 2-7 yang bermaksud, “Dan Kami menyatakan
kepada BAni Israel dalam kitab itu, “ sesungguhnya kamu akan melakukan
kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku
sombong angkuh dengan melampau” (4),
“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu)
kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami
yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala
ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu
janji yang tetap berlaku.” (5)
“Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.” (6)
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” (7)
Kisah atau tragedi yang terjadi hari ini, telah disebutkan
oleh Allah SWT, dan semoga dengan peristiwa ini, umat islam akan sedar dan
bersatu, demi mempertahan kan islam.
Jika orang
barat juga membantu Palestin atas dasar perikemanusiaan, apatah lagi kita ini,
yang sama akidah, berpegang dengan satu Akidah, BerSyahadahkan dengan Satu
penyaksian yang sama. Mengapa kita hanya duduk dan seperti memejamkan mata
tanpa ingat kepada saudara-saudara kita disana.
Jadi arus
perubahan masih boleh dilakukan, kita jangan mengikut arus yang semakin lama semakin
menjauhkan kita dari landasan ke sorga, tapi jika kita perlu menongkah arus,
tongkah lah, semoga kita akan mendapat sorga Allah di akhirat kelak.
Wallahu Alam..
Psssstt : Jalan
Ini, Memang Panjang, tetapi didalamnya terdapat kemurniaan dan kerahmatan
daripada Allah SWT. InsyaAllah.